.

.

KARTiKEL

Khamis, 6 Februari 2014

Eksperimen Takat Lebur dan Takat Beku Naftalena

Takat lebur dan takat beku adalah suhu di mana sesuatu bahan berubah antara keadaan pepejal dengan keadaan cecair. Setiap bahan mempunyai takat lebur yang tetap dan tidak berubah. Ini boleh digunakan bagi menguji ketulenan sesuatu bahan. Dalam eksperimen ini kita akan menentukan takat lebur dan takat beku naftalena. Ianya mudah terbakar, jadi kukus air digunakan bagi membantu pemanasan.

Eksperimen Menentukan Takat Lebur dan Takat Beku Naftalena

Tujuan
Menentukan takat lebur dan takat beku naftalena


Bahan
Naftalena, air


Radas
Tabung didih, bikar 250 cm3,  termometer, tungku kaki tinga, kaki retort, penunu Bunsen, jam randik, kelalang kon, kasa dawai


Prosedur



1. Sebuah tabung uji diisi denga naftalena sehingga 1 per tiga penuh. Termometer diletakkan ke dalamnya.
2. Tabung didih diapitkan di dalam sebuah bikar berisi air. Paras naftalena dipastikan berada di bawah paras air dalam bikar.
3. Air dipanaskan dan naftalena dikacau perlahan-lahan dengan termometer. Jam randik dimulakan sebaik sahaja suhu mencapai 60 C.
4. Suhu dan keadaan naftalena direkodkan pada sela masa setengah minit sehingga suhu mencapai 90 C.
5. Tabung didih dikeluarkan dari kukus air. Permukaan tabung didih dikeringkan dan diletakkan serta merta dalam sebuah kelalang kon. Naftalena dikacau berterusan.
6. Suhu dan keadaan naftalena terus direkodkan pada sela masa setengah minit sehingga suhu turun kepada 60 C.
7. Keputusan direkodkan dalam buku laporan.


Kesimpulan
Takat lebur dan takat beku naftalena ialah 80 C


Perbincangan 
1. Naftalena boleh digantikan denga asetamida
2. Takat lebur dan takat beku naftalena adalah dalam lingkungan 78 - 80 C.
3. Pemanasa naftalena secara terus dari sumber api aka menghasilkan wap beracun dan mudah terbakar.
4. Kukus air dan kelalang kon digunakan bagi tujuan memastikan penyejukan sekata dan mengelakkan penyejukan lampau.

78 ulasan:

  1. Pelajar setia Sains8 Februari 2014 6:40 PTG

    Mengapakah perlunya mengacau naftalena secara berterusan semasa proses penyejukan ?
    -@Pelajar F4 2014 di Perak

    BalasPadam
    Balasan
    1. naftalena perlu dikacau berterusan semasa penyejukan sebab nak penurunan suhu yang sekata.. ini juga adalah bagi tujuan mengelakkan penyejukan lampau (supercooling)

      Padam
    2. Pelajar setia sains13 Februari 2014 6:40 PTG

      Terima kasih. saya dah faham konsep tersebut..

      Padam
  2. Saya budak sains8 Februari 2014 6:43 PTG

    saya nak jadi seorang Sainstis apa perlu saya buat ?

    BalasPadam
  3. Saya budak sains8 Februari 2014 6:44 PTG

    saya nak jadi seorang Sainstis apa perlu saya buat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belajar konsep dan kemahiran Sains dengan betul.. berfikir dan bertindak seperti seorang ahli Sains.. tambahkan pengetahuan dalam bidang Sains..

      Padam
  4. kenapa tabung didih mesti diletakkan dalam kelalang kon semasa penyejukan naftalena ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk mengelakkan kehilangan haba dengan cepat

      Padam
  5. Kenapa kukus air digunakan untuk mamanaskan naftalena

    BalasPadam
  6. kenapa takat lebur gula x dapat ditentukan dgn kaedah ini? apakah radas yang sesuai digunakan?

    BalasPadam
  7. cikgu eksperimen ni sama ke dengan eksperimen takat lebur atom?

    BalasPadam
  8. Salam... blh tanya dlm eksperimen nie apa hipotesis dia??

    BalasPadam
  9. Salam, hipotesisnya apa ya?

