About Me

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Bagi mencari kelainan dalam pdp bagi subjek Kimia untuk Bab 4 iaitu tajuk Jadual Berkala Unsur, saya telah mencuba kaedah pembentangan secara berkumpulan. Secara jujurnya, memang saya jarang menggunakan kaedah sebegini, kerana selalu kecewa pada akhirnya disebabkan oleh hasil yang kurang memuaskan daripada pelajar. 

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Walaubagaimanapun, untuk pelajar kelas 4A tahun ini, saya merasakan ini lah peluang terbaik saya untuk mencuba kaedah yang sebegini. Ini kerana majoriti daripada mereka merupakan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR yang lalu. Sikap mereka yang suka tolong menolong rakan sekelas dan juga hubungan yang baik antara mereka membolehkan teknik ini dicuba oleh saya.

Pelajar kelas ini terdiri daripada 30 orang pelajar dengan kesemua mereka mendapat A bagi subjek Sains dan Matematik semasa PMR dahulu. Pelajar perempuan seramai 21 orang dan pelajar lelaki hanya 9 orang.

A. Pembahagian Kumpulan
Sebanyak 5 kumpulan telah diwujudkan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli. Setelah mendapat persetujuan pelajar, maka saya sendiri yang memilih pelajar dan kumpulan mereka. Cabutan undian diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Mujur lah semua pelajar tiada sebarang masalah komunikasi semasa ditempatkan dalam kumpulan mereka sekalipun tidak bersama rakan baik mereka.

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala


B. Perbincangan
Sejurus selepas pembahagian kumpulan, maka saya tugaskan mereka mencabut undi bagi tajuk tugasan mereka. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 manila kad dan 2 batang marker, merah dan hitam. Bagi Bab 4 Kimia Jadual Berkala Unsur ini saya telah bahagikan kepada 5 tajuk besar, iaitu 

a) Kumpulan 1
b) Kumpulan 17
c) Kumpulan 18
d) Kala 3
e) Logam Peralihan

Seterusnya mereka diberi sedikit panduan dan bimbingan mengenai apa perkara penting yang patut mereka masukkan dalam pembentangan mereka. Sebagai contoh, senarai unsur, ciri-ciri fizikal, ciri-ciri kimia, kegunaan, eksperimen berkaitan dan pelbagai lagi. Bagi memastikan mereka melakukan persediaan yang betul, maka saya sentiasa bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain.

Mereka diberi tempoh masa sehingga hampir satu minggu bagi menyediakan bahan dan maklumat yang diperlukan. Jika masih kurang memahami, mereka juga digalakkan untuk datang bertanya terus kepada saya.


C. Galakan dan Insentif
Walaupun pada mulanya masih was-was mengenai hasil pembentangan yang saya akan terima, namun saya memberanikan diri untuk mencuba disebabkan oleh usaha mereka yang sangat menggalakkan. Maka untuk itu, saya mengambil inisiatif menyediakan 'habuan menarik' bagi mereka. Antaranya adalah :

1) aktiviti ini dimasukkan dalam Kalender Aktiviti Kimia Bulan Sains dan Matematik
2) pembentangan mereka akan dirakam dan diupload masuk Youtube, Facebook dan blog
3) hadiah hamper (sumbangan Koperasi Sekolah) 


Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Pemenang dikira berdasarkan kepada :
a) 50% pemarkahan Cikgu Hailmi (Bahan ABM, Pembentangan, Kerjasama, Kandungan, Kreativiti)
b) 50% pemarkahan dari Facebook (share=5 markah, like=1 markah, comment=10 markah)

Dan ternyata ganjaran serta insentif yang sebegini berjaya meningkatkan motivasi kepada para pelajar untuk melakukan yang terbaik dari segi penyediaan bahan dan teknik pembentangan. 

Melihat kesungguhan mereka menyediakan bahan pembentangan, saya pula yang jadi teruja nak menunggu tibanya hari pembentangan!
 

D. Pembentangan
Berikut adalah video pembentangan mereka yang telah saya muatnaik di Youtube. Boleh tonton persembahan dan kesungguhan mereka. Memandangkan ini adalah kali pertama mereka terdedah dengan kaedah sebegini, saya harap anda penonton lebih berlapang dada dalam 'mendidik' mereka untuk jadi lebih baik... Saya yakin kalau kita berikan mereka peluang, inshaAllah mereka akan jadi lebih baik. So, layannn...











 
E. Kebaikan dan Kelemahan
Saya akui memang banyak kelemahan yang ada pada pembentangan mereka. Suara yang tidak jelas, kurang keyakinan, membaca terus dari buku dan beberapa bahan yang disediakan tidak bersesuaian serta fakta dan info yang salah dan kurang tepat. 

Walaubagaimanapun saya puji kesungguhan dan semangat mereka yang penuh usaha menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik! Saya sendiri terkejut apabila mereka sanggup keluarkan modal sendiri bagi menghasilkan bahan pembentangan yang cantik dan sangat kreatif. 

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Sikap tolong menolong dan membantu rakan dalam cuba memahami pelajaran juga berjaya ditonjolkan dengan baik oleh mereka. Semangat-semangat yang positif seperti ini sememangnya saya suka, terutamanya dalam menimbulkan suasana pembelajaran dalam kelas yang kondusif dan penuh dengan persaingan yang sihat. 

Selesai semua sesi pembentangan, bahan-bahan yang dihasilkan dengan cantik dan kreatif tadi digunakan untuk menghias kelas mereka. Jadilah kerja '2 dalam 1'. Tapi yang lebih saya harapkan adalah mereka mengambil pengalaman ini sebagai satu semangat baru untuk mereka belajar secara berpasukan dan berlumba-lumba antara satu sama lain.


F. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya rasakan ini adalah satu kaedah pdp yang agak baik untuk dicuba terutamanya kepada kelas yang berpotensi serta menunjukkan kawalan sikap yang baik. 

Kaedah pdp seperti ini boleh menjadi satu 'penyegar' kepada pdp biasa yang berlangsung dengan cara yang tidak surprise dan kadangkala boleh jadi sangat membosankan dalam kelas. 

Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala

Walaubagaimanapun, beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti perancangan masa yang betul, bimbingan panduan yang jelas serta ganjaran yang menarik hati pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh.



Untuk pelajar-pelajar kelas 4A, anda memang terbaekk!!! ;)

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Aktiviti akan jadi menarik apabila pelajar-pelajar memberi kerjasama dan tahu akan objektif pada aktiviti...


    ikhlas dari www.tepakku.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu MY@R.. memang menarik kalau ada kerjasama dari budak

      Padam
  2. Seronok tengok aktiviti mendapat sambutan anak2 murid. Mcm ni kalau kelas hujung kan best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer .. memang seronok.. kalau nak try dengan kelas hujung, semangat kena tinggi sket.. hu3.. ;)

      Padam
  3. Bagus juga anak murid cikgu ni. Mereka banyak buat rujukan, tidak bergantung kepada buku teks semata-mata.

    BalasPadam
  4. as salam cikgu Hailmi,
    sy ingin bertanya..bagaimana pencapaian pelajar untuk topik ini selepas membuat aktiviti?

    BalasPadam
  5. Cikgu hailmi.cikgu ajar dulu ke tajuk ini.
    Atau pelajar terus buat persembahan

    BalasPadam
  6. Jabodetabek private tutoring services with teachers visiting the house. A lot more than many hundreds of active tutors will be ready to teach various skills and lessons for the kids to adults ... go to https://privatmurah.vercel.app/les-privat-pesanggrahan-murah.html for more information

    BalasPadam
  7. Very best along with Most economical Jabodetabek Non-public Coaching, each of our team and also teachers occur to your house, fixed your own analyze agenda and will select every arena associated with review ... visit https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-setiabudi.html for further

    BalasPadam
  8. You could possibly will see a cheaper fee versus the table above, make certain again about the qualifications in the teacher / Kindergarten teacher recommended to you ... click for more information https://ipa-exed.blogspot.com/2022/07/les-privat-ipa-di-cakung-terdekat-murah.html

    BalasPadam
  9. salam cikgu, adakah cikgu ajar dulu topic ini baru aktiviti?

    BalasPadam