.

.

KARTiKEL

Sabtu, 19 April 2014

Kenapa Saya Pilih Jadi Cikgu Sekolah, Bukan Pensyarah Matrikulasi?

Saya jelaskan terlebih dahulu, entri saya ini adalah perkongsian pengalaman saya semasa memohon Pensyarah Matrikulasi. Bukan mahu mengatakan jadi cikgu sekolah atau jadi pensyarah matrikulasi lebih baik. Yang saya ceritakan adalah pengalaman dan pendapat peribadi saya. Harap anda yang membaca boleh menghargai pendapat saya ini dengan memberi komen-komen yang membina. 

Pada tahun 2012, genap 6 tahun saya berkhidmat sebagai guru di Sibu, Sarawak. Proses pertukaran ke Semenanjung, tidak berjalan dengan seperti saya harapkan. Maka saya cuba mencari beberapa peluang lain yang memungkinkan saya boleh bertukar kerja ke tempat yang lebih dekat dengan kampung halaman.

Nak dijadikan cerita, keluar iklan permohonan sebagai Pensyarah Matrikulasi pada lebih kurang Mac/April tahun tersebut. Maka saya sangat teruja nak memohon. Mungkin ini boleh jadi peluang saya untuk berpindah dari Sarawak. Maka saya bersama-sama seorang rakan telah memohon bagi jawatan tersebut, bagi subjek Kimia (saya) dan Fizik (kawan saya). 

Banyak keuntungan yang kami fikirkan pada masa itu selain daripada kemungkinan dapat mengajar di Kolej Matrikulasi yang berdekatan dengan rumah. Antaranya, hanya perlu fokus pada subjek kita. Tak seperti di sekolah yang perlu ajar 2 3 subjek. Tidak perlu libatkan diri dengan aktiviti ko-k atau HEM. Kalau terlibat pun tidaklah semeriah seperti di sekolah. Sebab ada guru dari bahagian sukan / kk yang akan menyelia semua perkara tadi. Dan banyak lagi..

Kemudian, dalam masa yang sama juga keluar Permohonan Guru Cemerlang. Atas galakan Pengetua sekolah, maka saya juga memohon bagi jawatan tersebut, alang-alang sudah cukup tempoh dan semua syarat dipenuhi.

Maka bermulalah penantian bagi kedua-dua jawatan tersebut.

Dalam bulan Ogos, saya mendapat maklumat bahawa borang permohonan Guru Cemerlang saya telah melepasi tahap pertama dan Nazir akan datang memantau di sekolah. Maka sibuklah saya membuat persediaan apa yang patut. Masih tiada apa-apa berita mengenai Pensyarah Matrikulasi. 

Sehingga lah lebih kurang dalam bulan September / Oktober, saya mendapat maklumat daripada abang ipar saya mengenai panggilan temuduga. Tiada makluman melalui website KPM atau di TV/radio. Katanya hanya yang terpilih akan menerima surat panggilan. Maka teruslah saya dan rakan tadi menunggu dengan penuh harapan.

Surat panggilan temuduga tak kunjung tiba. Agak kecewa. Maka saya ambil keputusan untuk menelefon bertanyakan kepada Bahagian Matrikulasi mengenai temuduga tersebut.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa nama saya dan rakan sebenarnya tersenarai dalam mereka yang dipanggil untuk temuduga! Surat pun tak sampai! Lagi kecewa sebab tarikh untuk temuduga baru saja berakhir, yang sepatutnya berlangsung di Kolej Matrikulasi Labuan.

Dengan alasan tidak menerima surat dan juga mendapat sebarang makluman, maka saya terus bertanyakan ikhtiar lain yang boleh kami lakukan bagi mengambil semula sesi temuduga yang telah terlepas tarikh tadi. Katanya belum dipastikan lagi sebab perlu lihat kepada bilangan yang layak terpilih semasa sesi temuduga. 

Jadi, kami pun terus menunggu lagi....

Akhirnya pada awal November, semasa membuat permohonan rayuan pertukaran di Putrajaya, saya juga mengambil kesempatan singgah sekejap di Bahagian Matrikulasi bagi bertanyakan hal tersebut. 

Jawapan masih sama. Belum ada apa-apa tindakan terhadap rayuan untuk temuduga dan mohon sekali lagi jika ada keluar iklan.

Dengan pengurusan yang sebegitu, maka saya pun terus rasa tawar hati walaupun pada mulanya sangat bersemangat.

