.

.

Rabu, 20 Ogos 2014

Beza Antara Politeknik Premier, Konvensional dan METrO

Ramai juga yang tak tahu bahawa sekarang nih dah ada banyak jenis Politeknik kat Malaysia. Ada Politeknik Premier, ada Politeknik Konvensional dan juga Politeknik METrO. Nama tak sama, tapi fungsi masih sama seperti dulu, iaitu bertujuan melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke IPTA atau pun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti.

Jom kita tengok apa sebenarnya beza antara Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.


Beza Politeknik Premier, Konvensional dan METrO



Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Pengambilan pelajar hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Politeknik Premier juga menjalankan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana.Permohonan adalah melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa.

1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)



Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan adalah pelajar lepasan SPM, yang menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan juga Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online.

1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4. Politeknik Kuching, Sarawak
5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8. Politeknik Kota, Melaka
9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu
10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
11. Politeknik Merlimau, Melaka
12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17. Politeknik Mukah, Sarawak
18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Politeknik Jeli, Kelantan
20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21. Politeknik Banting, Selangor
22. Politeknik Mersing, Johor
23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24. Politeknik Sandakan, Sabah



Politeknik METrO
Politeknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Sasaran pelajar adalah lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.

1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
4. Politeknik METrO Betong (PMB)
5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)


Semoga info mengenai perbezaan antara jenis-jenis politeknik ini boleh membantu para pelajar dan juga pencari maklumat dalam mendapatkan info yang lebih jelas. Arah tuju dan haluan pendidikan juga dapat ditetapkan dengan lebih baik. Semoga berjaya!



83 ulasan:

  1. Terima kasih atas pengetahuan ni.senang nk tolong adik nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. moga bermanfaat yer. ;)

      Padam
  2. takde kesempatan belajar kat politeknik.

    tiba-tiba dah sampai bekerja sekarang. hehe

    BalasPadam
  3. Politeknik Konvensional . adakah ia memberi peluang menyabung ke peringkat ijazah ? ke universiti ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy lepasan diploma politeknik konvensional..skrg study degree di UIAM..InsyaAllah dpt ambik lau pointer diplomA baguih n tepat memilih university dan program yang sesuai..

      Padam
  4. Adakah permohonan ke politeknik sudah tamat bg saya yg baru ambil peperiksaan spm 2014?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk calon SPM2014, permohonan ke Politeknik adalah bermula selepas keputusan SPM 2014 diumumkan.. so Justin masih ada peluang nak memohon.. ;)

      Padam
  5. assalamualaikum cg..sy clon spm 2013..sye nk tannye..adakah sye bleh memohon politeknik utk sesi 2015 ?? first intake heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa cakap x boleh.. masa saya belajar dulu thn 2001 di PUO ada uncle umur 40 sambung belajar..rilex jer

      Padam
  6. setahu sy politeknik kuantan pahang skrg tgh upgrade utk politeknik premier betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada byk lagi politeknik yg nk d upgrade tetapi kene ikut prosedur yg tepat.politeknik kuching sekarang sedang giat untuk menuju ke arah itu tetapi skrg just 3 yg atas tu je yg mncapai poli premier..

      Padam
  7. Saya nak tanya, politeknik metro tu swasta or kerajaan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua politeknik even premier, konvensional & metro ialah diklasifaikan sbg IPTA..

      Padam
  8. cikgu kalau nk buat diploma lanjutan dari sijil kolej komuniti . hanya bleh masuk poli premier sja ke cikgu ??

    BalasPadam
  9. Peluang nk masuk universiti untuk ijazah cerah ke bg pelajar2 politeknik konvensional?

    BalasPadam
  10. Adakah peluang untuk menyambung ijazah di universiti lebih besar bagi lepasan politeknik konvensional berbanding STPM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrg pluang nk ambik degree sgt senang..politeknik pun dh offer degree level.kita ada berpuluh IPTA dan beratus IPTS. jadi istilah dapt ke tidak terpulang ngn pointer awak time diploma. lepasan diploma politeknik biasanya mmg mengkhusus ke program yg awak belaja diploma tu..kalo STPM, dia punya peluang tidak mengkhusus..

