.

.

KARTiKEL

Khamis, 30 Januari 2014

Kesan Rokok Terhadap Perkembangan Bayi

Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Kesan Rokok Terhadap Perkembangan Bayi


Boleh tengok video di bawah bagi penjelasan lebih lanjut.



Kenapa Berbahaya Merokok Semasa Kehamilan?
Asap rokok mengandungi lebih daripada 4 000 bahan kimia merbahaya dan sekurang-kurangnya 60 agen penyebab kanser. Asap rokok yang meresap melalui darah akan melimpahi aliran darah yang menjadi satu-satunya sumber oksigen dan nutrien bagi bayi.

Dalam lebih 4 000 bahan kimia berbahaya ini, terdapat 2 yang paling utama iaitu nikotin dan karbon monoksida. Kedua-dua bahan ini boleh mengurangkan bekalan oksigen mencukupi kepada bayi. 

Nikotin dapat menyempitkan saluran darah sekaligus membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya mengangkut oksigen juga terpaksa membawa bersama karbon monoksida.

Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus. Secara purata, merokok semasa kehamilan akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang. 

Kelahiran anak pramatang yang berpunca daripada merokok

Selain daripada itu, perkembagan anggota badan bayi juga boleh terjejas. Peparu bayi mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya ketika awal kelahiran. Sekiranya mereka sudah mula bernafas dengan tanpa menggunakan bantuan, berkemungkinan besar mereka akan terus menghadapi masalah pernafasan seperti asthma.

Paling menyedihkan adalah apabila tabiat buruk ini memberi kesan kepada perkembangan otak bayi. Anak yang dilahirkan daripada seorang ibu yang merokok kebiasaannya akan menghadapi masalah pembelajaran, lembam, masalah sikap dan tahap IQ yang rendah.


25 ulasan:

  1. orang perempuan jangan merokok sebelum dan semasa mengandung ye..

    BalasPadam
  2. Info yg menarik cikgu...perempuan tak elok merokok...tak manis dipandang...

    BalasPadam
  3. Rokok dah banyak toksin sah-sah membahayakan kesihatan. susah nak nasihatkan si perokok ni.

    BalasPadam
  4. Itu ler pasal... Sian kat baby yang dalam perut tu.. Tak pasal2..

    BalasPadam
  5. bukan sahaja perempuan juga lelaki tak sepatutnya merokok

    BalasPadam
  6. jangan merokok !!!!!!!!
    tidak baik untuk masa depan

    ini untuk orang remaja shj.

    BalasPadam
  7. semua orang tak boleh isap rokok la...

    BalasPadam
  8. cg.. maaflah tapi dalam buku bgtau kena buat min 30 m/s

    BalasPadam
  9. cg kami kne berlakon mengenai bab ini boleh ckgu tlg uat video ....tlg ye kami kne belakon lepas cuti so kne cpt . pertolongan ckgu amat sya hargai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk nak buat video mungkin tak sempat kot.. Tapi cikgu boleh bagi sedikit idea dan cadangan bagi drama kamu..

      Boleh tunjukkan kisah seorang ibu mengandung yang tidak memperdulikan nasihat daripada doktor dan jururwat (atau rakan2 / ahli keluarga) mengenai tabiat buruknya yang suka merokok.

      Kesan rokok dapat disampaikan melalui dialog teguran kepada ibu tersebut. Ibu tadi yang degil terus tidak mengendahkan nasihat mereka. Akhirnya, anak yang dikandung mati / cacat. Si ibu menyesal..

      Semoga membantu yer Nurul Asyiqin.. ;)

      Padam
  10. terima kasih atas maklumat yang cikgu berikan

    BalasPadam
  11. thank a lot...tapi isinya terlalu sikit tapi padat...

    BalasPadam
  12. terima kasih cikgu

    BalasPadam
  13. memang la apa ckgu kta pompuan x merokok.......

    BalasPadam
  14. Memang terbaik nota-nota yg diberi oleh cikgu terima kasih cikgu

    BalasPadam
  15. cikgu saya nak tanya kenapa kita perlu melakukkan pembiakan

    BalasPadam
  16. cikgu terima kasih cikgu THANK YOU SIR WE LOVE U SIR

    BalasPadam
  17. terima kasih cg. this really help me doing my pbs, thanks a lot :D

    BalasPadam
  18. trima kasih bebanyak sangat cikgu ~~ :)

    BalasPadam
  19. Bagus nya blog in. Sentiasa mengikuti perkembangan kami tingkatan tiga. Terima kasih sangat sangat kepada owner semoga Allah murahka rezeki anda.

    BalasPadam
  20. Nk tanya bahan apa dalam rokok yg menyebabkan suhu badan meningkat

    BalasPadam
  21. Saya minta izin copy ye..terima kasih

    BalasPadam