.

.

KARTiKEL

Sabtu, 6 September 2014

Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 1)

Semenjak bekerja di Sarawak nih, rasanya tak sah kalau saya tak ke Kuching untuk satu tahun tu. Kadang-kadang pasal bawak budak main sofbol, atau ada majlis penyampaian hadiah video dan sebagainya. Paling tidak pun bagi tujuan melawat kawan baik di sana. Tapi trip dengan kereta nih rasanya dah lama tak buat. Geng-geng keras dah habis pindah balik Semenanjung. So kesempatan cuti Merdeka nih, saya dan beberapa rakan sekolah buat roadtrip dari Sibu ke Kuching. Yeah!



Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 1)



Percutian 4 hari 3 malam ke Kuching nih, kami dah rancang dengan baik sebelum pegi. Cikgu Alif dan saya dah buat survey ke beberapa tempat menarik sekitar Kuching. Survey macam masa lawatan, aktiviti yang boleh dilakukan dan jarak. 

Ini sekadar panduan kepada mereka yang lain, yang pertama kali nak ke Kuching, terutamanya hal yang berkaitan dengan budget. Saya sebelum nih main pakai redah saja. So, sekurang-kurangnya trip kali nih, teratur ler sket.


Hari Jumaat (Day 0)
Ada 2 kereta sebenarnya dari Sibu. Kereta pertama ada Ustaz Faris sebagai Driver, Cikgu Alif sebagai Tukang Survey, Cikgu Hafiz sebagai Bendahari dan saya sebagai GPS Penunjuk Arah. Senior 8 tahun lah katakan... ;)

Kereta satu lagi ada Cikgu Asmadi sebagai driver, Cikgu Byeda, Cikgu Suhaila dan Cikgu Mastura. Kitorang pegi geng2 cikgu jer lah yer.

Kereta pertama tu dah start bertolak ke Kuching pada petang Jumaat, sebaik habis Sembahyang Jumaat. Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam untuk perjalanan dari Sibu ke Kuching dengan menggunakan kereta. Bagi mereka yang dah biasa dengan jalan di Sarawak nih, rasanya 6 jam pun dah boleh sampai. Tapi disebabkan kami ke Kuching nih atas tujuan nak melancong, so banyak lah sket masa dihabiskan dengan melihat ke sekeliling.

Setibanya di Kuching, maka perkara pertama yang perlu dilakukan adalah cari tempat tidur! Plan asal nak stay di Hotel Fata, tapi penuh lah pulak. Maka mencari lah tempat lain. Bagi yang nak ke Kuching, dan tak kisah nak stay di mana, saya cadangkan anda cari hotel-hotel budget sekitar kawasan berhampiran waterfront. Banyak kat sana. Harga pun memang ok. Maka, bermalam lah kami pada malam ini di GW Furama Hotel. 



GW Furama Hotel, Kuching


Lepas makan malam, kami ke Kuching Waterfront yang terletak berdekatan dengan hotel menginap. Acara waktu malam dia memang best. Happening! Ada geng-geng pemuzik jalanan dan juga gerai jual cenderamata dan makanan. Jalan-jalan makan angin sambil meninjau keindahan tebing Sungai Sarawak pada waktu malam.


Hari Sabtu (Day 1)
Awal pagi nih kami dah bangun. Sebab hari nih cadang nak ke Serikin, tempat membeli belah di sempadan Malaysia - Indonesia. Ala-ala macam kat Padang Besar ler. So, kami singgah dulu di kedai breakfast paling best di Kuching, iaitu Kopi O Corner! Ini kedai favourite saya setiap kali ke Kuching. Wajib singgah. Nasi lemak dia memang thorbaek!

Selepas breakfast, kami teruskan perjalanan ke Serikin. Jarak dia agak jauh dari bandar Kuching. Rasanya 1 jam setengah juga untuk ke sana. Disebabkan kami bertolak awal, maka kami sampai ke Serikin pun agak awal. Parking kereta masih banyak kosong. Jadi boleh dapatkan tempat yang lebih dekat untuk nak berjalan. 


Serikin
Kat Serikin nih, banyak benda yang anda boleh cari. Tapi yang selalunya orang beli kalau ke Serikin adalah benda yang jarang ada kat tempat lain. Contohnya macam bantal kekabu, tilam, karpet, baju, beg, kain sembahyang. Kalau nak cari barang kraf macam tikar rotan pun banyak. 



Bercuti ke Serikin


Tips membeli belah di Serikin


Tips membeli belah di Serikin nih, survey dulu sepanjang jalan anda ke sana. Dah sampai hujung, patah balik, baru mulakan pembelian anda, selepas dah tahu kedai mana yang jual dengan lebih murah. Boleh tawar menawar dengan peniaga untuk dapatkan harga yang terbaik. Tapi selalunya lebih kurang jer.


Kampung Annah Rais
Dah habis bershoping di Serikin, kami bergerak ke tempat kedua, iaitu Kampung Annah Rais. Ini adalah kampung Bidayuh yang masih mempunyai rumah panjang. Sebabnya, orang Bidayuh nih dah tak stay di rumah panjang. Kalau tak salah saya hanya ada 2 kampung Bidayuh saja lagi yang masih mengekalkan budaya rumah panjang ni, iaitu satu di Kampung Benuk, dan satu lagi Kampung Annah Rais nih.



