About Me

6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang

Menjadi guru yang mengajar kelas hadapan adalah merupakan antara impian kebanyakan guru. Tak semua, tapi kebanyakkan. Banyak alasan dan sebabnya. Antara sebab yang paling glamer adalah, tak perlu nak bersusah payah mengajar. Budak dah pandai. Pendek kata, kalau cikgu tak masuk kelas mengajar pun, budak-budak masih boleh dapat A. 


6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang


Itu sebahagian ler. Tapi ada juga kelompok guru-guru yang mendambakan peluang mengajar kelas belakang. Nak ambil peluang cungkil bakat, nak test power mengajar dan macam-macam alasan lain. Kalau tak mendambakan pun sekurang-kurangnya, 'dipaksakan' untuk mengajar kelas belakang atas macam-macam alasan juga. Ada antara nya kerana tidak bekenan oleh pentadbir sekolah, dan segala macam lagi masalah politik yang berlaku di sekolah. Sila faham kan.

Walaubagaimanapun, saya secara peribadi melihat perkara ini dari sudut sepositif mungkin. Saya juga merupakan guru yang sentiasa mengajar kelas terakhir sejak dari saya mula mengajar sehinggalah kini. Malah semasa diobserve untuk lantikan Guru Cemerlang juga berlangsung di kelas yang paling akhir di sekolah saya. Sangat ler saya terhutang budi dengan mereka.

So, jom kita tengok apa lagi kelebihan mengajar pelajar kelas belakang nih.


1. Terpaksa Sekreatif Mungkin
Pada saya, banyak kemahiran mengajar saya datang daripada kelas sebegini. Oleh sebab batasan yang ada pada mereka dari segi menerima ilmu, banyak membantu saya membuat 'ekperimen' dalam mencari kaedah paling sesuai dan paling mudah untuk mereka. 

Secara tak langsung saya terpaksa menjadi sekreatif mungkin dalam memikirkan strategi terbaik untuk mengajar dan memahamkan mereka. Maka dari sana, timbullah idea-idea bernas dan teknik yang lebih berkesan kepada mereka dan semestinya digunapakai untuk pelajar kelas depan juga.


2. Fokus Sampaikan Ilmu
Bagi guru yang mengajar kelas belakang, tumpuan dah tentulah diberi lebih kepada proses penyampaian ilmu. Maksudnya, guru akan memastikan seboleh mungkin para pelajar menerima ilmu sebanyak yang dapat diserap oleh mereka. Dalam keadaan tertentu, sasaran perlu diletakkan sesuai dengan tahap pencapaian mereka di samping strategi yang betul, serta bermakna. Pendekatan yang biasa saya ambil adalah, "lebih baik sedikit, tetapi melekat dalam otak". Berbanding banyak, tetapi sikit pun tak ada yang melekat dan ingat.


3. Kurang Tumpuan Dari Pentadbir
Disebabkan mereka juga adalah pelajar daripada kelas hujung, maka kebiasaannya pihak pentadbir akan selalu terlepas pandang. Pihak pentadbir suka dengan pelajar kelas depan, dan lebih mengenali mereka yang dijangkakan mampu mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang. 


6 Kelebihan Ajar Kelas Belakang


Maka pelajar kelas belakang ini dipandang sepi. Macam kenal tak kenal, dan wujud tak wujud. Maka di sinilah kelebihan mereka dan kita sebagai guru yang mengajar. Disebabkan kurang tumpuan daripada pentadbir, maka kuranglah sikit tekanan kepada kita untuk mengajar dengan sebaik mungkin. Maka ilmu boleh disampaikan dengan lebih relaks, santai, tak tertekan dan paling penting, lebih menyerap!


4. Kejayaan Lebih Dihargai
Bagi guru yang mengajar di kelas belakang, kejayaan seseorang pelajar di sana, bukan lah bergantung sepenuhnya kepada bilangan A. Tetapi keputusan yang melebihi kemampuan mereka! Pelajar kelas belakang selalunya mereka-mereka yang sentiasa gagal dalam peperiksaan. Maka, jika mereka sudah berjaya mendapat hatta D sekali pun, maka itu sudah cukup baik buat mereka. 

Maksudnya, jika keputusan yang mereka perolehi itu menjangkaui kemampuan mereka seperti yang dijangkakan guru, maka itu sudah cukup berjaya bagi mereka. Tidaklah kita menafikan kemampuan mereka untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang, seperti A, B dan C. Tetapi, keputusan D itu juga sudah cukup cemerlang bagi mereka yang sebelum ini hanya mendapat markah tak lebih daripada 10!


5. Kejutan Daripada Mereka
Pelajar-pelajar seperti ini biasanya akan memberi banyak kejutan kepada guru. Kejutan yang saya maksudkan bukanlah kejutan hadiah atau pun apa-apa yang lain berbentuk material. Tetapi kejutan dalam bentuk perubahan sikap mereka, dan juga keputusan mereka.

Guru mana yang tak bangga jika pelajar yang sebelum ini hanya mendapat markah tak lebih 10 markah, tetapi kini sudah boleh mencapai markah 40 dan ke atas?. Bukan kah itu satu kejutan yang cukup istimewa daripada pelajar kelas belakang buat kita yang bergelar guru?. Tepuk dada, tanya jiwa. 


6. Lebih Pandai Hargai Guru
Sama ada anda mahu percaya atau tidak, pelajar kelas belakang ini jauh lebih menghargai guru berbanding pelajar kelas hadapan. Merekalah yang akan lebih banyak menegur guru-guru jika bertemu di pasar malam, tepi jalan dan lain-lain tempat. Dari kejauhan dah memanggil-manggil nama guru sekalipun pada masa sekolah, mereka lah yang sentiasa dipukul, didenda dan dihukum. 

Pelajar kelas depan? Ada sesetengahnya, tak sampai setahun pun tinggalkan sekolah, jumpa cikgu pun dah buat-buat tak kenal! Baru masuk matrik. Belum pun habis masuk universiti! Sesetengah ler..


Walau apa pun kelas yang kita dapat, tanggungjawab sebagai guru patut dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Mereka juga pelajar yang berhak mendapatkan pelajaran yang sama seperti pelajar kelas lain, serta berhak mendapat layanan yang sama daripada semua guru. Jika positif yang anda tengok, maka positiflah hasilnya. Begitu juga sebaliknya.

Kepada guru kelas belakang, tahniah!



Catat Ulasan

62 Ulasan

  1. tiap-tiap tahun gua dapat.

    takde hal.

    Gua ajar macam biasa. Takde beza baik kelas depan atau belakang.

    Kalau tak buat kerja sekolah, tetap kena denda.

    haha..

    BalasPadam
  2. Kelas dpn atau kelas blkg.. dua2 ada kelebihan...kitalah pencoraknya.. sbg bekas pelajar yg pernah merasa jd yg terbaik...dan pernah juga merasa jd antara yg tercicir.. saya bersyukur krn dpt berkongsi perasaan dan pengalaman dgn anak2 didik saya.. zaman persekolahan adalah yg plg indah.. ajak mereka nikmatinya..jgn asyik mengejar syllibus je..
    saya syg guru2 saya.. saya syg anak2 didik saya..
    (Walaupun kdg2 biasa la.. ada masa dan ketikanya kita berduka dan 'menyinga' bila masalah melanda.. )
    do what we love.. love what we do..

    BalasPadam
  3. Terharu plak baca entry kali ni.tahniah cikgu.semoga terus tabah dan gigih demi anak bangsa

    BalasPadam
  4. Mengajar memang mudah berbanding mendidik. Mendidik memerlukan kesabaran yg tinggi. Masalahnya skrg ibu bapa menyerahkan tugas mendidik kpd guru sepenuhnya. Malangnya guru, apabila sukar utk mengajar dan mendidik jika tidak dberi kepercayaan oleh ibu bapa dan brisiko pula apabila menegur anak2 mereka. Walau apa pun marilah sama2 kita mengejar pahala ibadah kerja ini dgn ikhlas...

