.

.

KARTiKEL

Selasa, 24 Disember 2013

PBSMR Sebenarnya Tak Wujud?

Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menjelaskan format peperiksaan baru menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebenarnya tidak wujud.
 
Ketua Gerak Kerjanya, Norizzat Mohd Johari berkata, perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dalam perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini.
 
PBSMR Sebenarnya Tak Wujud?
 
Menurutnya, kementerian telah menjelaskan bahawa hanya akan ada penambahbaikkan dalam peperiksaan PMR. 
 
"... ini juga masalah salah faham yang berlaku, saya juga telah tegaskan kepada kementerian, bahawa perkara ini tidak mahu berulang kembali kerana 2014 adalah tahun kemuncak.
 
"... dan saya berani katakan KPM mengakui bahawa tiada kewujudan nama PBSMR, sebenarnya ia hanya penambahbaikkan itu sendiri, bukan tukar nama.
 
"Perkara itu bukan daripada pihak kementerian sendiri, kita minta pihak kementerian uar-uarkan perkara itu sendiri, tapi hari ini apa yang SGMM dapatkan (daripada perbincangan) itu hanya khabar angin, ataupun nama-nama yang digembar-gemburkan yang ditakuti guru-guru selama ini," katanya kepada sidang media, selepas perbincangan meja bulat bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.
 
Oktober lalu media melaporkan format peperiksaan baru untuk menggantikan PMR itu adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
 
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali PBSMR bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan.
 
“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum.
 
“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya.


Pulak dah... Penat lah kalau camnih.. Mula-mula kata macam lain, pastu bagitau macam lain pulak. Kalau ikut 'perancangan' asal, dah nak start tahun depan. Tapi apa-apa format pun belum dapat dipastikan lagi. Cikgu susah, budak susah, ibu bapa pun susah. Semoga dipermudahkan untuk tahun 2014!
 
 

7 ulasan:

  1. Sebab tulah, kalau belum pasti, kenapa nak diheboh-hebohkan...entahlah KPM ni.

    BalasPadam
  2. baik tak payah cter pasal peperiksaan tu. hmmm...

    BalasPadam
  3. Very responsible for her & her team to keep quiet about something which is not confirmed. However, it should be 99% complete by now. Just waiting to be checked & approved. Road shows should start next year.

    BalasPadam
  4. Cikgu Hailmi, Norrizat ni tak tau pasal pendidikan. Lebih politik dia ni. Hati2 dengan Norrizat ni. PBS tak boleh mansuh. Kene teruskan. Kalau tak, kita akan jauh ketinggalan. Norrizat bukan orang yang layak bagi statement. Hanya mengelirukan guru dan masyarakat.

    BalasPadam
  5. kau ni kuat mengampu le !!!! aku bkn cikgu...tapi aku tau benda ni mmg hancur dan patut dihentikan ...hasilnya anak aku otambah pun tak tau...bkn je anak aku ramai lg budak sekelas dgn nya...dh x dek pekse bt apa nk ngajar.

    BalasPadam
  6. Bukan mengampu. Tapi menjelaskan apa yang tak jelas. Hihihi. Cikgu hailmi~ apa nk buat~~

    BalasPadam