About Me

Tips dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2014

Oleh sebab terlalu ramai para pelajar yang meminta saya untuk mengkongsikan beberapa tips bagi menyiapkan tugasan Geografi PT3 2014, maka saya sediakan artikel khas ini untuk memudahkan para pelajar tingkatan 3 tahun. Bahan dan tips ini diambil daripada blog Cikgu Norazimah dan Cikgu Tetamu Istimewa, serta dipermudahkan lagi bagi membantu pelajar untuk mengikut langkah demi langkah. Semoga berjaya!

Tips dan Panduan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2014 HOT!



LANGKAH 1 : PELAKSANAAN


Terdapat 3 bahagian dalam tugasan di PT3 Geografi iaitu :



1. Perancangan (10 markah)

: Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh. 

: Perancangan merangkumi :

  • Jadual Kerja
  • Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir)
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah)
: Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.

: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.

: Proses awal perlulah ada :
  • sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian
  • senarai rujukan
  • gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah)

: Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut :
  • Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. 
  • Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
  • Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataaan. Masa pelaksanaan PT3 Geografi adalah dari 1 - 18 Julai 2014.

 



LANGKAH 2 :  KAJIAN KES

Tugasan untuk PT3 Geografi

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon.

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut :


2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji

Pencemaran Udara : 
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya. 

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik. 

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.



2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut

Untuk mendapatkan markah penuh iaitu 15 markah , calon dikehendaki untuk menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Disini CN berkongsi dengan anda faktor/punca kejadian pencemaran udara yang mungkin berlaku di Telok Panglima Garang. Pelajar perlu menghuraikan sendiri faktor tersebut yer.. CN cuma berikan faktor dan contoh sahaja. Selebihnya anda, CALON PT3 GEOGRAFI huraikan sendiri faktor tersebut dengan kreatif dan kritis yer.. 


1. Pembakaran Terbuka : Sebagai contoh, pembakaran hutan gambut dan ladang kelapa sawit yang berlaku di Jalan Kebun telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara di kawasan kajian. 

2. Asap dari kilang : Contoh, pengeluaran asap dari kilang-kilang yang berada di Zon Peridustrian Bebas Telok Panglima Garang antara penyebab utama pencemaran udara di kawasan kajian. 

3. Asap dari kenderaan bermotor : Contoh, Jalan Klang-Banting merupakan jalan utama yang menghubungkan Bandar Klang dan Banting, kenderaan berat seperti lori kontena yang melalui jalan tersebut telah melepaskan gas monoksida dan menyebabkan udara tercemar di kawasan kajian.

Punca Berlakunya Pencemaran Udara
  • Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
  • Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
  • Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
  • Penyemburan racun makhluk perosak
  • Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
  • Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.
  • Letusan gunung berapi
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Aktiviti Perindustrian dan pembangunan


2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian

Pelajar akan diberi markah penuh iaitu 20 jika pelajar menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian. Berikut merupakan kesan-kesan pencemaran udara di Telok Panglima Garang serta contohnya. Reminder, calon PT3 Geografi 2014 hendaklah menghuraikan kesan kejadian dibawah dengan menggunakan ayat sendiri. 

1. Jerebu : Contoh, indeks IPU di Telok Panglima Garang agak tinggi dan tidak sihat. 

2. Gangguan kesihatan : Contoh, pencemaran udara telah menyebabkan pelbagai penyakit seperti lelah, asma dan batuk.

3. Hujan asid : Contoh, hujan asid telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh. 


Kesan terhadap Kesihatan Manusia
  • menjejaskan sistem pernafasan.
  • Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
  • Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
  • Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. 
  • Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. 
  • Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan
  • Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. 
  • Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. 
  • Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan
  • Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. 
  • Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. 
  • Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara. 
  • Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak. 

Kesan Terhadap Lapisan Ozon
  • Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. 
  • Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. 
  • Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. 

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
  • Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. 
  • Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. 
  • Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
  • Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. 
  • Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.