    BalasPadam
  5. Saya setuju dengan pendapat cikgu..mengajar kelas belakang lebih mengajar kita sebagai pendidik untuk jadi yang terbaik..sedaya upaya kita akan mencari jalan untuk membantu mereka berjaya..10 tahun saya dgn kelas belakang,tetapi tahun ini saya diberi peluang dengan kelas hadapan..saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara

    BalasPadam
  6. Saya lebih gemar bersama murid kelas belakang berbanding kelas hadapamn..mereka tidak sombong,malahan sentiasa menegur sapa guru2

    BalasPadam
  7. Saya pun sama. Mest ada kelas belakang. tp diorg yg lebih mjaga hati kita dan tak sombong dgn cikgu

    BalasPadam
  8. Bab xmenyombong tu saya setuju..pengalaman mengajar siri PLKN bdk keciciran mmg humble gile...wlpon Diorg kurang kepandaian akademik berbanding bdk siri satu yg kebanyakan nya scorer... Lps hbs PLKN mmg yg pandai tu kebanyakan xingat sgt kitorg..Tp bdk yg siri tiga mmg ukhuwah terjalin sampai skrg...

    BalasPadam
  9. Tahniah cikgu....saya yakin sebab itu cikgu di anugerahkan guru cemerlang. Saya juga lebih suka ajar kelas belakang...pengajaran seakan lebih bermakna... dan paling terharu mereka lebih menyayangi kita. Syabas cikgu2 semua

    BalasPadam
  10. Bersyukur dpt mengajar mereka walaupun ada ketikanya mencabar jg. Itulah permata di dalam lumpur.

    BalasPadam
  11. Fungsi Kelas belakang kpd cikgu:
    a) sebagai penghibur
    B) sumber berita sekitar terkini.... haha...
    C) pembantu cikgu yg sgt setia
    D) detective conan cg.... (bila ada kes disiplin)
    E) simbol kebanggaan cikgu...bila diorang dapt naik kelas ...

    **pengalaman sy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah apa yg cikgu tulis... mmg semua tu terjadi pd saya juga...😉

      Padam
  12. point terakhir sy sgt setuju.teringat memori lama dgn seorang murid bermasalah.syahdu sungguh..

    BalasPadam
  13. Terbaikkk

    BalasPadam
  14. saya jg mmg sentiasa d beri tugas blkg.. saya setuju dgn pandangan ckg.. tp tahun ini, murid2 ni akhlak nya ya Allah.. Allah shj yg tahu.. kita ddlm kelas dh jd tu ggul.. yg mahu belajar pun terganggu krn mrk akan d pukul (contohnya dgn kertas yg dgulung oleh mrk yg x mahu blajar) atau diusik. saya x tahu bagaimana nk melembutkan hati anak2 ini. mohon pandangan ckg jika tidak keberatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah nanti saya akan kongsikan Tips dalam entri yang terbaru ;)

      Padam
  15. Tahniah buat tuan...semoga Allah mempermudahkan segala urusan tuan
    ..

    BalasPadam
  16. Sejak mula ngajar hingga skrg (10 thn dah) sy memang mengajar kelas terakhir......merekalah yang menjadikan sy Guru Cemerlang 3 tahun lalu...ciptakanlah keseronokan belajar...fahami mereka...
    Tahun ni sy diobserv pula utk GC 48...masih kelas yg sama...sy sayang dan bangga dengan student sy.....first batch dah jd ckgu...gaji pertama dia belikan sy baju...tersentuh sangat ...tp tu lah realitinya...

