.

.

KARTiKEL

Khamis, 26 Disember 2013

Survey Menteri Pendidikan II : Menangi 10 iPad dan Sesi Minum Petang Bersama!

Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh melalui laman facebook nya telah melancarkan satu survey pendidikan bagi mendapatkan pendapat dan pandangan guru-guru mengenai sistem pendidikan Malaysia dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Survey Menteri Pendidikan II : Jom Menangi 10 iPad dan Sesi Minum Petang Bersama

Satu usaha yang sangat baik, kerana interaksi melalui dunia digital ini ternyata akan dapat merapatkan jurang antara pemimpin utama dengan golongan pelaksana. Pasti ada banyak idea dan cadangan yang boleh diutarakan oleh rakan guru yang merupakan pemerhati paling hampir dengan dunia pendidikan!

Lebih menarik, apabila survey pendidikan ini juga menawarkan hadiah bagi penyertaan terbaik! Hadiah berupa 10 buah Apple iPad dan juga sesi minum petang bersama Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh sendiri.. Best kan?


Kaji Selidik Interaksi Guru - YB Menteri Pendidikan II 2014

* Sepuluh penyertaan terbaik berpeluang untuk memenangi 10 buah Apple iPad dan sesi minum petang bersama saya.

Semua pandangan dan cadangan dalam penyertaan ini akan disampaikan secara langsung kepada saya.

Tarikh tutup pada 29 Disember 2013.

Sertai sekarang, klik sini --> http://goo.gl/1HvAve


Namun paling utama, bukanlah hadiah yang menjadi rebutan rakan guru, tetapi sebaliknya peluang untuk menyuarakan pandangan dan pendapat apa yang boleh dan perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka dasar-dasar baru. 

Semoga dengan pelaksanaan survey pendidikan melalui laman sosial sebegini mampu merapatkan jurang dalam keluarga pendidikan, sekaligus membolehkan suara golongan pelaksana dapat didengar terus oleh pucuk pimpinan.

Bagi yang belum sertai, boleh terus berbuat demikian sekarang, sebab tarikh tutup pun dah hampir habis, iaitu pada 29 Disember 2013. Cepat!!

Owh ya. Survey pendidikan ini hanya terbuka kepada guru-guru sahaja. Anda hanya perlu LIKE laman sosial Dato' Seri Idris Jusoh dan terus ke bahagian survey tersebut. Nyatakan permasalahan dan cadangan anda, serta lengkapkan sedikit maklumat perkhidmatan anda. Selamat berjaya yer!
 

6 ulasan:

  1. platform yang bagus, nk join le..hehe

    BalasPadam
  2. Kadang2 tertanya juga... Siapa mentei pendidikan pertama? Dah mcm Dato seri Idris Jusoh lebih mnyerlah berbangin menteri pendidikan pertama. Apapon, berbangga dgn usaha yg cuba ditampilkan. tmbh pula dia ni ahli parlimen di kg saya. Masa dia jd MB di Trg dulu, bidang pendidikan byk berkembang. .

    Nak join...tp sy bukan cikgu. Haha!

    BalasPadam
  3. Elok juga join survey ni. Ada jugak saluran untuk suarakan pandangan dari kumpulan pelaksana.

    BalasPadam
  4. hoho..

    teringin nak tahu siapa yang menang nanti.

    BalasPadam
  5. ya.. memang tak sabar jugak nak tau sapa yang menang..

    BalasPadam