.

.

KARTiKEL

Rabu, 5 Mac 2014

PBS Baharu Mesra Guru

CYBERJAYA 4 Mac - Kerajaan memberi jaminan sistem baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan diumumkan hujung bulan ini lebih mesra guru dan berfokuskan pengajaran berbanding sebelum ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sistem baharu tersebut yang akan diumumkan pada 29 Mac ini selepas siap dikemaskini turut memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar.

PBS Baharu Mesra Guru
"Sistem PBS bentuk baharu ini adalah mesra guru dan berfokuskan pengajaran. Sistem berkenaan juga tidak membebankan guru serta memberi lebih masa kepada mereka untuk fokus pada pengajaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Bekas Naib Canselor Universiti-universiti Malaysia di Universiti Islam Malaysia (UIM) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi UIM, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Dalam pada itu, Idris menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sistem PBS tersebut tidak mementingkan peperiksaan. 

Katanya, elemen peperiksaan merupakan salah satu komponen dan pada masa sama, komponen lain turut dimasukkan.

"PBS merupakan satu bentuk pentaksiran lebih menyeluruh yang bukan hanya mengambil kira peperiksaan tetapi meliputi juga psikometrik pelajar, perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial mereka.

"Sebelum ini juga banyak pihak yang memberi komen bahawa sistem kita terlalu berorientasikan peperiksaan, oleh sebab itu pihak kementerian mengubah sistem berkenaan dengan memperkenalkan aspek lain juga," katanya.


4 ulasan:

  1. he3.. sama2 kita tunggu pada 29 mac nih ok.. ;)

    BalasPadam
  2. Pening dgn kaedah pbs ni.. Minta penerangan dgn cikgu masa amik buku laporan anak utk periksa akhir tahun lepas...simple je cikgu jawab "sy baru masuk 3 bulan puan, belum tau sgt lagi" urmmmm... Bole terima kot jawapan ni..huhu

    BalasPadam
  3. hu3.. kalau saya pun, blom tentu berani nak jawab.. ;)

    BalasPadam