    BalasPadam
  17. Murid kelas belakang boleh dikategorikan mereka lebih bijak menghargai guru. hubungan murid guru juga lbh baik.

    BalasPadam
  18. Nmpaknya smua stuju yg pljr kls blkg lbh mnghargai guru. Jika dbnding kls dpn yg lebih byk sikap mementingkn diri dan slalu brlagak dia lah paling hebat di atas muka bumi ni. Tidak semua tp kbykn nya....

    BalasPadam
  19. ok je ajar kelas belakang

    BalasPadam
  20. Tahun pertama mengajar dicabar mengajar kelas belakang, nak tak nak terima. fresh grad la katakan.... alhamdulillah, students sangat best. kereneh mereka membuat saya terhibur. lebih manis apabila keputusan diumumkan, peratus naik,it's a double joy for me. lepas tu tiap2 tahun ajar kelas belakang, rasa seronok sebab macam2 kaedah bole dicuba & memang betul... mereka sangat menghargai kita. sampai sekarang tiap2 tahun dpt call. "cikgu, kereta rosak anta kt workshop saya ye"... sgt bangga dengan mereka :)

    BalasPadam
  21. Semua Aku setuju... Pelajar Kelas belakanglah yg selalu boleh diharapkan dlm kerja2 amal kat sekolah

    BalasPadam
  22. Ramai rupanya guru-guru yang mengajar kelas belakang ni yer
    Tahniah untuk kita semua! ;)

    BalasPadam
  23. Same goes to me...benar kelas sebegini sebenarnya memang menyeronokkan...dgn mengajar kelas blakang,rasanya content p&p lebih saya fahami krn perlu cari byk idea dan cara utk bagi diaorg faham...syabas guru yg mengajar kelas blakang.....

    BalasPadam
  24. cikgu boleh ajar mat? kluw boleh dtng lah skolah saya ..walaupon sya dalm kedudukan kelas depan ..tapi saya lemah dalam Matematik...dah tiga tahun dah sya cuba tapi tetap gagal sampai skarang....lagi2 sya dah nak pt3 ...masih buntu lagi kepala saya ...ade ape2 tips x untuk saya??

    BalasPadam
  25. Alhamdulilah thn ni sy dpt bertukar ke sekolah yg amat menyejukkan hati utk saya mengajar dgn penuh komitmen.semua pelajar tak kira kelas awal atau belakang amat h hormat pd sy.thn lepas sy dah melalui keadaan yg sy tidak mampu utk mengajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. sejuk hati.. gunakan peluang dengan sebaiknya untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara.. ;)

      Padam
    2. saya plak tgh bergelut...Allah

      Padam
  26. CN sokong sangat ! pelajar kelas belakang ni la bila jumpa cikgu di luar, dia akan tegur. Kalau kelas pandai, nampak cikgu kat luar terus lari !! paling best, sempena cny ni, pelajar cina kelas belakang yg bg CN limau, byk pulak tu..kelas dpn sebiji pun xbg...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu ler pasal.. kelas depan nih selalunya baik time masa belajar je.. dah kuar sekolah jer, hmmm...

      Padam
  27. saya juga antara guru yg hanya sekali sahaja mengajar dikelas A semenjak dipostingkan. Selepas itu memang di kelas belakang sebab mengajar subjek sains. Tapi makin lama mengajar pelajar2 ini makin sebati dalam jiwa . Pengalaman dan penulisan cikgu kali ini sangat terkesan di hati saya sebagai pendidik.

    BalasPadam
  28. Macam saya lah kelas blkg dgn saya berpisah tiada..apa boleh cakap diorg ni kalo kita x ngjr dia lg pun dia akn still bg salam..tp kalo kls dpn..kita ajr dia pon blum tentu dia akn bg slm

    BalasPadam
  29. Yg marah tu macam biasala, cikgu stress murid x phm2.. haha.. tp kadang2 ada juga jawapan mereka yg buat jd lucu.. lg2 sy ni mngaja bdk2 sekolah rendah.. hehe
    Bab "lebih pandai menghargai" mmg 200% betul.. even baru naik sekolah mngah da nmpk perubahan.. belum masuk U lg pun..

