.

.

KARTiKEL

Sabtu, 4 Januari 2014

Laman Web KPM Pulih Kembali Beroperasi

Setelah beberapa hari mengalami masalah kena hack, maka pada hari ini laman web KPM sudah mula kembali beroperasi seperti biasa. Insiden kena hack pada awal tahun, yang mungkin ada kena mengena dengan perhimpunan TURUN, menyebabkan banyak pihak juga yang mengalami kesukaran.

Laman Web KPM Pulih Kembali Beroperasi


Terutamanya golongan guru dan ibubapa yang nak dapatkan maklumat terkini mengenai pendidikan. Apatah lagi insiden laman web KPM kena hack nih berlaku sebelum buka sekolah. Maka saya yakin merencatkan sedikit persediaan guru dan ibubapa untuk menghadapi sesi persekolahan 2014.

Jadi, memandangkan laman web tersebut pun dah ok, maka hujung minggu ini boleh digunakan dengan sebaiknya oleh rakan guru untuk mendownload bahan-bahan berguna seperti sukatan dan huraian sukatan di laman web berkenaan. Kalau dah ada pun, buka-buka lah laman web tersebut bagi mendapatkan info terkini. Selamat maju jaya!

2 ulasan:

  1. ohh..kalau dah ok, baguslah.

    BalasPadam
  2. ohcikgu tentu ada banyak benda nak download dari sana nih.. ;)

    BalasPadam