About Me

Jom Tonton Filem Pendek Muzikal "ORKED"

Saya nak jemput dan ajak semua rakan pembaca blog ini, jom kita pegi tonton filem pendek "ORKED" ramai-ramai. Filem pendek "ORKED" arahan Danial Syabil, dibantu oleh Farah Izati sebagai Pengarah Seni dan Syafiq Zainal sebagai Pengarah Fotografi nih dah tentu akan menjanji kelainan buat anda. Sebabnya, filem pendek ini berbentuk drama muzikal dan diolah dengan begitu baik sekali oleh para pelajar ASWARA tahun akhir ini.

Jom Tonton Filem Pendek Muzikal "ORKED"


Seperti yang kita semua sedia maklum juga, genre sebegini bukan lah selalu kita dapat tonton daripada filem pendek lain yang biasa kita tonton. Paling penting lagi, sebab filem pendek ini dihasilkan oleh para pelajar ASWARA yang sangat berbakat dan berpotensi lagi untuk diketengahkan dalam bidang seni filem di Malaysia.


Jom kita baca sket sinopsis filem pendek ini.

Orked, 16, seorang gadis yang sangat berbakat dalam bidang tarian. Dia ingin menyertai pertandingan tarian yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tetapi dia di halang oleh rakan sekelasnya iaitu Nabila yang mempunyai perasaan dengki terhadap Orked.

Pada suatu hari, Nabila mengugut Orked di dalam kelas agar tidak menyertai pertandingan itu. Lalu dia menunjukkan skill tariannya di hadapan Orked. Tetapi Orked hanya mendiamkan diri dan tidak menunjukkan kehebatannya dalam bidang tarian. Disebabkan tindakan Orked itu, ramai rakan kelasnya mengeji dan memandang rendah terhadap ketakutan Orked untuk membalas tarian Nabila.
Orked pulang ke rumah dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu kepada ibu dan bapanya. Semangat dan dorongan yang tinggi diberikan oleh ibu bapanya membuatkan Orked bertambah yakin dan membuat persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Pada hari pertandingan, kostum yang sepatutnya hendak dipakai oleh Orked telah dirosakkan oleh Nabila...... 

Ha... saspen kan?. Agak-agaknya, apa yang akan berlaku pada Orked dan Nabila lepas kejadian tu? Berjaya tak Orked mengalahkan Nabila yang jahat tu dalam pertandingan tersebut?. Atau Orked terus-terusan dibuli oleh Nabila?.. 


Jom Tonton Filem Pendek Muzikal "ORKED"


So, jom lah kita tonton ramai-ramai filem pendek "ORKED" ini yang pasti memberi satu pengalaman baru buat anda. Tentu juga nak tahu kan apa kesudahan filem pendek ini. Jadi kepada sesiapa yg berkesempatan , datanglah saksikan filem pendek ORKED , di tayangan perdana PeTA 2014 , 8.30 malam , 12 Jun 2014 , Mini Pawagam ASWARA . Datang jgn tak datang !!!


Catat Ulasan

0 Ulasan