    BalasPadam
  30. Saban tahun saya mengajar kelas belakang... saya suka... dan tahun ini saya rendiri yg request nak ajar kelas belakang... sebabnya sama seperri diatas... alhamdulillah...

    BalasPadam
  31. Saya setuju dgn pendapat cikgu hailmi. Mereka mengajar kita supaya lebih kreatif. Walaupun sedikit kejayaan mereka cukup membanggakan kita dan mereka lebih menghargai kita bila telah meninggalkan sekolah. Saya suka mengajar kelas belakang

    BalasPadam
  32. Saya mengajar pelajar matrikulasi program 2 tahun (PDT) yang sering dipandang second class oleh pelajar matrikulasi program satu tahun (PST). Saban tahun berusaha keras menanam motivasi tinggi kepada PDT. Sesetengah pensyarah sendiri berdolak dalik tak mahu mengajar PDT.

    Saya menerima cabaran ini dan saya dah jatuh suka mengajar PDT. Pelajar lebih berhemah, menghargai pensyarah. Bab kreatif tu memang saya akui... Allah Taala sentiasa beri ilham kepada saya untuk mempelbagaikan teknik P&P bagi membantu pelajar PDT ini menguasai subjek yang diajar.

    BalasPadam
  33. guru2 otai yg da lme ssuai ngaja kls blkng

    BalasPadam
  34. ALhamdulillah.. ramai guru yang dah rasa manfaat dan untung mengajar kelas belakang walaupun ada sesetengah nya menolak.. teruskan memberi inspirasi kepada rakan guru lain dan juga anak murid! ;)

    BalasPadam
  35. terharu pak
    semoga di hargai para guru2 seperti anda

    BalasPadam
  36. Bagi saya..kelas depan ka..kelas belakang ka..tdk jauh bezanya..bergantung kepada kredibiliti seseorang utk mencorakkan ilmu dan strategi pdp..guru yang mengelak kelas belakang sebenarnya tdk berani hadapi cabaran...sebaliknya,guru yang sentiasa mahukan kelas depan sebenarnya "pilih kasih"...renung2kan...

    BalasPadam
  37. Bagus entri2 cg hailmi..mmg positif dan menaikkan smangat cg2..semoga sentiasa sihat supaya dpt memberikan buah fikirsn yg tbaik..

    BalasPadam
  38. So touching .... baca ulasan cikgu2.. kini.. tahun semakin menginjak.. dah 2016...cepat sgt masa brlalu... Alhamdulillah.. masih di kelas belakang..bg sy.. cikgu2 kelas belakang .. adalah guru yg hebat..

    BalasPadam
  39. Tahun depan mula ajar kelas belakang,
    tak sabar pula nak mula bila dah baca artikel ni. :)

    BalasPadam
  40. Tahniah untuk semua cikgu2 kelas belakang.
    Mengajar kelas berkebolehan rendah / sederhana memang mencabar...tapi menyeronokkan bila mereka menunjukkan perubahan yang positif...walau sedikit. Perangai memang laaa macam2...tapi mereka sentiasa hormat pada kita, as long as we gave them our moral support. Syabas sekali lagi untuk semua guru kelas belakang.
    Hehehehe...

