.

.

KARTiKEL

Sabtu, 3 Mei 2014

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna

Memulakan tugas sebagai seorang guru di sekolah pedalaman Sarawak, bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Apatah lagi dek kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, maka ada seribu satu persoalan dan ketakutan yang berlegar dalam kepala otak saya semasa mula-mula menerima surat penempatan, 8 tahun yang lalu. 

Bermacam-macam perkara bermain di otak saya. Jauh, mak ayah di kampung, sekolah pedalaman, Iban, makanan, tempat tinggal, masyarakat sekeliling dan segala macam lagi yang menjadi kerisauan. Namun, setelah 8 tahun di bumi Sarawak ini, semua halangan dan dugaan dapat diatasi dengan baik. Kena pandai lah bawak diri.

Adab merantau ke negeri orang perlu sentiasa dijaga. Pergaulan dengan masyarakat sekeliling dan penerimaan terhadap budaya asing juga banyak membantu saya menyerap dalam situasi yang begitu asing pada saya suatu ketika dahulu.

Serasa saya, pada 2 tahun pertama, saya masih cuba menyesuaikan diri dengan perbezaan budaya dan bahasa dengan kehidupan di Sarawak. Masuk tahun ketiga dan seterusnya, saya sudah mula memberanikan diri bertutur menggunakan Bahasa Iban dengan para pelajar. Sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, pada tahun ke-5 saya cuba pula memberanikan diri bertutur Bahasa Iban dengan ibubapa pelajar dan rakan guru yang berbangsa Iban.

Disebabkan adanya Program Home Visit yang dianjurkan oleh pihak sekolah juga, maka saya berpeluang mengenali budaya Iban dengan lebih dekat. Naik turun Rumah Panjang dah jadi kebiasaan. Di situ lah mula timbul sifat kefahaman yang lebih tinggi dan hormat menghormati antara sesama kita, dalam menjalankan tugas mendidik dengan lebih baik.

Hubungan saya dengan pelajar di sini juga agak baik. Rapat. Sekalipun tak sama agama, bangsa dan budaya, namun setiap seorang daripada mereka saya anggap macam adik saya sendiri yang perlu saya bimbing dan didik dengan sebaiknya. 

Tugas saya sebagai guru adalah untuk mendidik. Tanpa mengira biar siapa pun anak murid saya. Maka tanggungjawab itu yang terus saya pikul dan cuba laksanakan hingga sekarang.

Oleh kerana tak ramai yang berpendidikan tinggi di kawasan saya ini, maka lagi lah saya rasa terpanggil untuk menjalankan tugas mendidik dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya suatu hari nanti, mereka di sini sudah tidak perlu bergantung kepada orang luar untuk menguruskan hal-hal membangunkan kawasan mereka.

Dalam pada itu teringat kenangan saya dengan seorang pelajar. Seorang pelajar lelaki. Kebiasaannya saya selalu mengelakkan diri daripada terlalu rapat dengan pelajar perempuan. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan pandangan serong orang lain. Tapi masih ada juga pelajar perempuan yang saya baik dan masih berhubung hingga sekarang, cuma tak seramai dengan pelajar lelaki.

Pelajar yang saya ceritakan tadi berasal daripada keluarga yang agak miskin. Bapa sebagai pengawal keselamatan dan ibu sebagai pembantu prasekolah. Susah seperti kebanyakan budak lain di sekolah saya. Malah ada yang jauh lebih susah lagi.

Saya merupakan guru subjek Sains bagi pelajar tersebut dan kelasnya sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Lebih kurang bermaksud, ilmu Sains mereka hanya semata-mata daripada sumber Cikgu Hailmi sahaja. Tentu ada banyak kenangan manis, suka dan duka sepanjang mengajar mereka sekelas selama 3 tahun. Boleh nampak sendiri budak-budak ini membesar bagai Juara depan mata.

Namun yang buat saya bangga adalah kerana merekalah juga kumpulan pertama pelajar yang berjaya melonjakkan bilangan A untuk subjek Sains daripada kurang 10 orang pada setiap tahun, kepada lebih 30 orang semasa PMR tahun tersebut! Pencapaian yang sangat membanggakan.


Jika di tempat lain, pelajar menghargai guru dengan hadiah yang mahal-mahal dan hebat-hebat semasa Hari Guru. Maklumlah, anak-anak tauke besar dan orang hebat-hebat. Budak bandar yang dekat dengan segala kemudahan termasuk kedai hadiah. 