      Padam
  11. kalau upu tak DPT APA peluang lg yg ada..untuk spm 2014

    BalasPadam
    Balasan
    1. politeknik,ikbn,ikm,jtm, university swasta...

      Padam
  12. Saya nak bertanya jika saya masuk ke kolej komuniti dlm 4 semester selepas habis sijil tu adakah peluang saya masuk ke diploma itu mengikut syarat? adakah peluang saya sambung diploma itu cerah bagi lepasan sijil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. peluang nak dpt lebih advance dr spm sbb awk ada sijil kolej komuniti

      Padam
  13. Nk msok ke politeknik premier perlu ade interview ke? Ke ade certain course je yg ade interview? Course pngajian perniagaan perlukn interview ke untuk msok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. xde intvw utk commerce department..ada certain course je yg wat intvw..

      Padam
  14. Sye nk tnye...sye dh msok kolej swasta(diploma), selang bbrapa bulan sye dpt twran ke politeknik konvensional(diploma kos yg same). So better sye stay kolej ke or transfer ke poli tu...mse dpan sye cerah x lps msok poli sye nk smbung degree compare dgn kolej swasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua2 cerah masa depan nk ambik degree. beza dia hanya kewangan je..kalo swasta mmg agk parah sikit, kalo poli ok sikit sbb dia ipta. yg penting struggle belaja. target pointer 3.00 up..

      Padam
  15. Sye nk tnye...sye dh msok kolej swasta(diploma), selang bbrapa bulan sye dpt twran ke politeknik konvensional(diploma kos yg same). So better sye stay kolej ke or transfer ke poli tu...mse dpan sye cerah x lps msok poli sye nk smbung degree compare dgn kolej swasta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh...gi je poli konvensionl tu....best

      Padam
  16. hehe.. teringat dulu masa belajar kat poli.. kenangan.. :)

    BalasPadam
  17. Thanks...baru faham...Try google cari perbezaan membawa sy pd laman web ini.

    BalasPadam
  18. Sy pensyarah politeknik konvensional.sbnarnya sy jg cnfuse dgn mksud Poli metro. So, sy pernah tnya pegawai HEP politeknik.jawapan dia kerana berada di tgh bndar.sy tnya kenapa politeknik Kuala terengganu tidak di panggil Poli metro?? Blh dia jwb PKT dh lama, metro utk yg baru.so, I think u know better than us.tahniah cikgu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,mohon sangat penjelasan tentang Institut Kemahiran Mara(IKM) dan Institut Latihan Perindustrian(ILP).Ini dikategorikan apa Tuan? Adakah sijil diiktiraf? Sebelum sy memohon ke institut tersebut sy ingin pencerahan.Harap Tuan dpt membalas pertanyaan saya.

      Padam
    2. Wasalm...IKM ngn ILP sama dri segi pembeljrn kemahiran...kan 2 tmpt ada sijil kemahirn tahap berapa...conth Sijil Kejuteraan Automotif tahap 1,2 3 IKM....tahap 2 pon dh bolh kerja di mana2 bengkel kereta misalnya...elaun bulanan pon dpt kt IKM tu...semua ditanggung olh MARA...hehehe..kalo ILP saya x pasti...

      Padam
  19. Saya pelajar lepasan diploma di politeknik dalam bidang international business adakah says baleh sambung degree kat politeknik Dan krusus berkaitan ape Yang saya boleh sambung degree di poli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda bolh pergi ke portal politeknik...di situ terdpt infon maklumt lebih lanjut...terima kasih :)

      Padam
    2. as i know,commerce department hanya offer IJAZAH SARJANA PENGURUSAN PERNIAGAAN (PEMASARAN)..itu je yg bole awk apply...