    BalasPadam
  41. Setuju sangat dan bangga dengan kerjaya guru.moga guru guru terus tabah.terharu dgn keperihatinan cikgu yang mendapat murid yg sedemikian..dan terjadi pd anak sy sndiri kerana guru2 lebih mementingkan keputusan kelas KRK.sekarang ni hanya dpt masuk ikm ..baru2 ni dia dgn semangatnya memberitahu keputusan beliau...jutaan terima kasih pd guru2 ikm kuching krna menydarkan beliau n beliau kembali brsmangat untuk belajar semula..tabik utk semua cikgu

    BalasPadam
  42. Sy mengajar kelas belakang ms praktikal. Dah 6 thn berlalu. Mulanya sy sangkakan sukar tp sebenarnya amat mudah utk dptkan kerjasama mereka. Mereka masih ingat dan contact sy lagi sehingga sekarang.
    Kenangan manis saya sepanjang bergelar guru...alhamdlillah

    BalasPadam
  43. no 6 best!dr jauh dh panggil cikgu.. and dorang nakal dorang jugak yg buat rasa seronok mengajar dengan gelagat macam2 dalam kelas..haha

    BalasPadam
  44. Setuju no 6...bdk2 klas blkg sgt lbih mghormati n mghrgai guru2 mereka...

    BalasPadam
  45. Kitakn jutawan akhirat...hantarla klas mana pun In Shaa Allah akan buat yg trbaik...sya pun sering diobserve dlm jadual tu kna plk klas blkg...tp diorg blajar mcm biasa jgk riuh rendah, disbbkn itu markah sya bagus....alasannya bdk aktif...hihi maklumla abad 21...apa2 pun klas mana pun kna ajar, sya accept dgn hati yg sgt trbuka...sya bayangkn mereka umpama anak sya

    BalasPadam
  46. tambah 1 lg point no.7
    PARENT TAK MASUK CAMPUR

    sng nak ajar mcm anak sendiri sbb parent xkacau..hahaha

    thn 2016 dioffer kelas depan sy tolak sbb jiwa sy kpd kelas belakang..dulu skola pon sy kelas belakang jadi sy sgt faham perasaan org xpernah lulus tiba2 dpt 40..heaven sangaaattt

    BalasPadam
  47. Alhamdulillah..saya bangga menjadi pendidik yg pd asalnya bkn pilihan hati apatah lg bila brsama anak2 didik kls blkg mngajar saya lbh mnghargai & memahami jiwa serta keperluan mereka untuk mendapat perhatian dan tunjuk ajar bagi mencorak masa hadapan mereka kelak...wallahua'lam..

    BalasPadam
  48. semasa sy berada d sekolah menengah sy merupakan salah seorang pelajar y nakal sgt nakal ..hahaa..dan berada d kelas hujung ting1E,2F,3E,4D dan 5D... sy nie atlet kat sklh..sy selalu cari alsan untuk ponteng kls kununnya sy ada latihan sukanlah perjumpaan lah.. macam2 lagi lah ... sehingga satu tahap 2 ada seorang guru nie kata "dah lah duk kls hujung perangai tah apa2"..sy hanya senyum walaupun sebenarnya hati sy sgt terguris .. ohyea masa 2 sy ting2F..smasa sy berada d ting3E sekali lagi sy buat hal dan cikgu tegur sy lg dia kata "kalau dah kls hujung mang kls hujunglah juga"..masa 2 terdetik di hati sy knp cikgu ni benci sgt dkt sy?apa slh sy ? sedangkan bila sy terjumpa dia sy tegur dia sy beri salam dan sy hormat dia ....masa 2 mang rasa diri bodoh sgt ..heheh.. bila sy ting5D cikgu tu jd guru kls sy .. ada lah dlm beberapa ari masa tu sy xdtg skolah sbb atok meninggal..dan sekali lagi cikgu 2 guris perasaan sy dia kata sy saja xdtg skolah sy ni pemalas cikgu 2 siap beritahu sy y sy hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk menduduki spm dan lepas 2 blh lah duduk melepak ..buang masa .. dah xda kemahuan belajar masa depan xfkr ..ayat cikgu y paling sy ingat"dari awal buat hal x abis2 tah nanti blh berjaya kah tidak awak ni nanti"..sekali lagi hati sy rasa ditusuk sembilu pedih xterkata..seminggu sebelum SPM sy jumpa cikgu 2 dan minta maaf sbb banyak susahkan dia ..cikgu 2 dengan slumber jawap " taw xpa,lepas spm nnti blh lah buat hal sesuka hati,org lain masuk U kmu duk melepak tepi jln" ..itu ayat cikgu y sangat memberi kesan kepada sy,bebaru ni ada pulak terjumpa cikgu 2 ..dia tanya sy buat apa skrg,bila sy kata sy sambung blajar cikgu 2 senyum dan kata cikgu thu kmu ada ada potensi untk berjaya..itu adalah kali pertama cikgu 2 senyum dan x guris hati sy dgn peluru berpandu dia 2..tp sbnrnya disebab kan semua kata2 cikgu y menyakitkan hati sy tulah sy berada d IPTS skrg ni sy ambil jurusan Sains Komputer last sem dah sem depan praktikal .. semua kata2nya semua kritikannya sy jadikan pembakar semangat... cikgu 2 sbnrnya syg sy ... biarpun cara dia lyn sy mcm sy ni anak tiri dia tp sbnrnya sy taw cikgu 2 nak sy sedar n buktikan y kls hujung pun blh berjaya .. sy ni xtaw camna nak balas jasa cikgu 2 .. apa y sy blh adalah berusaha untuk jd seorg y berjaya dan banggakan cikgu n mak ayah .. sy selalu berdoa agar cikgu,mak dan ayah dipanjangkn umur sbb anak nakal mereka ni sedang mendaki puncak kejayaan untuk membuat mereka bangga ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terharu sy baca...sy doakan awk berjaya dunia d akhirat..inshaAllah..