Tetapi tidak seperti di sekolah saya. Majoriti ibubapa adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah seperti petani, buruh, pemandu lori dan kerja sendiri. Nak beli barang mahal, kena berbulan simpan duit.

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna
Selamat Hari Guru, Cikgu!

Namun mereka masih pandai menghargai jasa guru dengan cara mereka yang tersendiri. Dan dengan seadanya mereka. 


Jadi apa hadiah yang saya dapat semasa Hari Guru?

Kad buatan sendiri yang lebih bermakna, cawan kecil dan hadiah-hadiah lain bagi yang berkemampuan. Jangan terkejut. Ada juga ibubapa yang mengirimkan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran, tanda terima kasih mereka kepada guru. Seperti yang saya cakapkan tadi, dengan seadanya mereka. 

Semua hadiah tersebut masih saya simpan hingga ke hari ini. Terutamanya kad buatan sendiri, sebab itu menunjukkan kesungguhan usaha pelajar dalam menghargai jasa cikgunya. Dan daripada banyak-banyak hadiah yang saya terima, ada satu yang menjadi ingatan saya sehingga kini.

Hadiah yang saya terima daripada pelajar lelaki tadi. Pelajar lelaki ni memang baik dan rapat dengan saya. Malah ibu bapa dan ahli keluarga nya juga pun baik dan selalu bertanya khabar dengan saya. Kerap saya mendapat sms dari ibunya yang bertanyakan perkembangan akademik pelajar tersebut. Maklumlah anak harapan keluarga.


Hadiah yang saya maksudkan tadi adalah sepasang baju tradisional Iban atau lebih dikenali sebagai Baju Burung. Baju Burung ini adalah macam jaket yang dipakai oleh orang lelaki Iban semasa perayaan atau pada majlis tertentu. Kiranya barang 'rare' jugak lah. 

Kebiasaannya dalam satu keluarga, Baju Burung ini akan diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang lain sebagai harta keluarga. Jika nak dibeli baru, mahu mencecah RM200-RM300 jugak lah bagi sehelai baju tersebut, bergantung kepada material dan jenis corak anyaman yang dihasilkan.

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna Baju Burung Tradisional Iban
Inilah hadiahnya! Baju Tradisional Iban, Baju Burung

Saya cakap hadiah ini bermakna bukan sebab baju tu mahal dan 'rare'. Tetapi nilai di sebalik baju tersebut. Ini kerana Baju Burung itu dianyam sendiri oleh nenek pelajar tersebut dengan menggunakan seni anyaman Pua Kumbu masyarakat Iban! Hebat kan?

Dah tentu saya rasa cukup terharu memandangkan hadiah itu juga menunjukkan tahap penerimaan keluarga tersebut terhadap saya sebagai sebahagian daripada mereka. Sehingga sekarang pun saya masih menyimpan dengan baik Baju burung tersebut sebagai hadiah kenangan saya mengajar di Sarawak.


Selepas tamat Tingkatan 3 di sekolah saya, pelajar tersebut berpindah ke MRSM berdekatan bersama-sama 8 orang lagi rakan sekelas mereka yang mendapat keputusan cemerlang semasa peperiksaan PMR. Saya terus berhubung dengan mereka, malah menghadirkan diri sebagai tetamu semasa Majlis Konvokesyen MRSM mereka. Mengalir air mata mereka sebab saya buat surprise untuk mereka. Saya bangga dengan mereka semua sebab tak pernah lupakan jasa cikgu Sains mereka ini walaupun saya dah tak mengajar mereka lagi!

2 daripada mereka sekarang sedang membuat persediaan sambung belajar ke luar negara, manakala yang lain sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan dan Sarawak. 

Manakala pelajar yang menghadiahkan saya Baju Burung tersebut pula kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPG. Bakal bergelar seorang guru suatu ketika nanti di masa depan. Saya doakan yang terbaik untuk dia. Semoga menjadi guru yang baik dan berkhidmatlah dengan sepenuh hati demi agama, bangsa dan negara tercinta!


37 ulasan:

  1. Waaahhh... terharu aku membaca kisah2 nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hu3.. TQ Kid sebab sudi datang baca.. ;)

      Padam
  2. Tahniah...Beras pun cg masih simpan jgk ke???haha..