2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

1. Menghijaukan kawasan
  • Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
  • Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

3. Program kitar semula
  • Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

4. Kempen
  • Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

5. Penukar bermangkin
  • Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

6. Tindakan Undang-undang
  • Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. 

7. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar
  • Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. 



Kredit : http://www.cekgunorazimah.com/ dan http://mieadham86.blogspot.com/




Catat Ulasan

75 Ulasan

  1. cikgu, pencemaran bau tiada ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn lupa pencemaran suara , " " budaya

      Padam
  2. wah ! cikgu hailmi pun semangat yer ber'PT3' ;)

    BalasPadam
  3. terima kasih ! tersangat la jelas :D

    BalasPadam
  4. Tq cg....kalau blh dpt pjelasan utk subjek sejarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cer cari cikgu razak blogspot,insyaallah boleh membantu

      Padam
    2. http://cikgurazak.blogspot.com/search/label/SEJ%20PT%203

      Padam
  5. ckgu bole tk sye nk pnjelsan n konsep geografi tntng pncemaran udara .

    BalasPadam
  6. cikgu,, tentang pencemaran bau adatak ??

    BalasPadam
  7. tlong!!!!...saye x fham

    BalasPadam
  8. MAMPOS!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  9. cikgu penuttup nye macam mne

    BalasPadam
  10. cikguhailmiloverhaha2 Julai 2014 pada 2:44 PTG

    CIKGU ! DASYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAT HAHAHA . SAYA SAYANG CIKGU HAILMI ! HATI NYE SGT SOFT MCM SOFBOL DIA JUGAK .HEHE .

    BalasPadam
  11. terimakasih cikgu......sangat membantu....

    BalasPadam
  12. cikgu...pencemaran bau xder ke???

    BalasPadam
  13. HAISSS.. SKRNG SY LEBIH PHM.. TQ:)

    BalasPadam
  14. NAK TANYE.. KAN DYE KATE TIDAK KURANG DARI 300 PATAH PERKATAAN.. KENE TEPAT OR 3++ KEATAS.. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih DARI 300, TEPAT PUN BOLEH PREFER LEBih

      Padam
  15. Balasan
    1. jangan lah pening...kamu baca dgn teliti pasti dapat

      Padam
    2. KAMU PENING MACAM AYAM KE BANGLAA

      Padam
    3. +Tanpa Nama (31 oktober) what's wrong with u?

      Padam
  16. kalau bagi rencana sekali lagi tiptop. thnks for the good guide :)

    BalasPadam
  17. terima kasih sangat2 cikgu

    BalasPadam
  18. kenapa wujud PT3? susah sangatlah

    BalasPadam
  19. Terima kasih byk2lh ckgu!! Muaacckkksss!!
    Dgn bntuan ckgu, dptlh murd amik PT3 yg cemerlang!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul betul saya sokong

      Padam
  20. thanx sir for this important notes

    BalasPadam
  21. A very useful notes for me to do my folio...exactly like what I need....thnk u very much..,cikguhailmi

    BalasPadam
  22. folio perkembangan petempatan pulak

    BalasPadam
  23. ada sekolah yg suda di bagi kerja kursuskh???share bh,,,,

    BalasPadam
  24. Boleh masukkan peta iThink ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh..tu bahan grafik...saya buat folio sbgai pendedahan awal kat skolah saye....then saya dpt 98 markah...woah bangga..huhu

      Padam
  25. Cikgu hailmi...ape tajuk kerja khusus pt3 tahun 2015

    BalasPadam
  26. As'salam..cikgu ada tak..contoh kerja kursus untuk tajuk kegiatan ekonomi??

    BalasPadam
  27. As'salam..cikgu ada tak..contoh kerja kursus untuk tajuk kegiatan ekonomi??

    BalasPadam
  28. As'salam..cikgu ada tak..contoh kerja kursus untuk tajuk kegiatan ekonomi??

    BalasPadam
  29. Saya pun nak nota untuk tajuk kegiatan ekonomi...

    BalasPadam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  31. As salam... Ada tak nota utk tajuk kegiatan ekonomi?

