About Me

Sebar Jawapan Murid : Anda Setuju?

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dah mula keluarkan kutukan keras mengenai tindakan segelintir guru yang selalu memuatnaiknaik kertas jawapan soalan murid sekolah rendah, sehingga menjadi viral di media sosial.

Lebih mengejutkan juga, dalam kenyataan akhbar tersebut, dikatakan ianya dipercayai dilakukan oleh segelintir guru sekolah rendah di negara ini. Sumber

Dalam kenyataan Presidennya, Hashim Adnan, tindakan itu adalah melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru, apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi 'mangsa' guru terbabit.



Foto
Antara jawapan murid yang menjadi viral di laman sosial

Dalam hal cikgu sekolah rendah atau cikgu sekolah menengah, yang itu saya kurang bersetuju dengan apa yang dikatakan. Bagi saya, sama saja. Cikgu sekolah rendah pun ada yang buat. Cikgu sekolah menengah pun ada yang buat. 

Tapi dalam hal mengaibkan murid, yang ini saya agak bersetuju dengan pendapat Presiden NUTP. Walaupun tujuan asalnya mungkin adalah untuk bergurau, namun kadang-kadang gurauan kita mungkin tak kena gaya, tak kena tempat.


Saya ambik contoh kes adik Syafiqah yang viral kerana "Buku ke Belacan?".

Memang pada mulanya, kita sangat 'terhibur' melihat keletah adik Syafiqah yang dengan selamba dan bersahaja memberi jawapan terhadap persoalan cikgunya. Kita ketawa atas kelucuannya. Namun apa yang berlaku selepas itu cukup mengejutkan.



Buku ke Belacan?

Daripada sebaran yang satu lagi pula mendakwa, adik Syafiqah menjadi trauma akibat mula diejek oleh rakan-rakan di sekolah. Trauma ini sehinggakan adik Syafiqah malu untuk keluar rumah bersama kawan-kawannya. Sumber

Adakah ini yang kita mahukan?


Saya yakin, niat guru berkenaan bukanlah untuk memalukan adik Syafiqah nih. Tetapi untuk berkongsi kelucuan dengan orang lain. Tapi apa yang berlaku adalah kesan di luar kawalan kita. Maka bukan kah lebih baik kita mengelak daripada terpaksa 'merawat luka parah' itu?

Dalam kes adik Syafiqah ini, ternyata terang-terangan adik ini DIBULI SECARA SIBER! Dan seperti anda sedia maklum, lebih ramai lagi sebelum ini yang menjadi mangsa buli siber tanpa kita sedar, dan rupanya kita juga mungkin termasuk dalam salah seorang kaki buli tersebut!


Takrifan National Crime Prevention Council siber-buli adalah "apabila Internet, telefon bimbit atau alat lain yang digunakan untuk mengirim teks atau imej diniatkan untuk mencedera atau memalukan orang lain. Sumber

Di zaman ICT ini, di mana semua orang mahu berkongsi sebahagian daripada diri mereka di mana-mana saja, salah guna media boleh berlaku dengan mudah. Maka, bersama-sama lah kita menjaga etika dan tatatertib semasa melayari internet dan juga meluangkan masa di laman sosial.

Niat kita mungkin bagus. Mungkin bagi tujuan bersahaja. Berkongsi jenaka dengan rakan-rakan. Namun, kadang-kadang tindakan tanpa kawal sebegitu juga dapat memberi kesan buruk kepada kita, atau pun orang lain.

Seperti mana di dunia sebenar, maka jagalah juga adab apabila berada di dunia maya. Salah langkah berkomunikasi di dunia maya, boleh mengundang bencana di dunia sebenar. Maka, silalah KLIK DENGAN BIJAK!




Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. setuju dengan entry ini... cikgu oh cikgu.. gunakanlah kemajuan siber dengan bijak..

    BalasPadam
  2. Betul tu. Niat mereka saje nak buat lawak tp kadang2 mengaibkan pelajar tu sendiri.

    Jemput singgah : Daftar Semester Baru

    BalasPadam
  3. setuju.

    kekadang..lawak tak bertempat.

    BalasPadam
  4. Setuju.mula2 tgk video adik syafiqah tu pun AA rasa cikgu yg amek dan sebarkan video ni tak beretika.buka aib anak murid sndr.

    BalasPadam
  5. saya sangat setuju,, gunakanlah kemajuan siber dengan bijaksana..

    BalasPadam
  6. Itulah masalahnya apabila segala perbuatan dan pekerjaan kita sekadar loncatan untuk mencari makan. Guru cari makan, ustaz cari makan, ulama cari makan..

    BalasPadam
  7. Okay. As much as I like to read their funny answers, I still think its inappropriate for the teachers to sebarkan benda ni. Ia seolah2 membuka aib pelajar dan kalau saya sebagai ibubapa pelajar tu akan merasa terkesan terhadap penyebaran tu. Adakah saya yang terlebih fikir skrg hmm

    BalasPadam
  8. harus tegas untuk tak sebar jawaban murid lah

    BalasPadam
  9. Untuk yang bingung liburan mau kemana, mari wisata ke Karimunjawa. Info paket wisata :
    http://karimunjawamenjanganresort.com

    BalasPadam
  10. gak setuju itu namanya mengajari ketidak jujuran,,

    BalasPadam
  11. sangat tidak setuju, sekolah mendiidk moral, etika, perilaku, nah ini malah ngajari tidak jujur. bahaya

    BalasPadam
  12. merusak generasi muda, saya sangat tidak setuju

    BalasPadam
  13. Ia seolah2 membuka aib pelajar dan kalau saya sebagai ibubapa pelajar tu akan merasa terkesan terhadap penyebaran tu.,
    harus tegas untuk tak sebar jawaban murid lah

    BalasPadam
  14. sekolah mendiidk moral, etika, perilaku, nah ini malah ngajari tidak jujur. bahaya

    BalasPadam
  15. Mkasih yah, sudah mau berbagi pengetahuan melalui artikel ini. sukses selalu

    BalasPadam