    BalasPadam
  3. Norsiah Hassan3 Mei 2014 11:06 PG

    Pengorbanan seorang guru

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya sekadar satu kisah daripada seorang cikgu

      Padam
  4. seorang guru memang banyak cerita, cuma mahu dikongsi atau tidak.anda memang selayaknya diraikan dan dihargai sebegitu rupa dengan melihat kesungguhan anda mendidik anak bangsa.semoga lebih ramai guru yang berjiwa mendidik seperti anda, saya pula berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan anda.Selamat berkhidmat kepada anak bangsa, semoga anda dirahmatiNya sentiasa.amin:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Cik Matahariku.. ;)

      Padam
  5. Semoga sukses selalu cikgu Hailmi. Selamat Hari Guru. :)

    BalasPadam
  6. Sentiasa bangga dgn bekas murid walaupun mengajar di sekolah rendah...sampai sekarang ada yg masih minta restu sebelum exam SPM...syukur ada yg dpt masuk IPTA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nikmat menjadi seorang guru.. ;)

      Padam
  7. saya juga pernah merasa menyambut hari guru walaupun hanya sebagai guru ganti.. amat terharu dengan pemberian pelajar-pelajar, tidak menyangka akan menerima bergitu banyak hadiah walaupun tak sampai 4 bulan mengajar mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kan Izan@is jadi cikgu?.. ;)

      Padam
  8. wahh ... terharu saya baca cerita ini .. bestt ..

    BalasPadam
  9. Tahniah Cikgu Halimi.Mempunyai pengalaman yang sama 25 thn dulu ketika bertugas di Serian.Semoga cikgu sentiasa dirahmati Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Lia.. InshaAllah mudah2an.
      Semoga cikgu juga sentiasa dirahmati Allah..

      Padam
  10. Saya jg pernah mendapat buah tangan lempeng+kuah kari dr pelajar saya, anak seorang peniaga ikan. Skrg ambil jurusan medic di mesir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki dia jadi bakal doktor
      Mungkin berkat daripada rasa hormat kepada cikgu.
      Tahniah Cikgu Nor Faizah

      Padam
  11. Besar pengorbanan seorang guru....
    Bersama-samalah kita menghargai guru....
    Selamat Hari Guru 16 Mei 2014
    "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"

    BalasPadam
  12. Saya rasa seronok bila mendengar/membaca tentang pengalaman guru2 terutama yg mengajar di kawasan luar bandar - unik & menarik. Selamat Hari Guru, Cikgu. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul... unik.. ada kisah lain kan?.. terima kasih Ismail N

      Padam
  13. rasa macam kenal je murid CH sbb sorang je pelajar matrik sarawak dr sibu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak3.. biar betik? takkan seornag je kot yang dtang dari sibu?.. ;)

      Padam
  14. kalau mengajar sekolah luar bandar, mmg meriah dengan hadiah2 keperluan rumah. Kawan CN mengajar dekat kawasan orang asli, kalau hari guru, mmg meriah dengan buah2, sayur dan sebagainya, sronok dengar..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul.. nak buat camana, itulah seadanya mereka.. usaha mereka tu yang patut dipuji.. nak jugak menghargai guru walaupun xdapat nak beli hadiah mahal2..

      Padam
  15. Terharu dengan coretan Cikgu, Tahniah kerana ikhlas menjalankan tugas sebagai seorang guru dan anggaplah Cikgu telah berjaya membawa kejayaan kepada dunia kerana di antara mereka mungkin akan menjadi pemimpin negara di suatu masa nanti. Insya Allah. Saya sangat merasakan apa yang Cikgu kongsikan sebab saya mengenali ramai guru Pendidikan Khas yang begitu ikhlas dan komited dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Bukan gaji bulanan yang ditunggu tetapi untuk meraih pahala dengan setiap perbuatan baik dan perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  16. terharu membaca kisah ini...kejayaan anak didikan cikgu itulah sebenarnya hadiah paling berharga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. sekadar perkongsian dari pengalaman yang tak sebearapa ini

      Padam
  17. Kisah yg sgt memberi inspirasi bagi sy guru baru.tahniah cikgu

    BalasPadam
  18. cikgu mazwiyana18 Mei 2015 11:52 PG

    tahniah cikgu....menitis airmata saya membacanya....

    BalasPadam
  19. Tahniah cikgu Helmi .Antara cikgu yang pernah mendidik saya di masa dahulu .Trima kasih cikgu .

    BalasPadam
  20. Tahniah Cikgu...terharu sgt2..

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum, cikgu hailmi ni dulu belajar di USM kampus induk dan pernah duduk di desasiswa cahaya masa matrix bio?

    BalasPadam