    BalasPadam
  32. Soalan baru keluar semua sibuk tanya 👆👆👆😂😂😂

    BalasPadam
  33. Bolehlah cikgu tolong....... tajuk kami ialah kegistandard ekonomi cikgu..... tq byk byk …😘

    BalasPadam
  34. Assalam Cikgu, perhaps you can discuss on this year's topic - "Kegiatan ekonomi penduduk setempat"? I'd like to start but feeling a bit unsure as the topic is rather too generic. Please help, your guides will be very much appreciated. Thank you!

    BalasPadam
  35. Yes please help us cikgu. tahu nk mula dari mna.

    BalasPadam
  36. bole tak bagi saya konsep dan takrifan pasal kegiatan ekonomi? please

    BalasPadam
  37. pt3 2015 skrang nie dh takleh ambek panduan drpada blog or website yang aada name cikgu,still cari tapi tak jumpe

    BalasPadam
  38. pt3 skarang nie dh tak leh ambek panduan dripada blog or website yang ada name cikgu, markahnye ditolak,stil cari yang takde name cg,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh ... betul eh ? baru tahu

      Padam
    2. Eh ... betul eh ? baru tahu

      Padam
    3. Eh ... betul eh ? baru tahu

      Padam
  39. Pada saya...khusus ni ta da la susah mana...kalau kita betul2 fhm..ia tak kan jd susah..saya calon pt3 jgk taonni..memula dpt soalan mmg la merungut kata susah leceh lah itu inilah..tp bila CUBA fhmkn balik...tak susah pun wehh..YAKIN..cuba yakin yg kita mesti buat ^_^ chaiyokk you alls ~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau soalan senang ..nak jawab pun senang..kalau soalan susah ..pandai-pandai lah..heheheh anyway tahniah!

      Padam
  40. yes.yakin boleh

    BalasPadam
  41. yes.yakin boleh

    BalasPadam
  42. salaam, nk tnye apa cnth perkara yg diperlukn untk temu bual
    please......

    BalasPadam
  43. cikgu, kerangka pelaksanaan tugasan tu kena buat tulisn tgn atau bertaip?

    BalasPadam
  44. Cikgu borang soal selidik kene beserta dengn gambar yg kita soal selidik org tu sekali ke??? Atau cume bagi borang soal selidik jerr tak perlu bertangkap gambar dgn org yg isi borang selidik kan??

    BalasPadam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. Tertanya-tanya, apa function PT3.... link ni adalah pendapat tentang pt3 http://inksight.iact.edu.my/pt3-replaces-pmr-is-it-better/

    BalasPadam
  47. kalau kepentingan bentuk muka bumi,cikgu?

    BalasPadam
  48. bagaimana cara nak buat potensi??

    BalasPadam
  49. Nk tanyee sayaa ade buat pencemaran air , bole x kongsi fakktor pencemaran air , kesan dia dan lain2 laa , bole x ?

    BalasPadam
  50. tq sangat mmbntu
    add meon wc please
    QueenOfMaster
    for my another question

    BalasPadam
  51. Very best as well as Most affordable Jabodetabek Private Training, each of our staff along with instructors arrive to your home, established your very own research routine which enables it to select every discipline involving study ... visit https://bimbel-calistung.netlify.app/les-privat-calistung-kemayoran.html for more details

    BalasPadam
  52. You can expect private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an internal and accelerated method, it really is hoped who's will be able to foster a generation of people who have good morals... for more information https://biologi-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-biologi-di-johar-baru.html

    BalasPadam
  53. Join our esteemed language you are studying course at Executive-Education.id and begin a linguistic adventure of an lifetime. Immerse yourself from the richness of the target language, guided by expert instructors who know the nuances and intricacies of effective language acquisition. Whether you're a beginner or a professional learner, our tailored curriculum will empower you to navigate diverse cultures with finesse and flair. Visit https://kursus-spanyol.github.io/kursus-bahasa-spanyol-cipete.html for registration.

    BalasPadam