.

.

KARTiKEL

Sabtu, 8 November 2014

Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015

Permohonan secara online untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik sudah dibuka bagi ambilan tahun 2015. Bagi calon PT3 2014 yang berminat, anda sudah boleh mula memohon bagi kemasukan dengan pelbagai pilihan kursus dan bidang. Permohonan online ini dibuka bermula 3 November sehingga 14 Disember 2014.






Bagi yang nak kan maklumat dan info lebih lanjut, boleh sambung bacaan anda di bawah. InshaAllah maklumat-maklumat ini boleh membantu.


Syarat Umum
1) Warganegara Malaysia
2) Calon Tingkatan 3 yang telah menduduki PT3
3) Sihat tubuh badan
4) Bebas daripada sakit kronik
5) Berminat dengan program yang dipohon


Syarat Khusus 
sila rujuk SINI


Maklumat Yang Diperlukan Semasa Mengisi Borang
1) Maklumat peribadi
2) Pilihan kursus
3) Maklumat Pentaksiran Sekolah PT3
4) Maklumat PAJSK dan Psikometrik


Tarikh Kemasukan
12 Januari 2015 : Program Kolej Vokasional
26 Januari 2015 : Program Sekolah Menengah Teknik



Kepada adik-adik yang memohon, cikgu ucapkan semoga berjaya!




25 ulasan:

  1. wah ! dah bukak, kena inform student ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena bagitau cepat-cepat.. mana tau ada yang berminat kan..

      Padam
  2. nk pegi ke x erk kat kolej vokasional???
    rse syg pulak nk tinggal skolah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. he3.. cuba je mohon.. nanti dah dapat, buat ler pilihan..

      Padam
  3. Cikgu, yg rabun jauh boleh mohon bidang kejuruteraan x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak dinyatakan dalam syarat, rasanya boleh je mohon

      Padam
  4. KENAPA XBOLEH NK ISI....
    KENAPA TARIKH AKHIR 2014 XDA PON 2015

    BalasPadam
  5. cikgu,kalau Maklumat Pentaksiran Sekolah PT3 cmner nak isi kalau band?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sye dah dapat kptsn pt3 tpi die mintak band

      Padam
  6. macam mane baj tahu dapat temuduga ke tak?

    BalasPadam
  7. sekolah teknik ade tenuduga ke?

    BalasPadam
  8. Cmne kite nk tau yg kite terpilih or x??

    BalasPadam
  9. Rasanya memang ada temuduga.. tapi tak pasti plak panggilan temuduga tu melalui apa (semakan online/ panggilan telefon)
    kalau ada info, nanti cikgu kongsikan

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum

    BalasPadam
  11. salam nak tnya mcamana nak dapat maklumat pajsk dan psikometrik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk guru kelas dan juga guru kaunseling

      Padam
  12. Macamm mana nak isi band?tolong pls

    BalasPadam
  13. assalamualaikum cikgu...
    macam mana nak dapatkan maklumat band..?
    sbb waktu ambik keputusan pt3 tu hanya dpt keputusan, psikometrik dan segak je...

    BalasPadam
  14. saya nk tau adakah diploma kv setaraf dgn dip ipta?adakah lepasan diploma kv bolih menyambung ke ijazah di ipta selama 2 tahun tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf saya tak pasti. boleh rujuk dengan pihak KV untuk maklumat lanjut.

      Padam
  15. as salam cikgu, panggilan temuduga KV kursus teknologi elektronik pd 13/1 nnt, nak tanya temuduga tu mcm mn? ada ujian lukisan tak? terima kasih

    BalasPadam
  16. Cikgu klu nak amik kv dia kena ambil ujian ke mcm mrsm sbb mrsm ade ujian kemasukan..klu kv ade ke?

    BalasPadam