.

.

KARTiKEL

Ahad, 23 Februari 2014

Tahlil Pilu di SMK Buloh Kasap

Tentu dah ramai yang tahu kisah sedih mengenai 8 sekawan pelajar SMK Buloh Kasap yang telah lemas dalam satu kejadian di Sungai Muar. Trip petang yang pada mulanya mungkin bagi tujuan masa bergembira bersama rakan-rakan akhirnya bertukar menjadi tragedi paling tak disangka.

Kisahnya bermula apabila seorang daripada 12 rakan itu tergelincir ke dalam sungai. Kemudiannya cuba diselamatkan satu persatu oleh kawan-kawan mereka, sehingga akhirnya tinggal 4 orang yang panik melihat satu persatu rakan mereka tenggelam ditelan sungai dan tak timbul-timbul.

Kejadian dikatakan berpunca daripada kejadian pasir jerlus 1. Namun ada juga pihak yang mengaitkan dengan unsur-unsur mistik dan misteri 2. Walau apa pun kisahnya semoga banyak pihak ambil iktibar dan pengajaran dari kisah pilu ini. 

Hari ini juga pihak sekolah SMK Buloh Kasap telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu majlis khas bacaan Yasin dan Tahlil bagi memperingati lapan sekawan yang lemas dalam tragedi di Sungai Muar itu. 3

Suasana pilu di SMK Buloh Kasap

Sudah tentu memberi suasana sayu dan sedih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang mengenali semua pelajar yang terlibat dalam tragedi tersebut. Pemergian yang tanpa disangka-sangka.

Semoga ruh mereka dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah!

5 ulasan:

  1. al fatihah kepada yang bertemu allah.Allah lebih tau tentang hambaNya.

    BalasPadam
  2. takziah...hanya ALLAH dan mereka je tahu apa yang terjadi.

    BalasPadam
  3. Hmm.. Masih blur. Nak baca dulu article tu.. Vee tak tau sgt psl berita ni.. But hopefully keluarga dorang tabah menghadapinya. People come and go kan, waktunya je yg kita tak tau..

    BalasPadam
  4. Assalammua'laikum wr hb. Inna Lillah Wa Inna Illaih Ro Ji Uun. Al-Fatihah bagi kelapan-lapan yang telah terkorban dan lemas serta takziah kepada semua keluarga dan sanak saudara mereka, yang pasti itulah asbab mereka. Allah lebih Maha Mengetahui tentang mereka. Orang yang meninggal pada hari Jumaat, tidak kira pagi ataupun malam, mereka akan terpelihara dari fitnah kubur. Dan orang yang mati lemas (Al Gharq) termasuk mereka yang meninggal dengan Khusnul Khotimah. Insya Allah, roh mereka dicucuri oleh sang pencipta langit dan bumi. Allah itu Maha Bijaksana, subhanallah. Pastinya, yang pergi tidak akan kembali. Akan tetapi, ingatlah wahai kaum adam. kamu akan bakal menyusul setelah mereka. Hanya dengan asbab(cara) dikembalikan kamu sahaja yang berlainan. Ingatlah kamu, sembahyang sebelum kamu disembahyangkan! Assalammua'laikum wr hb.

    BalasPadam