Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dikeluarkan mulai jam 10 pagi ini. Seramai 462,940 calon peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing.

Semakan Keputusan Peperiksaan PMR 2013

Bagi yang tak dapat nak hadir ke sekolah, adik-adik juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di talian 15888, bermula jam 10 pagi ini hingga jam 11.59 malam pada 25 Disember. Tengok langkah semakan sms macam kat dalam gambar di atas.

Untuk saya PMR tahun nih, tak lah beria ia sangat nak tahu memandangkan tak ada mengajar pelajar tingkatan 3 untuk tahun ini. Sekadar nak ambik tahu pada subjek Sains dan keputusan beberapa orang pelajar yang saya kenali. 

Memandangkan PMR 2013 ini juga adalah PMR yang terakhir, sebenarnya saya jauh lebih teruja dengan PBSMR yang bakal dilaksanakan pada tahun depan. Semoga pelaksanaan diadakan dengan penuh perancangan  dan tanpa mendatangkan apa-apa masalah.

Apa-apa pun, Selamat Berjaya saya ucapkan buat calon PMR 2013!