.

.

KARTiKEL

Isnin, 17 Februari 2014

Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil Bahan Yang Memudaratkan Fetus

Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin dan mineral yang mencukupi adalah sangat baik kepada ibu dan fetusnya. Selain itu, para ibu juga perlu menjauhkan diri daripada asap rokok, alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan perkembangan fetus.

Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil Bahan Yang Memudaratkan Fetus


Bahan Yang Memudaratkan Fetus
1. Rokok  
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

2. Alkohol  
Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan kerosakan kepada otak bayi. Selain daripada itu bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol Fetal.

3. Ubat/ Dadah  
Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan bayi yang dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada memberi kekacauan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.


Kepentingan Mengelak Bahan Yang Memudaratkan Fetus
01. Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi
Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.

02. Merosakkan otak bayi
Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu akan memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.

03. Boleh membunuh bayi dalam kandungan
Kandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah apabila boleh mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.

34 ulasan:

  1. terima kasih banyak2, cikgu. you are the best teacher ever.

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu ! :-D

    BalasPadam
  3. kalau la ada 100 cikgu macam ni ,, kan senang hidup ... pasti anak-anak muridnya happy sebab ada cikgu macam cikgu hailmi. BTW,, cikgu thank you ... MAY ALLAH BLESS YOU

    BalasPadam
  4. Cikgu apa kesimpulan untuk ini cikgu?

    BalasPadam
  5. Ya Allah Kau berkatilah guru ini kerana telah menyalurkan ilmu yg beguna kepadaku.. terima kasih ckgu.. jasamu dikenang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. terima kasih banyak atas doa yer.. ;)

      Padam
  6. guys 3 uthm,rugi taw k0rang x amik inf0 beguna ni lagi... anda bila lg?? tyka..

    BalasPadam
  7. trima kasih cikguuuuuuuu the best

    BalasPadam
  8. TERIMA KASIH CIKGU...

    BalasPadam
  9. Cikgu hailmi terima kasih

    BalasPadam
  10. maaf cikgu hailmi tapi tajuknya di situ "kepentingan mengelak daripada mengambil bahan yang memudaratkan fetus" maksudnya apa kepentingan kalau tak ambil dadah and others. tapi skrg cikgu senaraikan kesan buruk bukannya kepentingan. harap cikgu dapat perbaiki dan balas komen saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestila .kita senaraikan dulu contoh2 kesan buruk pastu baru ckp kenapa penting nye !!!

      Padam
  11. boleh cikgu berikan saya perbincangan n kesimpulan tentang penjagaan prenatal? :))))

    BalasPadam
  12. terima kasih cikgu sbb byk mmbntu kmi sume.. :)

    BalasPadam
  13. cikgu yang itu kesan ,bukannya kepentingan .. btw thanks for the informations.. :D

    BalasPadam
  14. Tq cikgu .. mesti cigu nie cigu cemerlang :D

    BalasPadam
  15. THANK YOU SIR MAY GOD BLESS U SIR

    BalasPadam
  16. salam cikgu.. saya nak tanya.. kalau kepentingan bukan ke sesuatu yang baik??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Sakinah.. terima kasih atas pertanyaan tersebut..
      Betul, kepentingan adalah mengenai sesuatu yang baik seperti Faedah

      Untuk point di atas, Sakinah boleh tukarkan kepada bentuk TIDAK, sperti
      TIDAK merosakka otak bayi.. Melahirkan bayi yang sihat dan TIDAK cacat dan lain-lain..

      Terima kasih.. ;)

      Padam
  17. YA ALLAH PANJANG KANLAH UMUR CIKGU INI YA ALLAH AMIN

    BalasPadam
  18. its very helpful hope to see more teachers like you in future

    BalasPadam
  19. cikgu,patut bagi lagi banyak isi....



    BalasPadam
  20. thanks cikgu

    BalasPadam