.

.

KARTiKEL

Isnin, 9 September 2013

Kebaikan dan Keburukan Vitamin C

Ramai yang percaya pil dan suntikan vitamin C  mampu mengekalkan awet muda. Tekstur kulit tampak cantik, halus, mulus dan tegang. Selain itu juga Vitamin C memberikan keajaiban untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin C sudah dikaji sejak sekian lama. Hasilnya ia bukan hanya sekadar testimonial tetapi keputusan hanya untuk sistem kulit. Kesan lain tidak dapat dipastikan secara konsisten dan bukti kukuh terhadap maklum balas lain. 

Keburukan vitamin C

Mungkin juga ada tidak tahu, pengambilan vitamin secara berlebihan boleh menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram (gm) bagi dewasa yang mempunyai berat badan 70 kilogram. Selain itu pengambilan secara berlebihan juga sangat bahaya pada pesakit ginjal dan boleh juga membawa kematian. Kesan sampingan akan berlaku secara pasti pada hampir keseluruhan individu yang mengambil dos melebihi 3 gm sehari dan biasanya akan mengalami cirit birit.
Bagaimanapun, penggunaan atau pengambilan vitamin C sama sekali tidak dihalang, sebaliknya pengguna perlu lebih berhati-hati dan mendapat penjelasan yang lengkap dan jelas sebelum mengambilnya.

Apatah lagi, tiada siapa dapat menyangkal kebaikan vitamin C kepada sistem tubuh badan manusia kerana ia membantu tubuh berfungsi dengan normal. Ini berikutan, badan tidak mampu menyimpan vitamin C, disarankan supaya mendapatkan vitamin C setiap hari.
Bukan saja ia terkenal untuk kesihatan badan, tetapi turut memberi impak positif kepada kecantikan seseorang. Justeru, ada sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit dan berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber vitamin C tidak kira secara semula jadi; bentuk pil atau suntikan serta sebagainya kerana yakin dengan khasiatnya. 



Kebaikan vitamin C

Vitamin C juga diketahui mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu, vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi.

Tetapi yang membimbangkan, dalam keghairahan mengejar ‘nikmat’ daripada vitamin C ada mengambil jalan singkat dengan mengambil dalam kuantiti atau dos berlebihan. Sangka mereka, lebih banyak lebih baik, tetapi sebaliknya sehingga memberi risiko tinggi dan memudaratkan diri. Jika seseorang itu mengambil lebih vitamin C daripada keperluan sebenar badan, vitamin C berlebihan itu akan dikumuhkan daripada badan melalui air kencing.

37 ulasan:

  1. I take 1000mg everyday.. o.O

    BalasPadam
  2. vitamin c ni memg penting...

    BalasPadam
  3. masalahnya...macamana nak tau sukatan yg kita ambil?kekadang banyak vit yg tersembunyi dlm makanan yg kita tak tahu

    BalasPadam
  4. untuk vitamin C, ni saya lebih suka memilih yang semulajadi.

    BalasPadam
  5. vitamin c memang amat bagus untuk kecantikan kulit

    BalasPadam
  6. Baru cuba ambil pil Vitamin C ni.. Makan sebiji pagi dan sebiji malam.. Satu biji 250mg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah ada kesan bagus tu..
      saya pun baru mula amalkan balik Vitamin C
      tapi sebiji untuk 2 hari ler.. ;)

      Padam
  7. saya penggemar vitamin c..lawati blog saya..www.akukaksu.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Saya penggemar Vitamin C...sehari sebiji...

    BalasPadam
  9. saya pun pengamal Vitamin C. sebelum ni amik sebijik sehari. Tapi sejak pakar kata blh amik...sehari at least 6 biji sehari..saya tambahkan dose lagi. So far x de ape2 feddback yang buruk.

    BalasPadam
  10. saya pun pengemar Vitamin-C. Pengambilan 1000mg sehari dan selepas 5 hari memang teruja dengan hasil. :) harga pun jimat hanya RM20 seminggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah,... bagusnya.. harga berpatutan dengan hasilnya.. ;)

      Padam
    2. murah tu nurul beli kt mana?

      Padam
    3. Saya juga ambil vit c 1000 mg..alhamdulillah..10 biji rm 13..beli d klinik..jenama cibeon

      Padam
    4. Saya juga ambil vit c 1000 mg..alhamdulillah..10 biji rm 13..beli d klinik..jenama cibeon

      Padam
    5. beli kat farmasi haraga rm9.90 sahaja.

