About Me

Pelajar Ponteng Kerana Cikgu Membosankan?

Bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenal pasti antara sebab utama sebahagian besar pelajar sekolah menengah, ponteng. Ketika di dalam kelas, pelajar yang dikategorikan sebagai lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas. 

Pelajar Ponteng Kerana Cikgu Membosankan?

Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Zahari Ishak, berkata personaliti guru dan keadaan persekitaran dalam sekolah adalah faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu dan akhirnya mengambil jalan mudah untuk ponteng.

“Kajian dilakukan juga mendapati antara sebab pelajar hilang minat belajar dan seterusnya bertindak ponteng ialah cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami terutama bagi subjek kritikal seperti Matematik.

“Punca lain adalah personaliti guru yang bersikap negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas,” katanya pada pelancaran monograf bertajuk ‘Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal’ di sini, semalam.

Monograf dilancarkan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye itu adalah hasil kajian 10 bulan sejak April tahun lalu oleh sepasukan penyelidik diketuai Dr Zahari dan Dr Low Suet Fin, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, serta beberapa pelajar ijazah sarjana.  Penyelidikan yang dibukukan dan sudah dicetak 1,000 naskhah sebagai rujukan itu diterbitkan MCPF dengan kerjasama Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan.

Dr Zahari berkata, hasil temubual yang dijalankan terhadap 472 pelajar ‘kaki ponteng’ sebagai sampel kajian dari 15 sekolah Semenanjung Malaysia di kawasan bandar, luar bandar, pulau dan FELDA, mendapati hampir 80 peratus menyatakan mereka suka ke sekolah tetapi sebaliknya tertekan dengan cara guru kelas.

“Mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat yang sama.

“Ada juga yang sanggup ponteng kerana tidak suka belajar subjek tertentu terutama Sejarah selain tidak suka dengan polisi pentadbiran sekolah yang mengutamakan pencapaian akademik hingga mengabaikan pelajar yang ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata, kajian turut menunjukkan tidak semua kaki ponteng itu pelajar yang kurang bijak namun pihak sekolah dilihat gagal untuk memupuk rasa suka untuk pelajar datang ke sekolah atau memberi tumpuan khas untuk pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. Sementara itu, Lam Thye berkata, berdasarkan rekod kementerian pada 2010 menunjukkan 111,484 pelajar terbabit dalam pelbagai masalah disiplin dan untuk kes ponteng sekolah, mencecah 19,545 kes.


Sumber


p/s: Best nya jadi pelajar sekarang.. Lepas nih, ramai-ramai sesuka hati boleh ponteng sekolah atas alasan bosan dengan personaliti cikgu. Lepas tu, jangan lupa juga gunakan alasan yang sama untuk perkara berikut; kes jenayah pelajar - salah cikgu... pelajar tak pandai - salah cikgu... Best kan jadi cikgu?...
 
 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. True. I did this before. Hahah. But Sejarah is my favourite subject! =)

    BalasPadam
  2. haha betul jugak ni. Yang Cikgu membebel tu yes memang bosan la. kita dtg sekolah nk belajar tapi dia membebel smpai abis waktu haishh haha :) btw, cikgu kimia, ajar sy boleh ? heeehi

    BalasPadam
  3. Pelajar skang trlalu dimanjakan.... tugas guru skang trsangt mencabar..terutama nak mmbentuk manusia yg dr pelbagai latar belakang.

    BalasPadam