.

.

KARTiKEL

Khamis, 4 September 2014

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik

Banyak kemalangan elektrik yang berlaku adalah disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik yang tidak betul. Kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik dan juga kebakaran elektrik boleh menyebabkan kemalangan serius sehingga boleh membawa kematian. Bagi kebakaran yang diakibatkan oleh arus elektrik, pemadam api karbon dioksida haruslah digunakan. 

Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik
Langkah Berjaga-jaga Dalam Penggunaan Elektrik



Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
1. Menyentuh dawai hidup yang terdedah
2. Menyentuh suis dengan tangan basah
3. Memasukkan konduktor tajam ke dalam soket
4. Penebat kabel koyak
5. Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa

Sebab Berlakunya Kemalangan Elektrik
Melebihi beban bagi suatu sumber kuasa


Langkah Keselamatan Dalam Litar
1. memutuskan litar apabila ada arus berlebihan dialirkan
2. guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus
3. Dawai bumi diletakkan dalam soket untuk membumikan sebarang kebocoran arus

Langkah Keselamatan Dalam Litar
guna dawai berpenebat untuk menghalang pengaliran arus


Tindakan Keselamatan
1. Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
2. Baiki peralatan elektrik yang rosak
3. Jangan menarik palam daripada soket dengan talinya
4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah

Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket
Elakkan menyambung terlalu banyak peralatan pada satu soket


Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik
1. Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa
2. Tarik mangsa menjauhi sumber elektrik dengan menggunakan penebat seperti kayu
3. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang sesuai untuk memudahkan pernafasan
4. Lakukan CPR jika mangsa sukar bernafas
5. Hubungi ambulans

Tindakan Jika Berlakunya Renjatan Elektrik
Matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa



5 ulasan:

  1. Mmg bahaya guna 1 soket utk banyak barang elektrik..nanti selalu jadi litar pintas. Litar pintas plak punca kebakaran yg biasa berlaku..memang kene hati2

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer.. kena selalu ingat.. bila buat rumah, mesti buat soket banyak2.. ;)

      Padam
  2. Baru ada kejadian kt rumah jiran tadi berlaku litar pintas. Artikel ni membantu sangat2 ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah.. moga kita dijauhkan dari kejadian yang tak diingini sebegini

      Padam
  3. cikgu kalau kita tidak memperlajari kaedah yg betul semasa menggunakanperalatan elektrik di rumah seperti mesin pengering

    BalasPadam