About Me

Kumpulan Darah Manusia

Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.

Kumpulan Darah Manusia

Sebenarnya selain daripada Sistem ABO ini, terdapat hampir 32 jenis sistem lain yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Kemudian sistem ini dimurnikan lagi dengan Sistem Rhesus yang diusahakan secara bersama dengan Alexander S Wiener pada tahun 1937.

Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu bapa. Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis kumpulan darah ini boleh mempengaruhi personaliti, watak dan kesesuaian seseorang dengan individu lain. 

1. JENIS DARAH A ADALAH PETANI (FARMERS) 
Mereka berdarah A adalah golongan pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. 

2. JENIS DARAH B ADALAH PEMBURU (HUNTERS)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
 
3. JENIS DARAH AB ADALAH AHLI KEMANUSIAAN (HUMANISTS)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
 
4. JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)
Mereka "outgoing","expressive", dan "passionate". O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.


Berikut adalah Fakta menarik mengenai kumpulan darah manusia
1. Pemindahan darah yang pertama dalam sejarah telah berlaku seawal tahun 1667. Jean-Baptise telah memindahkan darah sebanyak 1 liter dari seekor kambing ke seorang pemuda.
2.  Seorang perempuan memiliki sekitar 4-5 liter darah dalam tubuh, sedangkan seorang lelaki mempunyai 5-6 liter darah.
3. 2 juta sel darah merah akan mati pada setiap saat.
4. Dengan mendermakan setengah liter darah, kita telah menyelamatkan 4 nyawa manusia.
5. Secara puratanya, terdapat sehingga 40% manusia yang mempunyai darah jenis kumpulan O.



Catat Ulasan

43 Ulasan

  1. Saya darah A dan ya, saya pemalu :)

    BalasPadam
  2. saya x tau sy punye golongan darah. tapi ciri -ciri diri sy mmg sama dgn ciri2 golongan darah A.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah siap juga band 6 saya ini semoga cikgu beroleh pahala jariah terima kasih

    BalasPadam
  4. terima kasih atas maklumat yang diberikan,, siap jugak akhirnya,,

    BalasPadam
  5. sangat membantu perlukah memasukan careterictic mereka

    BalasPadam
  6. helped me for my pbs.. thank you so much!!

    BalasPadam
  7. terima kasih ini amat membantu! ^ ^

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu!!!

    BalasPadam
  9. perfect!! thanx cikgu hailmi !

    BalasPadam
  10. macam mana nak translate jadual tu cikgu?? o.O

    BalasPadam
  11. thank you ..............

    BalasPadam
  12. cikgu,kalau nak kaitkan penyakit yang dialami dengan menderma darah macam mana?

    BalasPadam
  13. Thank You Very Much Teacher !!!
    I'll pass Band 6!!!
    Salute to You =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa saya tergolong dalam darah o sebab saya ni terlajak proaktif tapi tak mustahil saya tergolong darah o sebab ayah saya darah o mungkin turun dari ayah saya

      Padam
  14. thanks for yur information. :*

    BalasPadam
  15. cikgu...ckgu sya swuh buat krngn sbb artikel..mcm mna??

    BalasPadam
  16. TAHNIAH! sebab cikgu menang Best Educational Blog. you deserve it! moga setiap apa yg kami kutip disini-- menjadi pahal.

    BalasPadam
  17. Thank you very much.tis in4mation helped me 2 do my pbs .

    BalasPadam
  18. Thanks.. sy drh ab

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Cikgu ? kalau maksud jenis darah a , b , ab , atau o kalau nda mau salin balik semula dalam buku skrap boleh kah ? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Nda apa kalau nda mau salin.. itu info saja bah

      Padam
  20. untuk kumpula darah ni saya tak berapa faham la..
    bole cikgu terangkan.

    BalasPadam
  21. sye rsa...sye ni drah jnis a kot...

    BalasPadam
  22. salam cikgu bole tanya sikit boleh kea lau tulis budaya jepun tu dalam buku skrap....??sya budak terengganu.budak ting 3..mohon cikgu pertimbangkan soalan saya..terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. saya rasa tak perlu dimasukkan.. itu sekadar maklumat tambahan.. ;)

      Padam
  23. Alhamdulillah.. may Allah bless you Cikgu Hailmi. =>

    BalasPadam
  24. yang baik kita amalkan, yg x baik kita jadikan pengajaran ^__^

    BalasPadam
  25. Hmmm... saya O tp sgt opposite dgn fact kat atas.

    BalasPadam
  26. tq cikgu,byk mmbntu sy wat band 6... hope allah bless you.. insya-allah

    BalasPadam
  27. errm... darah AB tu macam betul je. kecuali bab talam muka.. anyway, gud info untuk saya yang berdarah AB. jemput singgah ke blog saya,
    http://azlinahamdanstory.blogspot.com

    BalasPadam
  28. TERIMA KASIH CIKGU

    BalasPadam
  29. thankyou cikgu. sebab cikgu saya akan lepas band 6 thankss

    BalasPadam
  30. salam...cikgu cakap pemindahan pertama darah dari seekor kambing ke seorang pemuda? apa kumpulan darah kambing dan manusia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. betul. tapi saya tak jumpa artikel yang menyatakan jenis darah. sebab haiwan ada berjenis2 kumpulan darah.. kalau terjumpa nanti cikgu kongsikan

      Padam
  31. Terima kasih , dengan artikel yang ringkas ni .. bolehlah saye menyiapkan kerja kursus saye dengan mudah...

    BalasPadam
  32. Terima kasih..senang difahami dan boleh dibuat rujukan..terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam