.

.

KARTiKEL

Ahad, 12 Oktober 2014

Majlis Keberkatan Ilmu Calon PT3 2014

Menjelang PT3 yang bakal berlangsung pada minggu depan, pihak sekolah seperti biasa menganjurkan satu majlis yang cukup sinonim dengan pelajar, guru dan musim peperiksaan. Iaitu Majlis Keberkatan Ilmu. Majlis Keberkatan Ilmu ini diadakan untuk pelajar Tingkatan 3 bagi menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 pada minggu depan.



Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Seingat saya, sekurang-kurangnya dah 7 tahun budaya sebegini dimulakan di sekolah saya. Sejujurnya, memang saya suka. Majlis sebegini memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk saling merestui tindakan masing-masing ke arah sama-sama mencapai kejayaan.

Mungkin di sekolah lain, lain pula namanya. Namun tujuan dan konsepnya masih sama. Ke arah memberikan restu dan berkat seorang guru kepada anak-anak muridnya. 



Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Tidak juga bermakna, guru itu berkira ilmunya. Perlu dirai dalam majlis barulah mahu memberkati ilmunya. Tapi majlis ini juga diadakan bagi menunjukkan kesungguhan guru dan pihak sekolah dalam menyokong usaha pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan dan kehidupan. 

Nak jawab exam nanti pun, hati senang dan tenang. Sebab semua pihak dah saling maaf memaafkan jika ada salah dan silap.



Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Majlis Keberkatan Ilmu Pelajar PT3 2014


Dalam Majlis Keberkatan Ilmu ini juga diadakan bacaan doa bagi memohon agar pelajar diberi kemudahan ketika menjawab soalan. Semoga usaha mereka juga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

Majlis diakhiri dengan acara bersalaman pelajar dan guru. Pada ketika ini dapat dilihat sebahagian pelajar mengalirkan air mata. Sedih. Terharu. Moga perasaan ini dapat memberi suntikan motivasi kepada para pelajar ini untuk buat yang terbaik semasa PT3 nanti.



2 ulasan: