.

.

KARTiKEL

Ahad, 5 Januari 2014

Kisah Adik Damia Irsalina Masuk Sekolah

Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, bangkit awal pagi hari ini dan terus meminta pakaian seragam yang dibelikan ibunya, seakan tidak sabar untuk ke sekolah. Ditemani ibu dan ayah, kemunculannya berkerusi roda di Sekolah Kebangsaan (SK) Telemong menjadi perhatian umum, namun hari pertama alam baharu dilalui dengan perasaan cukup teruja dan gembira ketika kanak-kanak sebayanya ada yang menangis dan menunjukkan rasa bosan.

Kisah Ketabahan Adik Damia Irsalina Masuk Sekolah

Anak istimewa yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan itu seolah-olah langsung tidak merasakan perbezaan dengan rakan-rakan di kelas 1 Syafie dan perhatian mereka terhadapnya tidak menganggu tumpuan penerangan dan pengajaran gurunya, Nur Zaimah Lokman.

"Saya gembira ke sekolah, belajar dan boleh dapat ramai kawan. Bila besar nanti saya ingin menjadi doktor seperti ayah," katanya ketika ditemui di sekolahnya dekat sini hari ini.

Dia yang membahasakan diri sebagai 'Kak Nik' tidak kekok menulis dan begitu petah bercakap, selain tidak teragak-agak menjawab soalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Rozi Mamat yang melawat sekolah tersebut.

Anak ketiga daripada empat beradik itu ditempatkan di sekolah harian biasa dan ramai yang membayangkan dia akan berdepan dengan kesukaran melalui hari-hari persekolahannya dengan keadaan fizikal sebegitu.

Namun bagi ibunya, Rosnaini Mohamad, 36, seorang jururawat dan ayahnya Dr. Daeng Malis Ab. Kahar, 43, yang merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah universiti di sini tidak bimbang kerana telah melakukan pelbagai persediaan.

Kisah Ketabahan Adik Damia Irsalina Masuk Sekolah

Kisah Nur Damia Irsalina menjadi perhatian media apabila berkesempatan menemui pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vijicic yang mengalami kecacatan sepertinya, ketika selebriti istimewa itu ke Kuala Lumpur pada Ogos lalu.

Sementara itu, Daeng Malis bersyukur kerana hari pertama persekolahan anaknya itu berjalan lancar terutama dengan penyediaan laluan khas oleh pihak sekolah bagi memudahkan pergerakan menggunakan kerusi roda bermotor yang ditempah khas berharga RM10,000 daripada pengasas Zull Design Autotronic, Zulkifli Haron.

"Kak Nik sudah mahir menggunakan alat itu walaupun baru semalam kerusi roda bermotor ini diperolehi. Saya berterima kasih kerana pihak sekolah berusaha memudahkan pergerakan Kak Nik.

"Isteri saya akan menemani Kak Nik bagi memastikan proses persekolahan berjalan lancar termasuk mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan agar dapat menemani Kak Nik belajar di sekolah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah di Kampung Lubuk Batu," katanya.

Walau bagaimanapun, Daeng Malis berkata, dia dan isteri akan mencari pembantu untuk menguruskan pembelajaran Nur Damia Irsalina di dalam kelas terutama bagi mengambil buku dan alat tulis serta ke kantin dan tandas.

Sementara itu, menurut Ghazali, pihaknya akan memanggil ahli akademik dari Kolej Universiti TATi untuk membantu Nur Damia Irsalina terutama dalam menambah baik kerusi roda untuk kegunaan murid tersebut serta kemudahan lain.

"Insya-Allah kerajaan negeri akan memikirkan sesuatu untuk membantu Nur Damia Irsalina, malah bantuan seperti ini tidak hanya terhad kepadanya seorang tetapi kanak-kanak lain yang memerlukan,'' katanya.



6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,,,,
    kesiannya budak tu,,,tapi dia happy jer dengan hidup dia,, tak macam kita yg sempurna tubuh badan nie pun bnyk komplen sana sini, --> seperti nisa =p

    BalasPadam
  2. Yer.. Memang dia happy jer ngan hidup dia. Semoga dia tabah dan berjaya dunia akhirat. Amin!

    BalasPadam
  3. bunyi tu ba, mcm marah sejakk ,,, heheh,gurau :D

    BalasPadam
  4. apa kecoh2 nie ?? buang tebiat ke apa? An-Nisa tu pun sorang me****a betul... menyampah aku...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,,
    maaf la yer sekiranya nisa ada TERsalah ckp ker :(

    p/s: SILENCE IS THE BEST REPLY TO A FOOL
    -Merendahkan org lain, tidak akn menjadikan diri anda tingg -HarisKaito-

    :)

    BalasPadam
  6. Harus bersyukur itulah anugerah dr Allah s.w.t

    BalasPadam