Kampung Bidayuh Annah Rais


Ini bukan kali pertama saya ke rumah panjang. Tapi sebelum nih rumah panjang Iban. Tentulah tak sama dengan rumah panjang Bidayuh. Rumah panjang Bidayuh di Kampung Benuk pun saya dah sampai. So tak sabar pulak nak tengok rumah panjang Kampung Annah Rais nih.

Tetamu dikenakan bayaran sebanyak RM8 untuk yuran. Kebetulan pada masa ketibaan kami, ada pulak majlis kahwin yang bakal berlangsung. Maka ramailah sket orang yang ada kat situ. 



Tiket masuk ke Rumah Panjang Annah Rais


Beza yang jelas antara rumah panjang Iban dan rumah panjang Bidayuh dah tentulah pada bahan yang digunakan untuk rumah panjang mereka. Orangg Bidayuh menggunakan buluh sebagai bahan utama membina rumah panjang mereka. Ini disebabkan majoriti masyarakat Bidayuh berada di kawasan yang banyak dengan buluh. 



Masyarakat Bidayuh sinonim dengan buluh


Yang menariknya rumah panjang Bidayuh ini adalah kerana mempunyai sebuah rumah khas yang digunakan untuk upacara keagamaan masyarakat Bidayuh dahulu, iaitu Barok. Maka di sini lah para elders akan berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka. 



Barok tempat khas simpan tengkorak kepala yang dipenggal


Barok juga digunakan sebagai tempat untuk menyimpan tengkorak semasa zaman pemburuan kepala. Zaman penggal kepala musuh. Kalau dalam Bahasa Iban, adat ini dikenali sebagai 'Ngayau', tapi kalau dalam Bahasa Bidayuh dikenali sebagai '



Rumah panjang Bidayuh Kampung Annah Rais


Besar juga kawasan perkampungan Annah Rais nih. Hampir 200 rumah dalam satu kampung, tapi dalam kelompok yang tertentu. Setiap satunya disambungkan dengan struktur khas daripada buluh, yang menjadikan satu rumah panjang. 


Semenggoh Wildlife Centre
Selesai melawat kawasan sekitar Rumah Panjang Annah Rais nih, kami bergerak pulang ke Kuching. Dalam perjalanan pulang, kami singgah dulu ke Semenggoh Wildflife Centre. Di sini, anda boleh saksikan Orang Utan diberi makan. 



Semenggoh Wildlife Centre


Menariknya di Semenggoh Wildlife Centre ini, Orang Utan tidak dipelihara di dalam sangkar, sebaliknya dilepaskan bebas di dalam hutan tersebut. Pada waktu diberi makan, iaitu dari jam 9.00 pagi ke 10.00 pagi atau 3.00 petang ke 4.00 petang, seorang petugas akan membuat bunyi bunyian untuk memanggil Orang Utan makan.

Kadang-kadang tak keluar Orang Utan. Kadang-kadang keluar, tapi kat tempat lain. Bukan di tempat yang dah disediakan khusus.

Trip kali nih tak bernasib baik. Sebabnya kami datang pada musim buah. Bila tiba musim buah, kebanyakkan orang utan yang ada kat sini, tak akan keluar bila dipanggil untuk diberi makan. Sebab dah ada banyak makanan dalam hutan. 



Orang utan di Semenggoh Wildlife Centre
Ohh.. Belagak yer.. ;)

So panduan kepada yang nak datang ke Semenggoh Wildflife Centre nih, pastikan anda survey dulu sebelum datang. Sila jangan datang masa musim buah!


Sematan, Lundu Sebab tak berpeluang tengok Orang Utan, kami terus bergerak ke suatu lagi tempat menarik yang ada berhampiran Kuching, iaitu Sematan di Lundu. Sematan nih kalau tengok di peta, boleh kata tempat yang paling hujung boleh dicapai untuk pegi dengan kereta ler.



Peta Sematan Lundu Sarawak


Sebenarnya tak ada apa sangat yang menarik di Sematan. Cuma ada pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik! Ditambah dengan binaan jeti untuk bot dan perahu yang diparking di kiri dan kanannya, viewnya sungguh lah menakjubkan. Cer tengok gambar-gambar matahari terbenam di Sematan. Nice!



Pemandangan matahari terbenam yang cantik di Sematan Lundu Sarawak


Pemandangan matahari terbenam yang cantik di Sematan Lundu Sarawak


Pemandangan matahari terbenam yang cantik di Sematan Lundu Sarawak


Rancangan asal lepas feeling-feeling tengok sunset, nak merasa makanan segar laut kat Sematan nih. Tapi nak jadik cerita, black out pula satu kampung tu. So, tak ada kedai makan yang dibuka. Maka kami batalkan rancangan dan terus menghala balik ke Kuching.



Seterusnya aktiviti biasa-biasa berjalan di sekitar bandar Kuching. Sesi malam lebih rileks sebab taknak pulon berjalan sampai tak larat nak bangun plak nanti. So teruskan bacaan anda ke mana plak kami pergi pada hari seterusnya dalam Entri Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 2). Enjoi!



2 ulasan: