.

.

KARTiKEL

Selasa, 19 November 2013

Saponifikasi : Proses Penyediaan Sabun

Saponifikasi (saponification) atau pun proses menghasilkan sabun ini adalah aktiviti mudah yang boleh dijalankan di rumah atau makmal sekolah. Cara paling senang untuk kita nak dapatkan sabun. Boleh belajar dan buat sendiri. Tetapi, awas! Sila amalkan langkah keselamatan tahap makmal, sebab kita ada gunakan bahan beralkali pekat yang boleh menghakis.

Saponifikasi : Proses Penyediaan Sabun


Saponifikasi
Bahan Yang Diperlukan
1. Minyak sayuran (minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak zaitun etc)
2. Natrium hidroksida pekat (NaOH)


Prosedur
1.  5cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar
2. Tambahkan sebanyak 50cm3 larutan pekat 5 mol dm-3 natrium hidroksida
3. Kacau dan panaskan campuran sehingga mendidih
4. Tambah lagi 50cm3 air suling dan 3 spatula natrium klorida (garam)
5. Didihkan campuran selama 5 minit
6. Turas keluar sabun tersebut


Kaedah Untuk Menguji Sabun
1. Ambil sedikit hasil tadi
2. Masukkan dalam tabung uji
3. Tambahkan air dan goncang
4. Buih akan terhasil jika produk akhir tadi adalah benar-benar sabun


Selamat Mencuba!!


8 ulasan:

  1. he3.. TQ Vee Lea.. sila gunakan masa cuti sekolah ini yer.. ;)

    BalasPadam
  2. mungkin boleh dapatkan kat kedai-kedai yang menjual bahan kimia. Tapi selalunya tak dijual begitu saja. Mesti ada surat dan kebenaran untuk membeli dan menggunakannya.

    BalasPadam
  3. Cikgu... Macam mana nak dapatkan Natrium Hidroksida? Jual kat mana?

    BalasPadam
  4. Cikgu...kalau gunakan larutan NaOH(bukan pekat) akan terhasil sabun x?

    BalasPadam
  5. Bru je buat eksperimen kat sekolah . Bestt! Balik umah nk buat pulak .huhu


    BalasPadam
  6. Selain L.natrium hidroksida apa larutan lain yg boleh kite guna ckgu ?¿

    BalasPadam