    BalasPadam
  10. cikgu.. sye nk tnye ap takat lebur bagi minyak tanah, turpentin dan air.. saya kurang faham, boleh cikgu jelaskan

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Minta maaf tetapi saya rasa perlu komen sikit tentang naftalena dan ubat gegat ni. Naftalena bukanlah ubat gegat, tetapi ubat gegat tradisional ada mengandungi naftalena sebagai salah satu ramuannya. Kebanyakan ubat gegat moden tidak lagi mengandungi naftalena, tetapi bahan lain (1,4-diklorobenzena) yang mempunyai bau dan ciri-ciri yang hampir sama dengan naftalena.

      Padam
  12. tanye sikit,,, grah yang disuruh buat dalam buku amali bahagian mentafsirkan data graph ape???? bar atau garis? macam mane nak buat??

    BalasPadam
  13. perlukan jawapan segera23 Januari 2015 9:16 PTG

    Cikgu, nak buat laporan perlu lukis gambar ke ?

    BalasPadam
  14. kalau suhu takat lebur di antara 82-83...apakah faktor yg mempengaruhi takat lebur tersebut

    BalasPadam
  15. saya ada soalan ini soalannya''kenapa proses penyejukkan mendatar??'' adakah disebabkan oleh pembebasan haba atau lain ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Proses penyejukan mendatar sebab tenaga haba yang dibebaskan adalah sama dengan tenaga haba di sekeliling

      Padam
  16. hipotesisnya mana dong?

    BalasPadam
  17. apakah tujuan menggunakan kukus air dalam eksperimen ini ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kukus air digunakan untuk mendapatkan pemanasan yang sekata

      Padam
    2. pemanasan yang sekata? maksud cikgu??
      tak faham lagii...

      Padam
  18. saya nak tanya kenapa naftalena perlu disejukkan dalam kelalang kon?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk mengelakkan gangguan angin di samping mendapatkan penyejukan yang sekata.

      Padam
    2. haa? penyejukan yang sekata?? maksudnya???

      Padam
    3. penyejukkan yang sekata= suhu yang direkodkan tidak akan menurun secara lampau, tengok buku teks tentang penyejukkan lampau

      Padam
  19. kenape takat lebur gule x bleh guna radas yg memanaskan naftalena

    BalasPadam
    Balasan
    1. takat lebur gula lebih tinggi daripada takat lebur naftalena

      Padam
  20. Apakah radas yg sesuai digunakan bagi takat lebur gula ??

    BalasPadam
  21. mengapa pepejal naftalena tidak dipanaskan secara terus ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya dah dinyatakan di dalam komen2 di atas.. jemput baca komen dulu yer..

      Padam
  22. takat lebur gula ialah 184 C. Takat lebur gula tidak dapat ditentukan dengan menggunakan susanan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.5. Apakah sebabnya ? Apakah radas yang sesuai digunakan ?
    -Minta tolong sangat-sangat :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Takat lebur gula lebih tinggi berbanding naftalena. Jadi radas yang mengunakan rendaman air tu tak sesuai, sebab rendaman tu sebab nak mengelakkan daripada naftalena meruap bila dipanaskan secara terus.
      2. Cadangan : tak perlu gunakan rendaman air.. panaskan terus. Lagipun gula tak berbahaya seperti naftalena.

      Padam
    2. terima kasih

      Padam
  23. Assalam...cikgu bagaimana untuk membersihkan naftalena di dalam tabung uji selepas eksperimen dijalankan?

    BalasPadam
  24. salam cikgu, kenapa kita kacau guna termometer? bahan lain tak boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jimat tenaga, tak perlu basuh banyak radas. hahaha...betul kan cikgu? ;P

      Padam
    2. Bukan lah. Guna termometer kan sebab nak amik bacaan suhu. Bukan nak jimat tenaga.

      Padam
  25. kukus air tu perlu berada dalam lingkungan berapa °c?

    BalasPadam
  26. mengapa tiada perubahan pada suhu semasa proses peleburan?

    BalasPadam
  27. kenapa haba lebih banyak diperlukan untuk mendidihkan air yang bercampur dengan garam ?

    BalasPadam
  28. apa akan berlaku kalau penyejukkan @ pemanasan tidak sekata ?

