About Me

Perhimpunan Industri Kreatif di KL Converge!

Berita baik untuk para penggemar dan penggiat industri kreatif di Malaysia! Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan perhimpunan pertama seumpamanya di Malaysia, iaitu KL Converge! pada 17 - 19 September 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
















Apa Itu KL Converge!?
KL Converge! adalah medan penumpuan idea-idea, dan pengedaran bahan digital melalui web. Beratus-ratus juta orang di seluruh negara-negara ASEAN kini menjadi begitu bergantung kepada aplikasi untuk membantu mereka menjadi cekap dan ICT telah membolehkan pengguna untuk itu. 





Permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna untuk kebergantungan kepada bahan digital, akses kepada pendidikan, hiburan, dan kandungan interaktif telah mencabar pemaju untuk melakukan yang terbaik bagi memacu inovasi yang mengubah kehidupan pengguna.

KL Converge! akan menyediakan satu platform untuk pengguna, pemaju, pengeluar, penulis, pengarah dan animator untuk datang bersama-sama, untuk bertemu dan berkumpul idea bagi mewujudkan sebuah dunia digital baru yang lebih berani.

* Malaysia juga merupakan negara yang berada di tangga ke-4 dunia yang mempunyai 'warga digital' bagi kadar penggunaan jalur lebar dan aplikasi internet dalam tempoh lebih dari 5 tahun di kalangan masyarakat.



Siapa Yang Patut Hadir?
Mereka yang terlibat dalam industri kandungan kreatif, termasuk pelabur, usahawan dan sesiapa sahaja yang ghairah tentang dunia menarik hiburan digital. Anda akan berpeluang menemui sebilangan ikon cemerlang dalam bidang tersebut. 

Antara mereka adalah Namik Malhotra, pakar kesan khas bagi filem Transformer dan juga Roger Christian daripada filem Star Wars! Melalui perkongsian daripada pakar ini, diharapkan juga penggiat industri kreatif dan animasi negara boleh mempelajari kaedah untuk menembusi pasaran luar dan tidak hanya tertumpu kepada pasaran tempatan.

Efek kesan khas Transformer

Anda juga boleh mengikuti bengkel dan ceramah dari para veteran industri dari seluruh Asia, mencari peluang dengan pemodal teroka, dapatkan pandangan dari pelbagai TV dan rangkaian eksekutif filem, dan mempunyai perbincangan terbuka dengan badan-badan kawal selia, universiti dan tokoh-tokoh korporat yang lain.

Justeru itu, pengamal industri kreatif dan animasi negara perlu mengambil peluang ini bagi bekerjasama dengan golongan profesional antarabangsa bagi menghasilkan karya dengan idea yang boleh menembusi pasaran antarabangsa, terutamanya di Hollywood, Bollywood dan pasaran ASEAN.



Apa Aktiviti Yang Dianjurkan?
Perhimpuanan 3 hari yang penuh aksi pameran, sesi interaktif dan dialog, kelas master dan bengkel, paparan menarik dan juga satu majlis anugerah. Ia akan menjadi satu pengalaman yang berharga untuk menunjukkan bagaimana teknologi dan kandungan adalah merupakan satu bahagian setiap hari dalam hidup kita. 

Tema KL Converge! berkonsepkan kepada 'lihat', 'sentuh', 'rasa', 'persembah', 'cakap', 'dengar' dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk daripada pelbagai negara dan syarikat-syarikat, dengan demo terus atau memaparkan aplikasi, permainan, Shorties, filem, dan rancangan TV.


Perhimpunan Mega Industri Kreatif di KL Converge!
















Untuk anda yang berminat nak tahu lebih lanjut lagi mengenai KL Converge!, boleh rujuk senarai aktiviti penuh sepanjang 3 hari di: http://klconverge.com

Peserta juga boleh mendaftar dalam talian di: http://klconverge.com/register/

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Pn Noor Hidayah Abd Rahman di 03-8688 8241.

Datang dan berkumpul dengan kami!




Catat Ulasan

0 Ulasan