.

.

KARTiKEL

Isnin, 11 November 2013

Visi dan Misi Baru KPM

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan Misi Baru KPM

 
Visi dan misi baru KPM adalah seperti berikut:-

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"


Dan buat semua yang nak tahu dan tertanya-tanya apa visi dan misi KPM yang lama, saya sediakan siap-siap kat bawah nih sebagai rujukan.. Kot-kot ler ada yang bandingkan ke, apa ke.. Mohon juga kepada yang membaca agar komen dengan membina dan ilmiah.



VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang 

MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti 


Pada pendapat saya, mungkin ini sebahagian daripada transformasi menjenamakan semula KPM supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa. Lagipun, yang terlibat nak tukar menukar visi misi ini bukan seorang dua. InshaAllah kumpulan yang bermesyuarat tersebut telah melakukan yang terbaik dengan mengambilkira semua perkara.

6 ulasan:

  1. Logo baru tu nampak lebih moden dan maju berbanding logo lama

    BalasPadam
  2. baguslah kalau begitu. harap semuanya terlaksana dengan baik.

    BalasPadam
  3. CN baru tahu sebab kena buat buku rekod..ingat masih yang lama..hehe

    BalasPadam
  4. hak3.. memang ramai tak perasan sebab diorang ubah masa cuti...
    memang bercuti betul tu.. ;)

    BalasPadam
  5. Terima Kasih atas perkongsiannya.. tengah mencari maklumat lama mengenai KPM hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga tercapai apa yang anda cari. :D

      Padam