.

.

KARTiKEL

Ahad, 8 Jun 2014

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 : Hari 5

Sedar tak sedar, dah 5 hari kami berada di Shaftbury Residence bagi program Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 #kamera2014 anjuran MCMC ini. Masa berlalu begitu pantas, sedangkan peserta dan fasilitator baru mula nampak berjaya membentuk satu famili. Apa pun, ini adalah hari berlangsungnya Majlis penutupan dan hari terakhir kami semua bersama.

Wakil daripada MCMC adalah Datuk Ali Hanafiah dan wakil daripada ASWARA adalah Rektor ASWARA sendiri, iaitu Prof Hatta Azad Khan

Persiapan terakhir adalah menanti ketibaan para VIP daripada semua yang terlibat, iaitu MCMC, ASWARA dan RTM. Wakil daripada MCMC adalah Datuk Ali Hanafiah dan wakil daripada ASWARA adalah Rektor ASWARA sendiri, iaitu Prof Hatta Azad Khan.




Majlis penutupan dimulakan dengan tayangan filem pendek hasil karya pelajar sepanjang 5 hari berkampung di sini. Kumpulan A dengan 'Keyboard Warrior'. Kumpulan B dengan 'BULI'. Kumpulan C dengan 'Andai KALAU itu Nyata' . Kumpulan D dengan 'Tempang' . Dan Kumpulan E dengan 'FITNAH'. 

Fasilitator ASWARA yang hebat dan gempak habis

Hasilnya memang mengkagumkan. Boleh saya katakan bahawa hasil pelajar pada tahun nih adalah jauh lebih baik berbanding filem pendek yang dihasilkan semasa kem pada tahun 2012. Nampak lebih tersusun dengan shot-shot yang lebih kemas dan terancang. Hebat para fasi memberi tunjuk ajar! Tahniah semua.

Keputusan akhir, kumpulan C dengan CreativeCitizen Production telah berjaya menggondol gelaran Juara bagi filem pendek mereka. Memang terbaik!



Dan akhir sekali, tiba lah part yang paling mengharukan sepanjang kem ini, iaitu sesi bersalaman dan bergambar kenangan. Kenangan terakhir bersama semua peserta kem, guru-guru, fasilitator dan para petugas MCMC. 

Ada yang sibuk bergambar, ada yang sibuk membahagikan hadiah. Tapi paling menarik bila ada fasi yang memberikan komen dan nasihat jujur kepada setiap anak didikannya. Nampak sangat caring, dan sangat bertanggungjawab walaupun baru kenal mereka dalam 4 5 hari. 




Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 ini dengan best sekali!

Pihak penganjur dari MCMC, Madam Laurelle Tan, orang kuat LRK dan KAMERA2014 Encik Taher, Anne, Fatin, Naimah, Faidi, Rarouq dan Azimah yang tak henti-henti menyediakan yang terbaik untuk para peserta.

Dari wakil ASWARA lak, abang-abang dan kakak-kakak fasi yang sempoi dan happening giler, abang Syamir, kak Pinky, abang Syafiq, kak Yu, kak Farah, abang Eric, kak Ieka, abang Vamp, abang Faez. 

Dari wakil ASWARA lak, abang-abang dan kakak-kakak fasi yang sempoi dan happening giler, abang Syamir, kak Pinky, abang Syafiq, kak Yu, kak Farah, abang Eric, kak Ieka, abang Vamp, abang Faez.

Guru-guru pembimbing dan juga adik-adik pelajar yang bersemangat nak belajar sepanjang mengikuti kem ini. InshaAllah akan meninggalkan kenangan yang manis dan terindah!


Teruskan bacaan untuk tengok apa yang saya dan anak-anak murid saya buat selepas tamat Kem KAMERA2014 ini. Ha3.. Serius best!




4 ulasan:

  1. Bagus nih Cikgu Haii.Bagaimana tentatif dan agenda prog,rasa macam nak tengok juga.Jika boleh emailkan...nyusah-nyusah kat cikgu pulak..Berapa kos buat program tu cikgu..Tqvrmc Cikgu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk pengetahuan Cikgu Nordin, pihak yang menganjurkan adalah MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Jadi saya tak pasti dengan kos yang terlibat.
      tentatif ada, tapi dalam bentuk hardcopy. INshaAllah saya akan cuba upload nanti. ;)

      Padam
  2. rindu zaman sekolah... dapat join macam macam kem...

    BalasPadam
  3. Bagus tuk remaja sekarang, drp duk buang masa tak tentu arah...

    BalasPadam