.

.

KARTiKEL

Khamis, 13 November 2014

Pengalaman Berferi Dari Belawai ke Mukah

8 tahun berada di bumi Sarawak, rasanya dah banyak tempat yang saya sampai.  Boleh kata dari Utara, hinggalah ke Selatan dah saya jelajah. Dari Sematan di Kuching hinggalah ke Lawas di persempadanan Sabah. Kecuali tempat-tempat yang terpencil dan betul-betul jauh, macam Belaga, Long Lama dan lain-lain.

Tapi benarlah macam cakap orang. Selalunya tempat yang jauh kita dah sampai. Yang dekat, tak jugak-jugak sampai. Lagi-lagi tempat yang perlukan sedikit usaha dengan pengalaman yang mencabar. 



Pengalaman Berferi Dari Belawai ke Mukah



Belawai - Mukah
Maka pada hari Sabtu arituh, saya cuba sahut cabaran menjelajah kawasan baru yang belum pernah saya sampai, iaitu perjalanan dari Belawai ke Mukah!


Seperti dalam entri saya sebelum ini, saya dan rakan-rakan guru serta anak murid telah pegi berkelah di Pantai Belawai. Memang best dapat mandi laut ramai-ramai cam nih. Cikgu tumpang, bukan setakat sekaki, semua kaki dah tumpang! hu3..


Balik dari Belawai, kami bercadang nak ke Mukah. Tujuannya nak menghantar seorang pelajar balik ke kampung bapanya di Oya. Kawasan ini boleh sampai melalui perjalanan dari Belawai. 


Pengalaman Berferi Dari Belawai ke Mukah


Tapi awal-awal lagi kawan dah warning. Perjalanan nya adalah mencabar. Sebab perlu menggunakan 3 kali feri untuk sampai ke destinasi! Wow! Menarik untuk dicuba. Walaupun tak pernah pergi, tapi bila difikirkan pengalaman yang bakal diperolehi, maka saya teruskan perjalanan. Lagi pun ada rakan yang akan bersama saya, iaitu Ustaz Faris dan anak muridnya.




Feri 01 : Semop
Perjalanan menarik dari Belawai untuk ke Mukah, bermula di Jeti Kampung Semop. Ini adalah jeti pertama yang kami naiki menyeberang sungai. Mula-mula nampak feri, excited giler.. 



Feri Kampung Semop


Sebabnya, pengangkutan nih dah boleh kata makin pupus dah kat Sarawak nih. Hanya beberapa kawasan sahaja lagi yang masih menggunakan khidmat feri. Padahal, suatu ketika dahulu, ini adalah antara perkhidmatan pengangkutan yang paling utama di Sarawak. 


Bila dah siap banyak jambatan, maka banyak ler syarikat feri yang gulung tikar. So, ini adalah antara tempat yang masih menggunakan khidmat feri ini. Memang rare!


Atas feri Kampung Semop

Atas feri Kampung Semop

Atas feri Kampung Semop


Terima kasih banyak kepada penunjuk jalan, Cik Aien. Sampai ke seberang, iaitu Kampung Semop jugak, kami teruskan lagi perjalanan. Jalannya ok, cantik berturap. Cuma pemandangan kiri kanan tak banyak benda nak dilihat, kecuali hutan dan tanah kosong.



Feri 02 : Matu - Daro
Dalam 15 minit kemudian, kami jumpa pula jeti kedua. Kali ini, feri yang menanti adalah jauh lebih besar daripada yang sebelumnya. Maka banyak lah kereta yang boleh naik kali ini bersama-sama. Lori pun 2 3 biji naik sekali. 


Feri ke Matu Daro

Feri ke Matu Daro

Feri ke Matu Daro


Perjalanan kali ini juga adalah lebih lama berbanding yang sebelumnya. Maka sempat lah kami serombongan keluar dan lepak-lepak atas feri ambil angin. Hu3.. Poyo ala-ala kat atas Star Cruise!


Feri ke Matu Daro

Feri ke Matu Daro

Feri ke Matu Daro

Feri ke Matu Daro

Feri ke Matu Daro


Kali ini perjalanan nya adalah untuk ke tempat yang bernama Matu. Dalam daerah ini juga ada daerah kecil bernama Daro. Kebanyakkan masyarakat di sini adalah berbangsa Melanau. 

Uniknya orang Melanau ini adalah kerana mereka mempunyai banyak dialek yang tersendiri. Orang Melanau di Sibu kebanyakkannya bertutur dengan menggunakan dialek Melanau Matu-Daro.

Sampai saja di jeti seberang, kami sambung lagi perjalanan ke destinasi. Macam biasa, signboard yang dicari adalah menghala ke MUKAH. Itu tempat last yang kami nak pegi. Lebih kurang 20 minit kemudian, kami pun tiba ke jeti terakhir.



Feri 03 : Igan
Jeti terakhir ini adalah bagi menyeberang dari Matu ke Igan. Kali ini feri nya feri kecil saja. Macam feri pertama yang kami tumpang tadi. Rasa excitednya pun dah kurang sikit lah. Lagi pula jarak untuk menyeberang juga kali ini lebih cepat berbanding 2 yang sebelum nya. Maka hanya sempat nak berehat sebentar sahaja dalam kereta.


Feri ke Igan Oya Mukah


Rasa excited tu datang balik selepas feri menjejakkan kaki ke jeti terakhir. Alhamdulillah! Sampai juga akhirnya. Perjalanan yang mencabar, peluang yang tak banyak kali dapat dilalui. Anehnya, dengan perjalanan yang sebegitu jauh, tambang feri yang dikenakan hanyalah RM1 bagi setiap perjalanan. Bermakna kami hanya perlu bayar RM3 bagi perjalanan yang penuh penggembaraan ini!

Maka kami pun teruskan perjalanan merentas Igan, Oya dan akhirnya tiba di Mukah. Walaupun malam, kurang lampu, tetapi keadaan jalan yang sudah jauh lebih baik, menyebabkan kami buat keputusan untuk terus kembali ke sekolah seperti biasa. Rasanya tak perlu bermalam di Mukah. Jimat masa. Berhenti makan sekejap di Oya, sebelum menyambung kembali perjalanan pulang ke sekolah melalui Jalan Sibu - Mukah. 


Oh ya, anda tahu jumlah perjalanan kami dari SMK Luar Bandar No.1 Sibu - Belawai - Semop - Matu - Igan - Mukah - Selangau - SMK Luar Bandar No.1 Sibu? 450 km! ;)



12 ulasan:

  1. Wah bestnye naik feri angkot barang ni...ingat lagi dulu2 ada feri di sabak bernam -teluk intan sebegini..sekarang dah ada jambatan, feri pun tah kemane...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh .. ada jugak ek kat sebelah sana?.

      Padam
  2. salams pagi jumaat cikgu,
    wahhhh tengok tempat nie memang mencabar nak sampai....tp seronoknya dapat menjejakkan kaki kesana:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Amiza.. yer.. bila dah selesai perjalanan, memang terasa keBESTan nya tu.. ;)

      Padam
  3. Sedaq demo jalan sokmo...jauh berjalan,luas pengalaman...
    450 km tapi naik turun feri....banyak ko sekolah sepanjang perjalanan tu?

    minggu depan Under 16 sofbol di Ipoh...cg tak gi..ore oyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekolah dia kena masuk lorong sket.. so tak nampak ler dari jalan utama..

      Padam
  4. exam esok lusa....baca sikit

    BalasPadam
  5. Ni baru dari Belawai ke Mukah...belum dari Belawai ke Mekah lagi..lagi adventure dan menyeronokkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. he3.. kreatifnya Azmil nih...
      tapi apa pun saya setuju

      Padam
  6. Yang penting ciri2 keselamatan diutamakan...

    BalasPadam
  7. wow..lebih menarik dr perjalanan miri marudi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh.. saya tau.. itu jauh boleh tahan jugak tu.. tapi blom pernah sampai.. ;)

      Padam