.

.

KARTiKEL

Isnin, 25 November 2013

Eksperimen SPOT Untuk Kertas 3 Kimia SPM 2013

Dalam tengah menyiapkan Pecutan Akhir untuk para pelajar saya, saya menemui satu perkara yang menarik dan patut dikongsikan. Iaitu ada satu tajuk eksperimen yang ditanyakan dalam hampir kesemua soalan percubaan Kimia Kertas 3 daripada negeri-negeri untuk tahun 2013 ini. Jadi saya menjangkakan, berkemungkinan besar, eksperimen tersebut berpotensi besar untuk keluar dalam soalan Kimia SPM Kertas 3 tahun ini. Jom kita terus tengok kepada eksperimen yang dimaksudkan.
*Soalan Percubaan SPM Kimia Kertas 3 : Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, SBP dan Pahang


Tujuan
Mengkaji kesan pada paku besi apabila ia bersentuhan dengan logam-logam lain


Pernyataan Masalah
Apakah kesan logam-logam lain ke atas pengaratan besi?


Hipotesis
Pengaratan paku besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif.
Pengaratan paku besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang elektropositif


Pembolehubah
Dimanipulasikan                : Logam yang bersentuhan dengan paku besi
Bergerak balas                   : Pengaratan besi
Dimalarkan                          : Saiz paku besi / Kepekatan elektrolit


Bahan
Paku besi, Pita Magnesium, Kepingan kuprum, kepingan zink, larutan kalium heksasianoferat(III), penunjuk fenoltalein


Radas
Tabung uji, Rak tabung uji, kertas pasir
 
Eksperimen Mengkaji kesan pada paku besi apabila ia bersentuhan dengan logam-logam lain



Prosedur
1.      Paku besi, pita magnesium, kepingan kuprum dan kepingan zink dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir.
2.      Paku besi yang dililitkan dengan pita magnesium dimasukkan dalam tabung uji A, paku besi yang dililitkan dengan kepingan kuprum dimasukkan dalam tabung uji B, paku besi yang dililitkan dengan kepingan zink dimasukkan dalam tabung uji C dan Paku besi dimasukkan dalam tabung uji D.
3.      Larutan agar-agar yang dicampurkan dengan larutan kalium heksasianoferat(III) dan larutan fenoltalein dituang ke dalam tabung uji A, B, C dan D.
4.      Tabung uji dibiarkan di rak tabung uji selama 2 hari.
5.      Pemerhatian terhadap perubahan warna dicatat dan dibandingkan.


Pemerhatian / Taburan Data


Tabung Uji

Pasangan Logam
Pemerhatian
Tompok Biru Tua
Keamatan warna merah jambu
Gelembung gas
A
Paku besi dan pita magnesium
Tiada
Tinggi
Banyak
B
Paku besi dan kepingan kuprum
Banyak
Rendah
Sedikit
C
Paku besi dan kepingan zink
Tiada
Tinggi
Banyak
D
Paku besi sahaja
Sedikit
-
-


Analisis
1.      Larutan heksasianoferat(III) berfungsi untuk mengesan kehadiran ion Fe2+
2.      Paku Tabung uji D terkakis sedikit
3.      Paku Tabung uji A dan C tidak terkakis
a.     Kerana Magnesium dan Kuprum lebih elektropositif daripada Besi.
b.     Magnesium dan Kuprum akan terkakis (korban)    
      4.   Paku Tabung uji B terkakis paling banyak
a.     Kerana besi lebih elektropositif daripada Kuprum


Kesimpulan
1.      Pengaratan besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih elektropositif (Magnesium)
2.      Pengaratan besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang elektropositif (Kuprum)


Perbincangan
1.      Logam perlu dibersihkan dahulu bagi membuang lapisan oksida
2.      Keamatan merah jambu paling tinggi pada magnesium. Ion hidroksida daripada air bergabung dengan ion ferum(II) semasa pembentukan karat.




NOTA : Wajib Hafal Siri Elektrokimia!

Memandangkan banyak negeri yang menguji pada eksperimen yang sama, saya berpendapat eksperimen ini wajarlah diberi sedikit perhatian. Namun masih kena ingat, jangan sampai tak baca eksperimen yang lain plak. Ini hanya sekadar ramalan yang diilhamkan daripada analisis soalan percubaan.

Hafal dan berdoa supaya eksperimen ini keluar untuk peperiksaan esok! Semoga anda berjaya! Kalau confirm eksperimen nih keluar esok, kita GWIYOMI ramai-ramai k! Good luck yer!


12 ulasan:

  1. harap keluar,amiinnnn...thank you cigu.....

    BalasPadam
  2. ok, noted .. hehe ..

    BalasPadam
  3. mintak sangatlh keluar...tq cikgu syg cikgu.hehe

    BalasPadam
  4. mintak sangatlh keluar...tq cikgu syg cikgu.hehe

    BalasPadam
  5. mudah2 keluar. saaayang cikgu! hihi

    BalasPadam
  6. Knp harus di bersihkn dgn krtas pasir

    BalasPadam
  7. alamak yang ni ada keluar kat kertas 2 section c laaa.huhuu rugi baru baca.

    BalasPadam
  8. ckg,yang english punya ada tak?

    BalasPadam
  9. Sebijik macam Kertas 2 SPM 2013

    BalasPadam
  10. tu lah.. spot kat lain, naik kat lain plak..
    xpe lah.. at least ada gak baca2 kan.. ;)

    BalasPadam