.

.

KARTiKEL

Ahad, 13 April 2014

Sebatian Kalsium

Kalsium karbonat adalah sebatian yang terdiri daripada kalsium, karbon dan oksigen. Kalsium karbonat wujud secara semula jadi dalam bentuk batu kapur, marmar, kapur, kalsit, terumbu karang dan cangkerang keras haiwan laut.

sebatian kalsium : kalsium karbonat

Sifat-Sifat Kalsium Karbonat
1. Tindakbalas dengan asid cair
Akan menghasilkan garam, karbon dioksida dan air

2. Tindakbalas apabila dipanaskan
Akan menghasilkan karbon dioksida dan kalsium oksida (kapur tohor)

*Kalsium oksida berpadu dengan air menghasilkan kalsium hidroksida (kapur mati)
*Kalsium hidroksida larut dalam air berlebihan membentuk larutan kalsium hidroksida (air kapur)


Kegunaan Sebatian Kalsium
1. Membuat jubin (keras, tahan haba, tidak larut dalam air)
2. Antasid untuk melegakan sakit gastrik
3. Meneutralkan tanah yang berasid
4. Menyediakan simen dan cat kapur dalam pembinaan bangunan


9 ulasan:

  1. cikgu hailmi dah mengajar sampai bab 6? lajunya? saya baru habis mengajar bab 4, nak masuk bab 5. -zahari-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer Cikgu Zahari.. saya memang agak laju sket ajar. Sebab nak habiskan sukatan secepat mugkin, supaya dapat sediakan murid saya dengan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3.. ;)

      Padam
    2. ada x nota ringkas bab 7.1. Saya nak cuba fahamkan. ^-^

      Padam
  2. bestnye jadi bdx skola kan

    BalasPadam
  3. Assalam cikgu.... saya minta izin untuk membaca dan mengikut nota cikgu....

    BalasPadam
  4. Mudah nak faham apbla cikgu ajar.
    Tq cikgu

    BalasPadam
  5. Ape peranan compound dalam malakit

    BalasPadam
  6. Apa kegunaan kalsium hidroksida ye?

    BalasPadam
  7. Cikgu..kalsium oksida berpadu dengan air menghasilkan kalsium hidroksida.....maksud berpadu??

    BalasPadam