      Padam
  20. Assalamualaikum. Sy nak tanya, sy tidak mendpt tmpt di poli premier dan tidak memohon u konvensional. Adakah sy masih boleh merayu utk poli konvensional apbl permohonan rayuan dibuka nnt??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ah , sama kita zaty saya pun x dapat politeknik premier tu , saya pun nak buat rayuan ke politeknik konvensional tetapi sama juga kes macam awak tu x isi sebelum ne permohonan ke politeknik konvensional , saya hanya isi permohonan UA/politeknik premier hmmm nampaknya dua² xda rezeki nak buat macam mana , kira nak buat rayuan laa ne hehe

      Padam
  21. Salam....saya nk tnya...saya telah membuat pemohonan kemasukan untuk bulan jun bagi politeknik....jika pemohanan saya dapat pd bulan jun boleh tak jika saya ingin masuk pd bulan disember???jika boleh bagaimana cara nya???.....

    BalasPadam
  22. Salam..cikgu .sya nk tnye nie.sya bekas pljr Uitm tp mmandangkn sya xda rezeki hnya bljr smpai semester4 je pda thn 2015.n skrg blh x sya smbg bljr ke Politeknik konversional bgi kmsukn 2016-2017 jika ad ksempatan utk msa dpn sya??..

    BalasPadam
  23. Salam....buleh tak saya nk buat pengguhan kemasukan ke politeknik.....dari sesi kemasukan bulan jun ke sesi kemasukan bulan disember, jika boleh bagaimana cara nya?????

    BalasPadam
  24. Salam....buleh tak saya nk buat pengguhan kemasukan ke politeknik.....dari sesi kemasukan bulan jun ke sesi kemasukan bulan disember, jika boleh bagaimana cara nya?????

    BalasPadam
  25. Maaf nk tnya... politeknik konvensional ni swasta atau kerajaan???

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Kalau msok politeknik, masa depan cerah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. statistik last year polieknik mendapt 86% graduan berjaya mendapat pekerjaan dan selebihnya menyambung pgajian ke peringkat degree ipta/ipts

      Padam
  28. Politeknik Kota kinabalu👍 nak balik pun semenanjung pun jarang jarang😭

    BalasPadam
  29. apakah pembelajaran dalam kursus diploma teknologi digital

    BalasPadam
  30. Bole ke nak mintak tukar dari poli metro ke poli konvensional?

    BalasPadam
  31. Boleh ke mintak tukar dari poli konvensional ke poli premier?

    BalasPadam
  32. Betul ke pointer dkt poli tak sama atau lebih rendah dari ipta
    Contoh yg sy dgr kalau student dpt pointer 4.0 kat politeknik , bersamaan 3.5 di ipta . Betul ke ?

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum.. maaf sy nk tanya.. untuk December second intake diploma 2016 politeknik akan dibukakah? dekat portal website politeknik masih tiada lagi untuk second intake diploma.. mohon penjelasaan cg ^^

    BalasPadam
  34. salam..saya dah konvo kat politeknik ungku omar..saya mohon utk sambung degree kat U .xdapat..ponter 2.97.. jerr..dah xdak hatapan ke nk sambung degree kat U .

    BalasPadam
  35. Salam nak tanya. Untuk intake Disember pelajaran nya mula dari awal ke ataupun kita kena kejar apa yg intake pertama dah belajar??

    BalasPadam
  36. terima kasih cikgu in4 yg sgt2 berguna utk kaum ibu!!

    BalasPadam
  37. Pembelajaran subjek dia masih sama ke bgi calon politeknik premier & politeknik konvensional?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Course outline bg sbjek same je stiap jurusan yg amek di poli premier or konvensional.cume bezanya premier nie lbih baik dri segi PNP sbb level of learning setanding dgan universiti...so klau ade apply kduanya dpat yg premier is better larhh but konvensional juga okey.

      Padam
  38. Thank you, Cikgu for the information. It is very useful and helpful for my son.