    BalasPadam
  29. assalamualaikum cg . hailmi . mintak maaf saya nak bertanya sikit . macam ni 2 hari lagi sya akan menyertai karnival sains di sekolah sya . eksperimen yang dipilih adalah begini . kaedahnya lebih kurang mcm aiskrim goyang . mcm ni prosedur nya mula mula isikan apa apa sahaja air didalam plastik aiskrim malaysia .lepastu ikat. kemudian letak plastik yang telah diikat tadi ke ats towel sederhana besar dan timbunkan dengan ais beserta garam. lepastu gulung towel tersebut kemudian pusingkan . dan dlm beberapa minit air tadi akan bertukar menjadi aiskrim . disini sya ingin bertanya kpd cikgu . bagaimana ini boleh terjadi mengikut sains dan apa pula fungsi garam tadi . mohon penjelasan dari cikgu . tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. garam melambatkan peleburan ais

      Padam
    2. Sebenarnya garam akan mencepatkan peleburan ais. Apabila garam dicampurkan kepada air, air garam akan membeku pada suhu yang lebih rendah dari 0oC kerana zarah2 garam mengganggu keseimbangan struktur zarah2 air. Contohnya pada suhu -8oC. Jadi bagi ais yang sememangnya berada pada suhu 0oC apabila saja dicampurkan garam di dalamnya, akan mencair kerana suhu ini sudah melebihi takat beku/takat lebur nya iaitu -8oC tadi. Dalam proses pencairannya ia akan menyerap haba dari aiskrim tadi menyebabkan aiskrim tadi menjadi sejuk dan akhirnya beku.

      Padam
  30. assalamualaikum wbt, macam mana nak tunjukkan pada graf bagi menentukan takat beku ? syukran

    BalasPadam
  31. kenapa penunu bunsen sejuk semasa pembakaran?

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum cikgu apakah hipotesis bgi eksperimen ini

    BalasPadam
  33. Cg saya nak tanya knp bila kita kacau naftalena untuk dptkan takat beku lepastu untuk tunggu keputusan mengambil masa yg sangat lama? Suhu mcm tak nak turun

    BalasPadam
  34. as salam,nk tumpang tanya,apakah yang berlaku kepada suhu naftalena semasa
    a)peleburan
    b)pembekuan

    BalasPadam
  35. as salam,nk tumpang tanya,apakah yang berlaku kepada suhu naftalena semasa
    a)peleburan
    b)pembekuan

    BalasPadam
  36. Kalau dia minta lukis gambar rajah.. nak lukis apa?

    BalasPadam
  37. assalamualaikum cikgu..apa hipotesis eksperimen ini?

    BalasPadam
  38. apakah pemboleh ubah yang dimalarkan,bergerak balas dan dimanipulasikan bagi eksperimen ini?

    BalasPadam
  39. buat sendiri ahhh

    BalasPadam
  40. sume bnda nak hrpkan cikgu tnpa usaha lgsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..saya sokong ulasan anda ni...

      Padam
  41. mengapakah pepejal naftalena tidak dipanaskan secara terus dengan penunu bunsen ?

    BalasPadam
  42. Kan dh ade tulis dh dkt perbincangan no. 3 tu.. "Pemanasa naftalena secara terus dari sumber api akan menghasilkan wap beracun dan mudah terbakar."

    BalasPadam
  43. Takat lebir gula tidak boleh ditentukan? Apakah sebab?

    BalasPadam
  44. penyataan masalah

    BalasPadam
  45. Buat graph tu macam mana ya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau tanya soalan ni an macam lawak la... kahkahkah

      Padam
  46. terima kasih kerana telah upload nota ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama.. no hal la.. benda basic je..hahah..cikgu jngn marah ye..gurauan semata mata

      Padam
  47. http://www.slideshare.net/Cikgu_Marzuqi/modul-1-kimia

    BalasPadam
  48. Apakah radas yang sesuai untuk digunakan bagi menentukan takat lebur gula

    BalasPadam
  49. salam cikgu hailmi nak tanya. ketika pemanasan naftalena, thermometer juga sentiasa dikacau. adakah utk mengelakkan superheating? tapi ada ke superheating?

    BalasPadam
  50. alhamdulillah.....syukur kepada tuhan keana saa sudah paham tentang eksperimen ini.....bukan itu saja....tetapi semua pelajar kelas saya buka laman web ini ntuk lebih memahami eksperimen ini
    #kawaii legend

    BalasPadam
  51. mengapa naftalena digunakan

    BalasPadam
  52. mengapakah naftalena dipanaskan dgn menggunakankukus air?

    BalasPadam