About Me

Cikgu Izuan Ibrahim Yang Menggegarkan Malaysia

Tiba-tiba saja nama Izuan Ibrahim mula disebut di merata-rata. Dalam laman sosial tak payah cakap la. Lagi lah laju. Cikgu yang kemudiannya menjadi Jurulatih badminton bertaraf antarabangsa ini telah berjaya membikin sensasi dan membuka mata lebih ramai orang kepada situasi sebenar dunia sukan di Malaysia.

Izuan Ibrahim Yang Menggegarkan Malaysia


Hebat! Apabila berjaya menjadi jurulatih kepada jagoan di luar negara, sedangkan di negara sendiri pun, tak ramai yang mengenali dan mengetahui kewujudan Cikgu Izuan Ibrahim ini. Namun apa yang dilakukan oleh beliau ini ternyata, sangatlah hebat!


Izuan Ibrahim ini pernah menjadi cikgu di SK Seksyen 1 Bandar Kinrara suatu masa dahulu, sebelum bertukar kerjaya menjadi Jurulatih badminton. Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), beliau juga merupakan seorang pemain badminton sejak dari sekolah menengah. Pernah juga dilantik sebagai jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Tapi itu dulu..

Izuan Ibrahim Yang Menggegarkan Malaysia

Kini beliau yang juga lebih mesra dengan nama Abe Awe sedang berkhidmat sebagai Jurulatih pasukan junior kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka. Izuan juga dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara Jepun yang lain.


Tahniah kepada Cikgu Izuan Ibrahim!

Bukan calang-calang orang untuk berupaya menunjukkan hasil yang sebegitu hebat. Antarabangsa ok! Ternyata tindakan beliau suatu ketika dahulu, dengan keberanian yang ada untuk merantau di negara orang, akhirnya membuahkan hasil yang cukup manis!


Kejayaan beliau ini sebenarnya juga membuka lebih banyak mata kepada realiti sebenar apa yang berlaku dalam dunia sukan di Malaysia. Bukan saja hanya kepada sukan badminton, tetapi juga sukan-sukan lain. 

Beberapa perkara yang kita terlepas pandang, menyebabkan akhirnya kita sendiri yang rugi. Politik, kepentingan diri dan percaturan yang salah menyebabkan bukan saja kita kekal di takuk lama, tetapi kehilangan permata-permata bernilai yang sepatutnya dirai oleh negara kita.

Semoga bakat hebat seperti ini tidak dibiarkan begitu saja. Tentu Izuan Ibrahim ini juga akan lebih gembira dan berbangga untuk kembali berbakti kepada negara tercinta sekiranya ditawarkan dengan peluang dan ganjaran yang berbaloi dengan usaha beliau.


Selamat maju jaya!


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Selagi ahli politik dan golongan berprofil tinggi gila jawatan susahla sukan kita nak maju

    BalasPadam
  2. malaysia kalah pd org malaysia :)

    BalasPadam
  3. Betul, bukan sahaja dalam badminton, dalam sukan lain pun semua perkara sibuk orang berprofil tinggi tapi tiada ilmu mengenainya nak campur tangan..bila orang malaysia berkhidmat dan cemerlang di luar negara barulah buka mata..

    Kadang, tak buka mata sangat pun, diumpat keji lagilah..

    BalasPadam
  4. Pictures taken from my blog ha? He's amazing

    BalasPadam
  5. Ganbatta Izuan Sensei...Anata wa honto ni sugoi to jisin ga aru...Kedo...maresia no hito bito ga..kimi no sugosa ga mirarenai nee....kawai so na maresia no hito tachi....Omedetou gozaimasu..izuan sensei....Itsumo ouen shite orimasu...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. tu ler pasal.. hebat kan?.. tumpang bangga sebab dia jadi cikgu sekejap.. ;)

      Padam
  7. kemana menghilangnya anak melayu dalam bam, seperti juara remaja dunia, juara remaja asia dan anak misbun yang telah menang kejohanan

    BalasPadam
  8. Hahahaha..Ckg sy tu.. :)) Proud to be ur ex-student.. :D

    BalasPadam