.

.

KARTiKEL

Khamis, 31 Julai 2014

Aidilfitri Dalam Kesederhanaan

Suasana aidilfitri tahun ini bagi saya disambut dengan penuh kesederhanaan. 

Baju raya pun pakai yang 2 tahun lepas. Langsir di rumah macam tak bertukar. Baju berjalan masa hari Raya juga tak dibeli. Semua ahli keluarga yang lain pula beraya di rumah mentua masing-masing, maka persiapan raya tahun ini dibuat dengan begitu sederhana sekali. 

Jangankan nak berselfie atas kubur. Nak bergambar masa hari raya pun tak ada.


Aidilfitri Dalam Kesederhanaan


Perang yang masih berlangsung di Gaza, yang dah meragut lebih 1000 nyawa membuatkan kita nak sambut raya pun rasa macam tak sampai hati. Bermeriahan berlebih-lebihan, sedangkan mereka di sana, nak sembahyang Raya pun masih dalam keadaan yang ketakutan.

Seperti kata kawan, tak perlu jadi Muslim untuk nak memahami penderitaan di Gaza.

Kehilangan MH17 juga memberi kesan. Tak ada sanak saudara yang terlibat. Tak ada kawan handai yang terlibat. Tapi sedih memikirkan bagaimana ahli keluarga mereka yang terlibat dengan tragedi berhadapan dengan situasi sedih menjelang hari raya. 

Sekadar menumpang simpati kepada mereka.


Kemeriahan hari raya hanya benar-benar dirasai pada Hari Raya ke-3, di mana semua ahli keluarga dah mula berkumpul di kampung halaman. Kehadiran anak-anak saudara yang seramai hampir 10 orang itu lah yang menjadi penyeri kepada suasana raya.

Seperti biasa, part mohon maaf, adalah part yang paling menginsafkan. 

Terutamanya buat saya yang berada jauh dari keluarga kerana urusan kerja. Peluang bertemu sebegini, inshaAllah akan cuba dimanfaatkan dengan sebaik mungkin,  tanpa mahu ada rasa terkilan di hati. 

Bukan selalu nak berjumpa ramai-ramai macam nih.

Dan

Bukan senang nak berjumpa ramai-ramai macam nih.


Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan Salam Aidilfitri, kepada semua para pembaca blog ini dan juga mereka-mereka yang mengenali diri saya ini. 

Rakan-rakan dari SK Dato Ahmad Musa, SMK Agama Arau, USM Penang, IPG Persekutuan Pulau Pinang. Juga rakan sekerja dan bekas rakan sekerja di SMT Arau, SMT Kangar, SMK Seriab, SMK Sri Muda, Penaga Penang dan SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak.

Jika juga ada dalam selama ini tersalah bicara, terbuat dosa, maka saya dengan rendah hatinya menyusun jari memohon seribu kemaafan.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! ;)

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan