.

.

KARTiKEL

Sabtu, 16 November 2013

Pengaratan Besi

Pengaratan besi sebenarnya adalah merupakan kakisan yang berlaku pada besi. Tindakbalas pengaratan ini merupakan tindakbalas redoks (pengoksidaan dan penurunan). Selain besi, proses ini memerlukan air dan oksigen bagi membolehkan ianya berlaku. Jom kita baca lebih lanjut mengenai proses pengaratan besi ini.

Proses pengaratan besi

Proses pengaratan besi ini dapat diterangkan melalui 4 peringkat. Rujuk gambar di atas ok untuk tambah pemahaman anda. 


Peringkat 1
Bahagian tengah air akan bertindak sebagai anod / terminal negatif.
Besi, Fe akan kehilangan elektron menjadi ion Fe2+
Kehilangan elektron kita panggil pengoksidaan.
Fe2+ akan larut dalam air dan
Besi pun terkakis


Peringkat 2
Bahagian pinggir air akan bertindak sebagai katod / terminal positif
Oksigen (udara) akan terima elektron menjadi ion OH-
Penerimaan elektron kita panggil penurunan
OH- akan terhasil


Peringkat 3
Ion Fe2+ (Peringkat 1) akan bergabung dengan ion OH- (Peringkat 2)
Ini akan menghasilkan ferum(II) hidroksida
Ferum(II) hidroksida adalah pepejal berwarna hijau


Peringkat 4
Ferum(II) hidroksida dioksidakan oleh oksigen dalam udara dan bertukar menjadi ferum(III) oksida terhidrat
Ferum(III) oksida adalah pepejal berwarna perang
Ferum(III) oksida adalah KARAT


Senang jer kan? Jangan lupa untuk menghafal persamaan bagi setiap tindakbalas. Selamat berjaya!

7 ulasan:

  1. Pergh! rasa pening sikit sebab dah terlalu lama tinggalkan ilmu kimia nih!

    BalasPadam
  2. Hak3.. xpe.. polish2 sket.. mana tahu boleh ingat lagi

    BalasPadam
  3. mudah faham nota nie..
    K- Kimia
    I- Itu
    M- Mudah
    I- Insya-Allah
    A- A++

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk akronim KIMIA tu.. suker!

    BalasPadam
  5. Rusting meh favourite part

    BalasPadam
  6. boleh tak terangkan proses pengalvanian ,persamaan dan gambarajah

    BalasPadam
  7. sy nk thu keadaan besi slepas ia berkarat!! contohnya, bgaimna warnanya,berat dan bentuknya!! hrap blas

    BalasPadam