About Me

Sekolah Pasang CCTV Dalam Tandas, Ibu Bapa Naik Angin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran telah memulakan siasatan ke atas sebuah sekolah menengah yang didakwa telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas sekolah itu. Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan mengesahkan bahawa siasatan ke atas perkara itu sedang dijalankan pihaknya.

Sekolah Pasang CCTV Dalam Tandas

"Kami sedang menyiasat dakwaan tersebut dan memastikan samada kementerian telah dirujuk oleh pihak sekolah (dalam meluluskan pemasangan CCTV).


“Kami juga sedang menyiasat sebab pemasangan CCTV tersebut dan sekiranya ia adalah melanggar hak peribadi murid-murid ,” kata beliau kepada Astro Awani.


Ini adalah kontroversi terbaru yang melanda sekolah di negara ini selepas insiden makan dalam ‘tandas’ di SK Seri Pristana dua bulan lepas.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan bahawa SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur telah memasang CCTV dalam tandas murid perempuan dan lelaki sekolahnya.

Sekolah itu dikatakan telah memasang 64 buah CCTV bernilai RM100,000 selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran.
Pemasangan CCTV ini telah mencetuskan kemarahan segelintir ibu-bapa yang mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang perkara itu. Malah, mereka juga berkata mereka tidak pernah menerima sebarang surat meminta persetujuan yang dikatakan dihantar oleh pihak sekolah pada bulan Jun untuk mendapatkan kelulusan mereka ke atas pemasangan kamera tersebut. Sebahagian daripada mereka akan memutuskan apakah bentuk tindakan lanjut yang bakal diambil hari ini.

Dalam mempertahankan pemasangan CCTV itu, guru besar SMK Seri Sentosa, Hajah Rahmah Abd Haji berkata surat meminta persetujuan itu telah dihantar kepada ibu-bapa dan penjaga 2,100 murid-murid sekolah tersebut.
Rahmah berkata, pada mulanya hanya 30 peratus daripada ibu-bapa itu memberi maklum balas negatif, tetapi kemudiannya mengubah fikiran mereka selepas mendengar penjelasan sekolah itu.

Rahmah juga berkata CCTV tersebut diajukan ke arah sinki dan tidak boleh digerakkan untuk mengacukannya ke arah tandas.
Rahmah menambah hanya beliau seorang sahaja yang mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV tersebut sekiranya menerima sebarang aduan daripada guru disiplin. Katanya lagi, CCTV dipasang untuk mengelakkan masalah sosial seperti vandalisme, pergaduhan dan ponteng sekolah. 

Sumber

Catat Ulasan

3 Ulasan