.

.

KARTiKEL

Ahad, 16 Februari 2014

Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 : Jadual Waktu dan Jadual Kerja

Pengarah Pendidikan
Semua Jabatan Pendidikan Negeri
(u.p.: Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan )
Tuan,
JADUAL WAKTU DAN JADUAL KERJA PENTAKSIRAN PUSAT TINGKATAN 3
TAHUN 2014
Berhubung perkara di atas, surat siaran Lembaga Peperiksaan Bil.8 Tahun 2013 Pentaksiran Pusat Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Peringkat Menengah Rendah Mulai Tahun 2014 bertarikh 16 Disember 2013 adalah berkaitan.
2.         Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)atau sekolah swasta yang tidak berdaftar tetapi mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan Pentaksiran Pusat di Tingkatan 3.
3.         Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan telah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:


3.1
Lampiran 1
:
Jadual Waktu Pentaksiran Pusat Tingkatan  3 Tahun 2014
3.2
Lampiran 2
:
Jadual Kerja Pentaksiran Pusat Tingkatan  3 Tahun 2014
4.        Pentaksiran Pusat hendaklah dilaksanakan berpandukan dokumen Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat 2014 yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan dimuat naik di portal Lembaga Peperiksaan pada bulan 15 Mac 2014.
5.        Sila maklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua Pengetua sekolah yang terlibat di bawah pentadbiran tuan. Pihak yang berkenaan hendaklah mematuhi dokumen-dokumen yang telah disediakan bagi melancarkan pengurusan pentaksiran dan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan penskoran.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(DR. NA’IMAH BINTI ISHAK)
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia



Maklumat Terkini Pentaksiran Pusat Tingkatan 3 : Jadual Waktu dan Jadual Kerja



Lampiran 1
JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN PUSAT TINGKATAN  3 TAHUN 2014
Ujian Bertulis


TARIKH
MATA PELAJARAN
MATA PELAJARAN
7 Oktober
Bahasa Melayu
Mathematics
8 Oktober
Bahasa Inggeris
Science
9 Oktober
Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban

Ujian Lisan


TARIKH
MATA PELAJARAN
JENIS UJIAN
9 Oktober
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mendengar
26 hingga 31 Oktober
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bertutur
Instrumen Pelbagai


TARIKH
MATA PELAJARAN
6 hingga 25 April
Geografi
4 hingga 23 Mei
Sejarah
15 Jun hingga 4Julai
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
15 Jun hingga 4 Julai
Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik
6 hingga 25 Julai
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
10 hingga 29 Ogos
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
10 hingga 29 Ogos
Kemahiran Hidup Bersepadu
Lampiran 2
JADUAL KERJA PENTAKSIRAN PUSAT TINGKATAN  3 TAHUN 2014
UMUM


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Pendaftaran
1 hingga 15 April
Sekolah
2
Penghantaran salinan dokumen pentaksiran dan lembaran markah yang telah disahkan oleh Pengetua ke PPD
20 Oktober
Sekolah
3
Penghantaran salinan dokumen pentaksiran dan lembaran markah yang telah disahkan oleh Pengetua ke JPN
21 Oktober
PPD
4
Penghantaran salinan dokumen pentaksiran dan lembaran markah yang telah disahkan oleh Pengetua ke Lembaga Peperiksaan pada alamat:
Lembaga Peperiksaan,
Aras 7 Blok E11 Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(u.p: Ketua Penolong Pengarah Unit PMR)
22 Oktober
JPN
UJIAN BERTULIS


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun jadual waktu, borang jadual bertugas guru pengawas, jadual kedatangan, pelan kedudukan dan borang pergerakan:http://www.moe.gov.my/lp
1 Oktober
Sekolah
2
Ujian Bertulis
7 hingga 9 Oktober
JPN/PPD
Sekolah
3
Mesyuarat Penyelarasan Satu
10 hingga 14 Oktober
LP
4
Mesyuarat Penyelarasan Dua
14 hingga 18 Oktober
LP
5
Mesyuarat Penyelarasan Tiga
20 hingga 22 Oktober
LP
6
Pemeriksaan skrip jawapan Ujian Bertulis
23 Oktober hingga
6 November
LP
7
Mesyuarat Penyelarasan Empat
7 hingga 8 November
LP
8
Kemasukan markah secara atas talian
9 hingga 14 November
LP
UJIAN LISAN - MENDENGAR DAN BERTUTUR


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun tugasan Ujian Lisan - Bertutur Bahasa Melayu, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP
Menerima tugasan Ujian Lisan - Mendengar Bahasa Melayu daripada JPN
8 Oktober
8 Oktober
Sekolah
2
Pentadbiran Ujian Lisan Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
9 Oktober
Sekolah
3
Memuat turun tugasan Ujian Lisan - Bertutur Bahasa Melayu, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP
9 Oktober
Sekolah
3
Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur Bahasa Melayu
12 hingga 15 Oktober
Sekolah
3
Memuat turun tugasan Ujian Lisan - Bertutur Bahasa Inggeris, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP
16 Oktober
Sekolah
4
Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur Bahasa Inggeris
19 hingga 22 Oktober
Sekolah
7
Kemasukan markah secara atas talian
10 hingga 31 Oktober
Sekolah
INSTRUMEN PELBAGAI
GEOGRAFI


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun tugasan Geografi, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp
1 April
Sekolah
2
Pentadbiran tugasan Geografi
6 hingga
25 April
Sekolah
3
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
28 April
LP
4
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah
30 April
JPN/PPD
5
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah
1 hingga
23 Mei
Sekolah
6
Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal


7
Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid



SEJARAH


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun tugasan Sejarah, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp
29 April
Sekolah
2
Pentadbiran tugasan Sejarah
4 hingga
23 Mei
Sekolah
3
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
26 Mei
LP
4
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah
28 Mei
JPN/PPD
5
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah
29 Mei hingga 27 Jun
Sekolah
6
Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal


7
Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid


PENDIDIKAN ISLAM/ PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp
10 Jun
Sekolah
2
Pentadbiran tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik
15 Jun hingga 4 Julai
Sekolah
3
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
7 Julai
LP
4
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah
9 Julai
JPN/PPD
5
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah
10 Julai hingga 31 Julai
Sekolah
6
Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal


7
Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid


PENDIDIKAN MUZIK


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp
1 April
Sekolah
2
Pentadbiran tugasan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral/Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Muzik
15 Jun hingga 4 Julai
Sekolah
3
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
7 Julai
LP
4
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah
9 Julai
JPN/PPD
5
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah
10 Julai hingga 31 Julai
Sekolah
6
Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal


7
Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun tugasan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp
1 Julai
Sekolah
2
Pentadbiran tugasan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
6 hingga 25 Julai
Sekolah
3
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
4 Ogos
LP
4
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah
6 Ogos
JPN/PPD
5
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah
7 Ogos hingga 22 Ogos
Sekolah
6
Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal


7
Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU


BIL
PERKARA
TARIKH
TINDAKAN
1
Memuat turun tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Kemahiran Hidup Bersepadu, arahan persediaan tugasan, peraturan pemarkahan dan lembaran markah dari portal LP http://www.moe.gov.my/lp
5 Ogos
Sekolah
2
Pentadbiran tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Kemahiran Hidup Bersepadu
10 hingga 29Ogos
Sekolah
3
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
1 September
LP
4
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Daerah
3 September
JPN/PPD
5
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah
4 hingga
26 September
Sekolah
6
Pemeriksaan, penyelarasan dalaman, penyelarasan luar dan semakan teknikal


7
Kemasukan markah secara atas talian dan pemulangan skrip kepada murid


PEGAWAI LEMBAGA PEPERIKSAAN YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.


BIL
PERKARA
PEGAWAI LP
NO TELEFON
1
Memuat turun tugasan
Pn. Badariah binti Ahmad
badariah.ahmad@moe.gov.my
03-88843151
2
Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
En Fauzi Bin Asirop
fauzi1@moe.gov.my
03-88843392
3
Pentadbiran Pentaksiran Pusat


4
Kemasukan markah secara atas talian




9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Banyaknya kerja. Kesian guru dan murid tingkatan 3.

      Padam
  2. hadoi... stress nyaa, baca pun dah nak menangis huhuhu

    BalasPadam
  3. Cikgu...saya Affin form 3...nak tanya minggu lepas TPM ada cakap PBS x pasti akan diteruskan. Cikgu kat sekolah cakap kami akan belajar seperti biasa. Ni saya tengok dah siap jadual exam untuk kami...boleh saya dapat makluman yg mana betul. Apa2 pun belajar tetap kena belajar...

    BalasPadam
  4. Cikgu, nak minta izin share maklumat2 ni. saya su ppmr

    BalasPadam
  5. ya.. dipersilakan Cikgu Fiza..;)

    BalasPadam
  6. terkini. ujian lisan bm dan bi pada bulan ogos. pentaksiran pusat pelbagai instrumen hanya untuk subjek sejarah, pendidikan islam dan moral sahaja.

    BalasPadam
  7. Cikgu,saya Arief calon PT3....nak tanye jadual kerja kena buat sendiri atau disediakan????

    BalasPadam
  8. tahniah atas usaha cikgu yang amat baik ini....amat bermanafaat utk semua,,,terima kasih

    BalasPadam