.

.

KARTiKEL

Rabu, 1 Oktober 2014

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)

Selesai sudah Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di sekolah saya pada minggu lalu. Untuk tahun 2014 ini PPD Sibu terpilih untuk menganjurkan karnival untuk pelajar asrama yang terbesar bagi peringkat negeri. Sebagai salah sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan asrama dengan hampir 800 orang penghuni, maka sekolah saya dipilih sebagai tuan rumah.

Karnival ASAT 2014 ini menghimpunkan pelajar asrama bagi sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh Sarawak, dan mempertandingkan banyak acara. Antaranya adalah Futsal, Bola Jaring, Bahas, Pidato, Catur, Tarian, Nyanyian dan Senam Tari. Saya kongsikan di bawah ini gambar kontingen yang menyertai pertandingan Senam Tari Kenyalang (Sekolah Menengah).


Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK yang mewakili Bahagian Bintulu

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK Bintangor yang mewakili Bahagian Sarikei

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK yang mewakili Bahagian Betong

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK Merapok yang mewakili Bahagian Limbang

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK Marudi yang mewakili Bahagian Miri

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK Paku yang mewakili Bahagian Kuching

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK Jalan Oya yang mewakili Bahagian Sibu

Karnival ASAT Sarawak 2014 : Senam Tari Kenyalang (SM)
Pasukan SMK Matu yang mewakili Bahagian Mukah


Senam Tari Kenyalang yang sangat bertenaga dan ada potensi yang besar untuk dikembangkan lagi sebagai satu bentuk senaman yang menyihatkan tubuh badan. Saya cukup terhibur melihat para pelajar ini melakukan senaman ini. Malah sesekali terasa seperti nak join sekali pun ada! Ha3.. ;)

Tahniah kepada pasukan yang menang, iaitu pasukan daripada Bintulu. Kepada yang kurang berjaya, teruskan lagi bersenam tari. Kalah tak bererti anda tak hebat. Mungkin rezeki anda tak cukup baik. Jangan putus asa. Sekurang-kurangnya anda dah timba satu pengalaman yang sangat berharga di sini.. 


2 ulasan: