.

.

KARTiKEL

Ahad, 13 Julai 2014

Keelektrikan

Keelektrikan bermaksud pengaliran arus elektrik yang berlaku di dalam suatu konduktor. Sumber elektrik pula boleh datang daripada pelbagai, termasuk bateri, dinamo, sel suria, sel kering, bateri basah, penjana kuasa dan lain-lain lagi.

Alat elektrik hanya dapat berfungsi apabila terdapat pengaliran elektron (cas negatif) secara berterusan. Pengalliran elektron inilah yang menghasilkan tenaga elektrik.

Penjana Van de Graaff


Kita ambil contoh huraian pada Penjana Van de Graaff
1. Penjana Van de Graaff dihidupkan
2. Kubah akan menjadi bercas positif
3. Elektron dari bumi mengalir ke kubah kerana tertarik dengan cas positif
4. Pengaliran elekron yang berlaku akan menghasilkan arus elektrik yang kemudiaannya dikesan oleh galvanometer


Arus Elektrik (I)
Arus elektrik ditakrifkan sebagai kadar pengaliran elektrik. 


Voltan (V)
Daya elektrik yang diperlukan untuk mengalirkan elektron antara 2 titik ataupun beza keupayaan di antara 2 titik.


Rintangan (R)
Sifat sesuatu bahan yang menghalang atau menentang pengaliran elektron melaluinya.


4 ulasan:

  1. Sekarang saya lebih memahami bab ini...Terima kasih cikgu!!!!

    BalasPadam
  2. saya sangat sukakan blog ini..tapi ia akan jadi lebih mudah untuk saya buat ulangkaji kalau cikgu boleh sediakan isi dan fakta yang lebih terperinci..:D

    BalasPadam