.

.

KARTiKEL

Ahad, 20 Julai 2014

Misteri Kawah 'Akhir Zaman' di Siberia

Baru-baru ini berlegar sebuah video di youtube mengenai sebuah kawah gergasi yang ditemui di Yamal, Siberia. Video yang diambil daripada atas helikopter itu, menunjukkan sebuah kawah gergasi dengan keluasan dijangka hampir 262 kaki. Penemuan yang sangat misteri itu juga menimbulkan banyak persoalan lain, sehingga ada yang menggelarkannya "Kawah Akhir Zaman".

Kawah misteri Yamal, Siberia

Antara teori awal yang mengatakan pembentukan kawah tersebut adalah dihasilkan akibat daripada hentaman meteorit. Tetapi disangkal oleh ramai orang lain. Yang terbaru, sekumpulan saintis dari Russia berpeluang untuk melawat kembali tapak kawah berkenaan.




Teori meteorit ditolak. Ramai pakar yang mendakwa ini berlaku kerana pemanasan global, yang menyebabkan gas yang terperangkap di bawah tanah mengalami tekanan berlebihan dan akhirnya meletup keluar. Keadaan yang sama juga dapat diperhatikan di Artik dan kawasan subArtik yang lain.

Kawah misteri Yamal, Siberia

Tambahan pula, kawasan Yamal ini memang kawasan gas asli dan minyak. Kawah yang terbentuk pula berada tidak sampai 30km daripada kawasan carigali minyak dan gas asli. Maka teori letupan gas permafros adalah teori yang paling hampir buat masa sekarang.

Kawah misteri Yamal, Siberia

Kawasan sekeliling kawah yang kelihatan gelap seperti terbakar juga menunjukkan suhu yang tinggi. Namun bukan kerana diakibatkan oleh pendaratan UFO, tetapi kerana suhu yang tinggi yang dihasilkan semasa berlakunya letupan gas tersebut.

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan