.

.

KARTiKEL

Rabu, 26 Mac 2014

Pendebungaan

Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga daripada anter ke stigma. Terdapat 2 jenis pendebungaan, iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Bagi berlakunya pendebungaan, ada agen pendebungaan yang memainkan peranan. Yang paling utama adalah serangga dan angin. Agen pendebungaan yang lain adalah burung, kelawar dan air. 

Pendebungaan

Jenis Pendebungaan dan Agen Pendebungaan


Pendebungaan Sendiri
Pendebungaan sendiri adalah pendebungaan yang berlaku pada bunga yang sama, atau pada bunga yang berbeza tapi dari pokok yang sama.

Pendebungaan Sendiri

Pendebungaan Kacuk
Pendebungaan kacuk ialah proses pendebungaan yang berlaku pada bunga daripada pokok yang berbeza, namun masih daripada spesies yang sama.


Pendebungaan Kacuk


Kelebihan Pendebungaan Kacuk
1. Percampuran baka yang menghasilkan kepelbagaian baru yang mempunyai ciri yang lebih baik daripada kedua-dua pokok induk
2. Memberi hasil tanaman yang bermutu tinggi, misalnya buah yang lebih besar dan lebih manis

3. Mempunyai rintangan terhadap serangan daripada serangga dan penyakit serta lebih tahan terhadap perubahan keadaan persekitaran



12 ulasan:

  1. apa kelebihan n keburukan pendebungaan sendiri??

    BalasPadam
  2. macam mana nak pastikan satu pokok ni melakukan pendebungaan kacuk sahaja?

    BalasPadam
  3. macam mne nak dapatkan maklumat yg lebih terperinci

    BalasPadam
  4. nice..ringkas

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wbt, saya ingin mohon kepastian adakah dengan memakai baju berwarna pink apabila berada di kawasan tanaman akan mengganggu proses pendebungaan? Mohon pencerahan. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak betul...kerana warna pink tidak mengganggunya......hahahaha

      Padam
  6. Bagaimana yang dimaksudkan dengan rintangan terhadap serangga
    Dan jelaskan

    BalasPadam
  7. bagaimana cara untuk memastikan hanya pendebungaan kacuk berlaku dalam tumbuhan?

    BalasPadam
  8. so drasticsssss

    BalasPadam
  9. Kelbihan pndebungaan sendiri

    BalasPadam