Kemudiannya, pada April 2013, tanpa disangka-sangka, saya menerima sepucuk surat daripada Bahagian Matrikulasi. Panggilan temuduga yang dibuat di Kolej Matrikulasi Banting, Selangor. 

Serius, hati agak gembira sebab dipanggil temuduga. Lagi pula, pertukaran saya masih lagi gagal untuk Januari 2013. Mungkin ini peluang saya untuk balik ke Semenanjung. Itu yang saya fikirkan pada mulanya. Pada masa ini juga, keputusan permohonan Guru Cemerlang saya pun belum lagi keluar.

Akan tetapi selepas saya pertimbangkan beberapa alasan saya, maka saya pilih untuk terus jadi cikgu sekolah, bukan jadi pensyarah matrikulasi. Maka saya pun menolak tawaran panggilan temuduga tersebut.

Alasan saya?

Alasan utama saya adalah sebab saya merasakan saya masih enjoy saat-saat bersama pelajar. Masih enjoy bermain dan melatih sofbol dengan pelajar saya. Masih enjoy berdrama dengan pelajar-pelajar saya. Dan masih enjoi mengajar budak-budak kecik dan budak-budak kelas belakang. 

Kenapa Saya Pilih Jadi Cikgu Sekolah, Bukan Pensyarah Matrikulasi?

Pengalaman dan keseronokan bersama pelajar nih lah yang membuatkan saya sentiasa rasa bersemangat nak buat yang terbaik untuk diri saya dan juga diri mereka.

Rezeki dalam Guru Cemerlang juga menyebabkan saya lebih jelas dengan halatuju saya dalam bidang pendidikan.

Walaupun ada beberapa pro dan kontra yang berkaitan dengan menjadi guru dan menjadi pensyarah matrikulasi, tapi buat masa sekarang saya rasa saya masih selesa untuk bergelar seorang cikgu sekolah.

Bagi yang berminat nak mencuba nasib sebagai Pensyarah Matrikulasi, boleh lah mula isi borang. Cuba lah.. Kita tak tau rezeki masing-masing. Mana tahu ini rezeki anda. Saya ucapkan semoga anda berjaya! 

Yang nak tahu cerita pasal pengalaman Cikgu sekolah yang beralih arah jadi Pensyarah Matrikulasi, boleh baca catatan Cikgu Zamrud kita nih yang dah jadi Pensyarah Matrikulasi Kolej Matrikulasi Sarawak. "Kenapa Saya Memilih Menjadi Pensyarah Matrikulasi?"

Semoga saya terus diberikan kekuatan dan semangat yang tinggi untuk terus memberikan yang terbaik kepada anak didik saya. Amin!


25 ulasan:

  1. Saya prefer cikgu daripada jd pensyarah gak :) Kepuasan@feel dia lain

    BalasPadam
  2. di sekolah atau di matrik....kite tetap cikgu :)

    BalasPadam
  3. alaaaa terharu pulak ;) semoga berjaya dalam dunia pendidikan

    BalasPadam
  4. Salam tuan,

    betul tindakan tuan. Pensyarah Matrikulasi ramai sebenarnya mahu bertukar menjadi guru sekolah. Melalui pengalaman seorang pensyarah Matrikulasi, beliau memilih untuk berpindah ke sekolah kerana masa. Masa di matrikulasi sehingga jam 6 ptg.

    Jadi, dia memilih untuk berpindah ke sekolah menengah. Lebih banyak masa dengan keluarga.

    Namun, berbeza individu berbeza keinginan.

    [Bekas Pelajar Matrikulasi]

    BalasPadam
  5. matrikulasi banting dkt tempat CN tu, ada gak ura2 nk apply matrik kalau tak dapat tukar skolah,ni dah dapat tukar mmg tak pandang la matrik sbb saya masih enjoy menjadi guru sekolah !

    btw..hebat2 kawan blogger CN ni, Cikgu Zamrud n Cikgu Hailmi mmg dua2 ada kelebihan masing2, kebetulan dua2 bidang sains, mcm ada jodoh jer...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak3.. amboi.. sempat lagi nak kenen2 kan orang yer.. ;)

      Padam
  6. Assalam masa cikgu mohin pensyarah matrikulasi cogu dah dg44 ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. tak .. masa tu saya masih DG41.. ;)

      Padam
    2. BOLEH tahu masa tu cikgu dah brapa thun mengajar?

      Padam
    3. Tahun ke-6 .. biasanya kalau dah 6 tahun, inshaAllah peluang lebih besar untuk dipanggil temuduga

      Padam
  7. untuk menjadi pendidik sejati, lebih baik jadi guru sekolah (ada feel) (tak semua terlibat), untuk mengurangkan beban tugas, lebih baik pensyarah matrikulasi. Kenaikan pangkat mungkin lebih cepat berbanding guru sekolah. Ada pensyarah di matrikulasi saya ni baru berumur 30thn tapi sudah gred DG48. Tapi itu dulu semasa skim fast track...

    BalasPadam
  8. saya menerima tawaran temuduga pensyarah walaupun saya tidak pernah membuat permohonan

    BalasPadam
  9. Ramai pensyarah matrik lari ke sekolah..nampak ada yang tak tahan dengan kerja di sana atau saje nak beralih arah tapi dulu senang2 g DG ke DG tapi sekarang samaje
    Baik duk skolah biase...itu kata abg ambo..

    BalasPadam
  10. Saya adalah pensyarah matrikulasi ... mengajar di sekolah hampir 12 tahun... setelah memasuki matrikulasi... saya merasa kesal yang amat sangat kerana ini bukanlah tempat sebenar yang 'membahagiakan' saya... saya sangat merindui sekolah.... pentadbiran bahagian matrikulasi sangatlah tidak cekap berbanding bahagian sekolah... janji fast track juga tinggal janji.... mungkin sekadar memenuhi tanggungjawab pegawai bahagian utk memenuhi kuota pensyarah... peluang / sokongan untuk sambung belajar ke Master atau PhD jika mengambil kursus yang tidak berkaitan dengan bidang mengajar sukar sekali.... dalam masa kerajaan mengalakkan guru belajar ke peringkat tinggi... menguasai bidang ilmu pendidikan tertinggi ... Pengarah Bahagian tidak menyokong.... ada yang tidak kena dengan pentadbiran beliau.... paling menyedihkan matlamat membantu pelajar bumiputra melalui matrikulasi semakin menyimpang... pelajar-pelajar yang ada pusat matrikulasi di negeri sendiri dihantar ke negeri lain... tanpa menyedari ramai ibu-bapa / waris yang susah.... terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi dan masa menghantar anak2 ke pusat yang jauh... sedangkan belajar bukan bumiputra yang mengambil STPM kekal di tempat asal mereka tanpa perlu bergerak jauh... korbankan wang dan masa.... sedangkan matlamat STPM dan matrikulasi adalah sebagai persediaan ke universiti sahaja..... amat menyedihkan bila kursus kritikal seperti perubatan di universiti diisi 90 peratus dari pelajar bukan bumiputera... realitinya majoriti mereka hanya bergaul sesama bangsa sendiri dan memandang rendah kepada pensyarah-pensyarah Melayu yang mengajar mereka. sayang... asal tempat itu hak bumiputera.... gelaran pensyarah ... hanyalah sebagai umpan saja .... hinggakan ada yang syok sendiri dengan gelaran tersebut... tanpa menyedari mereka hanyalah mengajar pelajar peringkat sijil sahaja.... bukan diploma atau ijazah.... bagi mengelakkan guru yang memasuki matrikulasi ke sekolah .... arahan ingkar perintah diperkenalkan... ini tidak adil memandangkan... dahulu guru-guru ini dibenarkan ke sekolah jika tidak sesuai semasa di matrikulasi... janji untuk selaraskan cuti matrikulasi dengan sekolah hanya tinggal janji sahaja.... kepada yang berminat... fikir-fikirkanlah kerana realitinya menjadi guru di sekolah lebih banyak kelebihannya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu atas perkongsian..
      Alhamdulillah, kisah cikgu bertepatan dengan niat saya untuk terus kekal sebagai cikgu..

      Padam
    2. Assalam wbt cikgu ,sy bersetuju dgn pandangan saudara di atas. Sy merupakan bekas pelajar matrikulasi semasa batch saya hanya sedikit sahaja pelajar bukan bumiputera tetapi semasa batch adik lelaki saya (kmi semua msuk matrik yg sama) semakin ramai pelajar bukan bumiputera. Nak kata rasis tidak sampai ke situ tapi pelajar kita semakin dianaktirikan nampaknya. Walaubagaimanapun ini hanya pandangan peribadi saya sahaja,Waallahu'allam

