About Me

Pengumpulan Bahan Penulisan Amalan Terbaik PDP Guru Pendidikan Khas

Berita baik buat guru Pendidikan Khas. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas sedang mengumpul bahan penulisan amalan terbaik PdP bagi Murid Berkeperluan Khas. Bahan penulisan hendaklah dihantar kepada Ketua Unit Pendidikan Khas, JPN masing masing selewat-lewatnya pada 30 September 2014.

Pengumpulan Bahan Penulisan Amalan Terbaik PDP Guru Pendidikan Khas

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas, anda boleh hubungi Encik Khairi bin Bahari (03-88849155 / 013-7495720) atau emel ke khairi.bahari@moe.gov.my




Berikut syarat penghasilan bahan :-
1) Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan panjangnya 1000 - 1500 patah perkataan (4-6 muka surat)
2) Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubahsuai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik.
3) Tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, budaya, agama, atau kepercayaan di Malaysia.
4) BPKhas berhak menerbitkan rencana yang terpilih, dan berhak membuat penyuntingan dan pindaan yang difikirkan perlu, ke atas rencana berkenaan. Rencana yang dihantar kepada BPKhas tidak boleh dihantar kepada penerbit lain
5) Gambar, gambarajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannya. 
6) Karya hendaklah bertaip komputer, Arial, font 12, double spacing denga menggunakan kertas taip bersaiz A4, ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan dihantar kepada JPN masing-masing. (u.p: Ketua Unit, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas) dalam bentuk soft copy.
7) Setiap guru Pendidikan Khas boleh menghantar tidak lebih daripada 2 sahaja rencana. Tarikh tutup penyertaan peringkat sekolah adalah pada 30 September 2014.
8) Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan. Penulis yang rencananya diterbitkan akan diberikan sijil.
9) Pada muka hadapan rencana hendaklah dituliskan  butiran berikut: 
          Nama Penulis (seperti di dalam kad pengenalan)
          Nama dan alamat sekolah
10) Tarikh akhir menghantar penyertaan pada peringkat negeri adalah pada 10 Oktober 2014. 10 karya terbaik daripada setiap negeri mesti sampai kepada BPKhas dalam bentuk CD pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai contoh penulisan, boleh download di SINI.


Catat Ulasan

0 Ulasan