      Padam
  49. jika.guru bekerja di.sekolah

    macam.ni.lah jadinya.

    BalasPadam
  50. Betul juga tu cikgu, walaupun saya seorang pelajar, saya juga akui kelas belakang ada kelebihan tersendiri berbanding kelas hadapan... sebab saya pengawas kan, saya lebih senang menjaga kelas belakang waktu guru-guru ada mesyuarat.

    BalasPadam
  51. Peluang mengajar kelas belakang banyak memberi pengalaman pahit manis bagi saya... suka duka seorang guru. Tetapi melalui pengalaman saya selama ni, pelajar-pelajar kelas belakanglah yang paling rajin bertegur sapa dengan guru mereka walaupun dah habis belajar. Mereka lebih menghargai guru-guru mereka berbanding pelajar kelas hadapan.

    BalasPadam
  52. ding dong, ding dong....berdetik jam di dinding....jika kita turutkan masa, memanglah kelas belakang banyak ambil masa untuk faham ajaran kite....ambil masa utuk buat kerja sekolah, ambil banyak masa utuk membaca soalan dan ambil masa untuk buat aktiviti yang sama sekali tidak sama seperti kelas hadapan. Namun, dari segi sosial, sy berpendapat murid belakang sukar nak berlagak atau sombong, even juma kita kat luar sekolah pun akan tegur kita walau duduknya tu jauh 5 batu dari jauh dah laung panggil kita, "techer!!!!!!!!!!'

    Tapi kalu kelas depan, duduk sebelah tgh order kfc pun x pandang kita....

    Pada pendapat saya la....

    BalasPadam
  53. Macam kami di KV takde kelas belakang atau depan. Pelajar adalah dikalangan pelajar yang lebih kepada kemahiran dan kami sedia maklum mereka kuarang gemar kepada teori Dan pembacaan. Memang struggle dari segala sudut kalau nak mengajar. Tapi kita perlu positif dan betulkan niat kita utk mengajar. Manisnya nnt kamu yang rasa.

    BalasPadam
  54. I'm one of student cikgu hailmi teach during school at Smk Luar Bandar Sibu also in the last class that his teaching before in 2010/2011 if not mistaken..His a good teacher also being supportive to his students..Congratulation Cikgu, all is depending on the true story..Thanks again and very appreciate it much after all this year! ����

    BalasPadam