      Padam
    3. Jika kita masuk ke matrik kerana nak cuti sama dengan sekolah, itu adalah salah. Masa pembelajaran matrik adalah tidak sama dengan sekolah.
      Bukan sahaja pensyarah matrik apabila dipanggil pensyarah menjadi angkuh, pengalaman saya di sekolah pun sama, dimana apabila cikgu mendapat 'master' / kenaikan DG mereka menjadi angkuh. Situasi ini berlaku dimana-mana.
      Di manakah data yang mengatakan pelajar matrikulasi mengambil bukan bumiputera lebih? setahu saya, pihak matrik mengambil bilangan bukan bumiputera mengikut syarat dan bilangan yang betul. Pemauan anda hanya di 'satu' kolej tidak boleh merumuskan keseluruhan.
      Isu mengenai pihak pentadbiran matrik tidak mengutamakan pelajar adalah salah. Tenaga pengajar yang meggerakkan pelajar di kolej hendaklah berusaha dan rajin dalam menyampaikan ilmu yang berkesan. ini adalah cabaran tenaga pengajar dimana-mana sahaja.
      Saya suka dengan cerita cikgu hailmi yang tidak memburukkan mana-mana pihak dan beliau gembira dengan laluan yg dipilih beliau walaupun tidak berjaya ke matrik. Saya sedih dengan tanpa nama yg hanya mengeluh di kolej dan tidak mencuba untuk 'mengubah' situasi organisasi.
      Di sekolah, mahupun matrik atau di IPTA terdapat cabaran masing-masing, oleh itu kita hendaklah menggerakkan diri kita sendiri untuk terus maju di dalam menempuh segala halangan.

      Padam
  11. Oh... ingatkan pensyarah universiti td..
    kalo pensyarah matrikulasi tu kira cikgu la jgk.. job scope lebih kurang.
    but in university, it is totally different i tell u..

    BalasPadam
  12. Balik negeri melalui saluran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri. Setiap BTPN ada perjawatan penolong pengarah dg 41/44. borang permohonan boleh diambil di btpn negeri. saya dah berjaya masuk perlis melalui jalan ini. cikgu boleh cuba jika sanggup bertugas 8-5. jika permohonan berjaya, dlm 70 hari permohonan dah dpt arahan pertukaran.

    BalasPadam
  13. Tetiba terklik pautan ini...
    Membaca kisah/pengalaman cikgu hailmi dalam perjalanannya menjadi guru mengimbau kenangan saya.
    Sekarang saya pensyarah di matrikulasi..sebelum menjadi pensyarah saya adalah guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah...Pengalaman yang amat bermakna bagi saya.. dan tidak menyesal menjadi guru walaupun berada dimana-mana tempat pun.
    Mana-mana pun kita sama sebagai pendidik..enjoy dan akur REALITI dalam bidang pendidikan.. terus harum jika kita sentiasa harumkan...busuk jika yang busuk terus dibiarkan...
    buat Tanpa Nama..saya faham maksud tuan... tapi alhamdulillah saya mungkin bernasib baik kerana tidak berlaku pada saya..
    ...mungkin saya masuk matrikulasi kerana ingin berubah angin.....dari bermain dengan kanak-kanak 7-12 tahun(SR 1996-2005),...berkongsi cerita remaja 13-17 tahun(SM 2005-2011) ..... kepada ragam remaja 18-20 tahun untuk memilih kursus ke universiti (matrikulasi 2011-...)..mungkin suatu hari nanti saya akan ke menara gading membantu pelajar mengejar cita-citanya..Insyaallah..

    Kepada sesiapa yang nak masuk matrikulasi dialu-alukan... dimanapun kita..kita tetap guru..
    Aku adalah guru..

    BalasPadam
  14. Info yg cukup bermanfaatšŸ˜Š

    BalasPadam
  15. Saya mengajar di matrikulasi kpm sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Saya tidak ada masalah dari segi kepuasan mengajar. Saya suka di sini sbb itu saya boleh bertahan lama di sini. Saya tak mungkin memohon ke sekolah. Masing2 ada pengalaman berbeza yg sesuai dgn cara hidup yg masing2.

    BalasPadam
  16. Saya juga pensyarah matrikulasi sejak 2005. Juga tiada masalah dengab kepuasan mengajar kerana bagi saya kepuasan tu dtgnya dari diri kita sendiri. Setiap org ada pendapat yg berbeza..yg penting, kita semua adalah pendidik.

    BalasPadam
  17. Sistem matrikulasi adalah sistem pendidikan yg celaru dan sentiasa di experimentasikan. Pentadbiran yg lemah, rijid dan tiada budi bicara membuat sistem ini semakin kosong, hambar dan seperti kilang.

    BalasPadam