    BalasPadam
  39. Kalau tadak A boleh ka nak masuk politeknik??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole..apply dkat konvensional or metro aslkan lpas dgan syarat2 pd stiap course yg nk apply.klau standard course xsilap minimum 5kredit.

      Padam
  40. Politeknik konvensional under swasta or goverment?

    BalasPadam
  41. Nk tny,, premier kta utk pljr cmrlng.tpi bknnya pljr cmrelng slalunya dtmptkn di ua ka? Mcm uitm..dsb .?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poli premier mmg standing dgan uni utk student yg cmerlang, tp klau de apply dkt uitm better ambil si2 cause uitm mmg level uni.

      Padam
  42. Pembetulan utk no. 10... Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

    BalasPadam
  43. Boleh tak nak tuka dari poli konvensional ke poli premier sbb kos yang saye nak ade kt poli primier je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kena try call direct dengan jbtan pengajian politeknik

      Padam
  44. Sy dpt 4A 3B+2D dlm spm baru nie..x dpt panggilan upu..tp dpt politeknik konvensional...boleh x sy tukar ke premier ? Sy dpt jurusan akauntasi...

    BalasPadam
  45. Sy dpt A dlm subjek B.melayu , matematik , sains dan akaun..B+ dlm ekonomi , agama dan sejarah dan D dalam english dan addmath..adakah sy x layak ke premier ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya difahamkan klau nk apply dkat poli premier min bi kena kredit/C keatas..

      Padam
  46. Sy dpt A dlm subjek B.melayu , matematik , sains dan akaun..B+ dlm ekonomi , agama dan sejarah dan D dalam english dan addmath..adakah sy x layak ke premier ?

    BalasPadam
  47. sy mohon poli konvensiol tp xdapat..yg dpt kolej komuniti..boleh apply utk poli konvensional tak? rayuan online xboleh disebabkan sudah ada tawaran dari kolej komuniti..sya difahamkan bhw rayuan hanya boleh dibuat oleh calon yg tidak dpt apa2 tawaran..betul x?

    BalasPadam
  48. Salam cikgu. Saya nak tanya, kalau saya dah dapat masuk politeknik premier, boleh ke kalau saya nak tukar ke UiTM? Masa isi borang UPU saya terletak poli sebagai choice pertama.. seperkara lagi, di poli, kursus Business Studies diajar dalam BM ke ENG?

    BalasPadam
  49. As salam cikgu...sy nk tnya..better sy stay form 6 or pergi politeknik konvensional.. dlm dilema..pendapay cikgu mana pling cerah msa dpn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy dpt matrik , poli konvesional . Tapi tak tahu la nak pergi ke tak , or just mohon form6 . Sy pun dlm dilema .

      Padam
  50. Assalam..cikgu..kenapa x boleh buat rayuan upu bila dh dpt poli ? Sy nak cuba mohon rayuan uitm..tp x boleh bila dpt poli konvesional...ada cara lain x ?

    BalasPadam
  51. Salam saya awani.. Sy nk tanya pndapat la better sy pegi politek or stay f6?? Sy dpat dip pngurusan pelancongan.. N saya mnat kos ni tpi saya tkut pluang nk keje nnti xde. N sy takut kos pngajian tinggi. Tlg beri pnjelasan 😢

    BalasPadam
  52. Salam saya awani.. Sy nk tanya pndapat la better sy pegi politek or stay f6?? Sy dpat dip pngurusan pelancongan.. N saya mnat kos ni tpi saya tkut pluang nk keje nnti xde. N sy takut kos pngajian tinggi. Tlg beri pnjelasan 😢

    BalasPadam
  53. Nak Tanya jika saya sudah mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal Dan ingin sambung ke peringkat degree/ijazah,, institusi/ipta mana says boleh apply ?

    BalasPadam
  54. assalamualaikum...saya nk tanya...saya ditawarkan ke politeknik metro...adakah politeknik metro dgn politeknik konvensional setaraf...bleh ka saya sambung degree lepas politeknik metro..

    BalasPadam