.

.

KARTiKEL

Sabtu, 23 November 2013

Kenapa Hidung Lelaki Lebih Besar Dari Hidung Perempuan?

Baru-baru ini sebuah universiti di Iowa telah membuat kajian dan mendapati hidung lelaki sebenarnya adalah 10 peratus lebih besar daripada hidung perempuan. Saiz ini diukur mengikut purata dengan saiz badan yang tertentu. Lucu kan bunyi nya? Agak-agak anda, kenapa hidung lelaki lebih besar daripada hidung perempuan?

Kenapa Hidung Lelaki Lebih Besar Dari Hidung Perempuan?
Gambar dari Pertandingan Hidung Paling Besar

Ini adalah kerana saiz hidung adalah dipengaruhi oleh keperluan orang lelaki untuk menghasilkan lebih banyak otot berbanding perempuan. Badan lelaki lebih banyak otot berbanding perempuan, menyebabkan hidung lelaki perlu bersaiz lebih besar untuk menyedut oksigen dengan sebanyak mungkin. Oksigen digunakan bagi menghasilkan otot dengan berkesan.

Dalam kajian tersebut juga mendapati saiz hidung mula menunjukkan perbezaan antara lelaki dan perempuan apabila bermulanya proses akil baligh. Dalam untuk menghasilkan otot yang banyak mengikut keperluan, maka oksigen diperlukan dengan kadar yang tinggi, dan 'memaksa' untuk hidung membesar bagi menampung keperluan tersebut.

Hak3..

Oke, sekarang dah faham..

Sumber
 

5 ulasan:

  1. hak3.. owh.. ngutuk orang yer...

    BalasPadam
  2. haha..macam itukah..baru gua tahu ni.

    BalasPadam
  3. lor.. hahaha.. patot la besar kemain aku pnye idong.. hehe

    BalasPadam