.

.

KARTiKEL

Isnin, 30 September 2013

Ujian Kompetensi ICT Guru dan Pentadbir Kementerian Pendidikan Malaysia

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah ujian ICT yang merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia


Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor




Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!




NEW Klik link di bawah untuk buat Semakan Keputusan Ujian Kompetensi ICT anda! NEW




Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG 'BACK' di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG 'SETERUSNYA' BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.



Makluman:
* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

60 ulasan:

  1. ok...apa hasilnya nanti? kalu tak capai had yg ditetapkan..apa tindakan dr BPG? kursus pulak ko?

    BalasPadam
  2. hmmm.. itulah... banyak sangat nak uji cikgu..
    jangan terkejut kalau lepas nih, bukan setakat cikgu Bahasa Inggeris saja yang kena ambik ujian, cikgu Sejarah dll pun kena ambik ujian masing2.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia tuan, saya nak tanya tuan, soalan kompentesi ict ini boleh jawab berapa kali tuan?

      Padam
  3. berkali-kali mencuba..akhir dapat menjawab dalam tempuh yang ditetapkan..soalannya beraras tinggi...ada ke kelas linus ict..guro aje

    BalasPadam
  4. buleh buat byk kali ke ujian tu? byk yg confuse jwb...keputusan tau kt mn?byk tanya he3...

    BalasPadam
  5. hu3.. saya pun blom jawab lagi nih.. rasanya sekali je lah kot.. ;)

    BalasPadam
  6. kalau jawab tak ikut tarikh yg ditetapkan.....bolehkah....rasanya takdok masalah kan

    BalasPadam
  7. Apa contoh soaln ek?

    BalasPadam
  8. Apa tujuan ujian ni....smua cg dok sibuk dgn mcm2 keja....nk sdia soalan murid lg...dhla sistem internet xmmuaskan....

    BalasPadam
  9. masa-masa hujung tahun ni, memang sibuk nak sttlekan kerja semua sebelum tutup sekolah..
    nak buat camana..
    "Saya Yang Menurut Perintah"

    BalasPadam
  10. line YES memang tak memuaskan, kalau guna schoolnet/ TM yg lama lagi stabil. kementerian terpaksa tutup mata sebab 1BestariNet/YES itu dimiliki oleh kroni.

    nak buat camana..
    "Saya Yang Menurut Perintah"

    BalasPadam
  11. Jawab dah tadi..kalu lambat,keluar,masuk bali..ngam2 je ngan masa..duk pusing2 dlm 1 min lebih setiap soalan,kalu keluar..masuk balik,baru masa yg diberi tu dikira,bukan "0" semula...sambung dimana kita berhenti...tak samamengikut gred cg

    BalasPadam
  12. hu3.. saya masih belum lagi memandangkan belum sampai tarikh yang ditetapkan..
    harap segala masalah dapat diselesaikan oleh pihak berkenaan dengan segera.. ;)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum...kwn2 yg dh jwb soalan2 ni harap dpt la bgi klu cth2 soalannya.....tq atas kerjasama kalian kalau dpt bgi klu....

    BalasPadam
  14. nak jawab no problem, tapi talian internet...sangat perlahan. sepatutnya soalan tentang kompetensi talian suruh pemilik provider yang jawab, claim laju tapi macam hampeh...

    BalasPadam
  15. Saya dah jawab. cth sln; Kalau seorang rakan nak menggunakan email. Apakah yang akan anda sarankan kepadanya?
    I. Komputer
    II. Talian internet
    III. Printer
    IV. Scanner

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan III
    D. II dan IV

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tanya.masa menjawab berapa minit?30 soalan kan

      Padam
  16. cth sln; Untuk menaipkan huruf besar dalam aplikasi Words MSOff, selain menggunakan Caps apakah cara lain?
    A. Ctrl
    B. Shift
    C. Alt
    D. Del

    BalasPadam
    Balasan
    1. Answer B.
      Semua soalan berbentuk mcm ni saja ke?

      Padam
  17. dari petang td sampai la ni tak leh siap lagi..baru soalan n0.26 letih sungguh. sapo punya idea nih. memang menyusohkan. diaorang tak fikir ke masalah seperti pbs pasti berlaku

    BalasPadam
  18. Masa yang diberi sungguh terhad...Dari satu soalan ke soalan seterusnya mengambil masa 2 -3 minit..Dalam masa kita menunggu itu, masa tetap berjalan...so stupid idea

    BalasPadam
  19. 30 soalan - 40 minit...selepas menjawab satu-satu soalan, kena tunggu soalan berikutnya yang mengambil masa yang agak lama..wasting the time..putus..sambung semula..who create and invented all this nonsense..nak bagi anugerah nii...!

    BalasPadam
  20. yang duduk pejabat boleh laa...takde kerja..so, cipta kerja tambahan untuk guru..wajib jawab dengan masa yang terhad....korat kau..kerja yang diberi tak canggih langsung dan sangat menyusahkan...Server Error Server Error...Server Error...Web server received an invalid response while acting as a gateway or proxy server...WHAT THE HELL..!

    BalasPadam
  21. Nak buat biarlah segalanya diambil kira ... Ni yang susahnya ... Masalah ... Masalah ... Masalah ...

    BalasPadam
  22. dari pagi tadi sampai ke malam dah ni, nak masuk pun tak boleh! tak jadi kerja dok bertunggu tangga depan pc ni.! byk masa terbuang macam tu saja...

    BalasPadam
  23. Berkali-kali malam ni untuk menjawabnya ... Namun server error semacam ... apa hal ni ... nak buat macam mana ??? Rasanya dah jawab hingga sudahlah ... So, sorry ye ... Tunggu punya tunggu macam tu jugak ...

    BalasPadam
  24. Terima kasih kepada guru yang berkongsi pengalaman menjawab kat atas nih.. Semoga kita semua beroleh manfaat..

    Berdebar saya nak tunggu giliran nak jawab ujian.. ;)

    BalasPadam
  25. Boleh semak tak keputusan... kalau boleh, tolong sertakan Link untuk semak... tq

    BalasPadam
  26. kenapa sy baru jwb 5 soalan shj td.kemudian server error..ni buka balik dia tulis da selesai...mnta tlg siapa tahu

    BalasPadam
  27. ni saya bg link jawapan kepada smua soalan ujian kompetensi ni.. soalan2 sebijik sama.. cuma dia tukar nama org putih kepada nama2 org malaysia..nama2 tempat di malaysia.. aduhaiii nya pun pegawai kpm.. hihi.. senang2 kena tiow ngan microsoft malaysia

    http://zavantag.com/docs/2122/index-48112.html

    BalasPadam
  28. pelan PPPN guru kenalah kuasai ict supaya anak yag didik menjadi manusia serba boleh dlm semua aspek barulah dpt membangunkan negara,bukab gitu brother

    BalasPadam
  29. saya jawab dgn line yes ada sedikit masalah.. tapi guna line lain ok... boleh log in dan log out ikut kesesuaian masa saya... pakai smartphone je.. yg penting menguji juga tahap ict saya.. respons rakan guru lain.. aplikasi seharian.. so masing2 takde masalah.. yg tak pernah kisah ict.. pyh sikitler.. klu suka meniru tu.. buatlah apa pun.. meniru juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai pendidik cuba lah jawab dengan jujur. Tak payah nak meniru. Jawab jujur supaya dapat mengukur tahap pengetahuan ICT supaya dapat memajukan diri sendiri.

      Nih ada sebahagian guru asik complain je..

      Padam
  30. tolong jawab kat member...kita guru swasta x dop plak kena jawab soalan IT nie???erm

    BalasPadam
  31. soalan no 14 . pilihan jawapan tiada nombor III..... 1,11, IV dan V....nak jawab lagu mana ni....

    BalasPadam
  32. Klu ada ceroboh ic kita dan dia jwb...jd lagu mn?

    BalasPadam
  33. ujian aras tinggi...soalan random...setiap org susunan soalan berlainan

    BalasPadam
  34. Adakah ADIL sekiranya ujian yang sepatutnya di buat secara individu tapi di buat oleh orang lain yang memang pakar dalam ICT sedangkan orang yang ditolong tu hanya sekadar tau menaip dengan komputer senang kata hampir "buta komputer'. Ada isteri yang suaminya tolong buatkan. mudah kata sub je pada mereka yang pakar dengan cara menaipkan id (IC) senang cerita x payah nak fikir teruk2. . Bagi saya kalu nak buat , adakan ujian berpusat spt ujian PTK, walaupun sukar dan memerlukan peuntukan tapi ianya saya rasa lebih ADIL. Tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, memang tak adildik oii.

      Padam
    2. Memang tidak adil dik oi.

      Padam
  35. Baru jer lps buat ujian ni...agk ssh juga rasenyer...hantam saja la labu...tp takut gak kena p course ict plak nxt yr ke...adoi...kantoi...tadi panik gak sbb x leh log in,jenuh gak la try byk kali,mujur cpt gak broadband celcom ni...syukur...kite ni mcm2 kena buat,dtmbh ujian ni lg...gaji x naik ker? Kot2 la nk bgi elaun internet ker kat cikgucikgi ni yg dok online masuk data mcm2 ni...huhuhu...

    BalasPadam
  36. Itu yg dikata guru seorang profesional.. masa rintis di sekolah saya dulu dinyatakan ini soalselidik berbentuk ujian utk latihan peningkatan diri.. jika pendidik menipu.. meniru.. pendidik yg rugi peluang peningkatan diri masa latihan.. yg lagi rugi murid yg memerlukan pendidik guna ict sekali sekala semasa mengakar.. now ada vle pulak... sekolah saya guru guru dah mula tanya2 takde kursus ict ke... diorang x mahur ict.. lagila mak guna vle.. murid murid suka bila beljar guna ti sekali selala..

    BalasPadam
  37. nak cuba nanti...:p

    BalasPadam
  38. Jawablah ikut kemahiran diri.... kan semua dah gi kursus integriti

    BalasPadam
  39. Jawablah ikut kemahiran diri.... kan semua dah gi kursus integriti

    BalasPadam
  40. YG DUDUK KAT PEDALAMAN NI MCMANA,BEKALAN ELEKTRIK X ADO ,HUJUNG MINGGU AJE DAPAT BUKA KOMPUTER 2PUN BEREBUT DGN HERO2 YG AYSIK NAK MAIN GAME.JD ELOK JGA MCM SY NI KENA PGI KURSUS LGPUN BENDA BAIK UTK DIRI N GENERASI AKAN DTG

    BalasPadam
  41. tahu kah anda, sistem yg di laksanakan utk guru2 sebenarnya adalah kajian seseorang pegawai, untuk mendapatkan phd, kita ni hanya lah sebagai alat untuk merealisasikan impian phd mereka. bab talian internet mcm hampeh...ini lah pendapat peribadi saya. klu salah maafkan.

    BalasPadam
  42. Dah buat tapi ada gak prog biasa guna bila nak jawab confuse la pulak. tau guna tp x hafal
    terms.

    BalasPadam
  43. Lega rasanya baru selesai menjawap soalan. Macam mana keputusannya nanti dan kat mana @ mengetahuinya. Tqvm bro....

    BalasPadam
  44. Saya baru jawab pagi tadi. Ok. Tiada masalah. 30 soalan dan masa diberi 40 minit; soalan berbentuk aneka pilihan ...A,B,C,D. Klik yang kita rasa betul. Jawablah dengan ikhlas. Mungkin KPM nak melihat sejauh manakah tahap kompetensi guru dan apakah bentuk bantuan yang perlu diberi kepada guru jika perlu.

    BalasPadam
  45. macamana nak tau result ujian? nak cek kat mana ye. boleh bantu x.

    BalasPadam
  46. Topik yang menarik.. bagus admin keep it up.. Muka pn hansem.. not bad.. apapn syabas cikgu Hilmi.. Awak mmg layak utk dianugerahkan tokoh guru bagi tahun 2013... Segak dan bijak..

    BalasPadam
  47. Baru ajo hbs bengkel Froq VLE,dengor khabor guru bahasa keno ambik ujian kompentesi pulak tahun depan,cg skrang bukan setakan nak ngajor tpi keno kuasai segalo2nya.Ok slmt menghadapi spm&stpmhri Rabu ni kpd calon exam 2013,moga kalian cemerlang

    BalasPadam
  48. bodoh betul ujian ni..bukannya telus pun..susah2 suruh kwn yg pakar dlm ict ambil..jadi macm mana tu? ujian ni pula dijadikan sebagai pengukur tahap penguasaan ict seseorg gurur.alangkah bodohnya idea ini...

    BalasPadam