      Padam
  11. Memang btul..saya ambik vit c 1000mh sehari..
    Kulit jd lembab..beza bila x ambik kulit jd kering..
    Jerawat kurang bila ambik vit c..
    Saya kurang gemar makan apa2 vitamin tp terpaksa cuba sebab kulit jerawat banyak..
    Memang penting vit c ni.

    BalasPadam
  12. saya mengambil vitamin C 2bijik sehari 1000mg pagi dan malam... pagi jenis minum malam jenis tablet... so far ok dan jerawat kat belakang makin kurang daripada yang dulu... muka dulu teruk,penuh dengan jerawat sekarang Alhamdulillah, makan vitamin c setiap hari jerawat makin kurang tapi ambik masa sikit 2-3 bulan... sambil pakai product muka kena pilih dgn btl kalau salah pilih abis rosak kulit muka :( vitamin c mmg elok untuk kulit :) amalkan selalu

    BalasPadam
  13. Saya beli Vitamin C dari Product "NOW" from USA beli online lebih murah dibandingkan harga kat Malaysia... RM70- 80 untuk 250 tablets boleh tahan berbulan2 sangat jimat , Harga kat Malaysia tak dapat harga mcm ni.. RM150 keatas untuk 250 tablets :( tak termasuk GST lagi... beli barang dr USA tak kena GST tapi sangat berbaloi dan ORI :) InsyaAllah Halal ... Vitamin C mmg terbaikkkkkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh akk tau beli d mana ya..klu boleh bg akk contact no..or link..tqvm

      Padam
    2. Sy mengamalkan vitamin C 1000mg jenama Quest..dari Birmingham UK..sustained release..original vitamin C..World Brand setanding jenama Blackmores di farmasi..memang terbaik..boleh google search untuk tau lebih lanjut..hehe..berminat boleh whatsapp 019-7655852..Shila

      Padam
  14. saya juga amalkan vitamin C 1000mg 'sustained release' dari Shaklee setiap hari..Hasilnya sangat memberansangkan..sudah 2 tahun diamalkan..yang paling best dapat berhenti merokok..Alhamdulillah..lawati blog saya http://www.affhazhealthylife.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. dgn vit c shaklee blh juga untuk berhenti rokok?

      Padam
  15. Tq perkongsian yang bagus..memang betoi tu vitamin c memang bagus untuk kulit ..saya pun amalkan sebab dulu sering selesema dan lemah

    BalasPadam
  16. saya juag amalkan vitami c dan menjualnya. vitamin c yg saya jual sejenis serbuk .. dan ada lebih 80 testimoni berjaya dari pengguna vitamin c powder nie..
    boleh terus whatsap saya 017 4085540 utk mendapatkannya..

    1 botol rm 30.00 free pos ( sm )
    3 botol rm 80.00 free pos ( sm )
    4 botol rm 100 .00 free pos ( sm )

    facebook : ain azuani
    page : sparkle starawberry serum & vital white essence & vitamin c powder

    BalasPadam
  17. saya juag amalkan vitami c dan menjualnya. vitamin c yg saya jual sejenis serbuk .. dan ada lebih 80 testimoni berjaya dari pengguna vitamin c powder nie..
    boleh terus whatsap saya 017 4085540 utk mendapatkannya..

    1 botol rm 30.00 free pos ( sm )
    3 botol rm 80.00 free pos ( sm )
    4 botol rm 100 .00 free pos ( sm )

    facebook : ain azuani
    page : sparkle starawberry serum & vital white essence & vitamin c powder

    BalasPadam
  18. Saya juga penggemar vitamin C. Saya ambil yang jenis pil dengan kandungan bahan semulajadi. Sebelum ni saya makan 1biji sehari (1000mg), tapi selepas terkena eczema, saya up dose hingga 5 biji sehari atas saranan doktor pakar. Alhamdulillah, eczema saya beransur kurang, boleh kata dah hilang pun. Puas hati lah..harga pun murah RM0.50 je sebiji.

    Jemput lawati blog saya. http://superbfamili.blogspot.my/

    BalasPadam
  19. Saya amalkan vit c ( SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS 500MG) untuk merawat dalaman dan mengatasi jerawat di samping pengambilan air yang banyak. Suami pula ambil untuk resdung bersama Alfalfa Shaklee. ALHAMDULILLAH, sangat berkesan. Tak mudah demam dan bersin seperti dulu, dulu seminggu sekali demam bergantung kepada keadaan. Beli 1botol tahan 6 bulan. Boleh je beli daripada saya(sms/whatsapp ke 019 4101586). My blog http://mamapaparea.blogspot.my/

    BalasPadam
  20. Doc, kalau umur 18 tahun makan vit c 1000mg ada ape2 kesan ke? More to kebaikan or keburukan? Sebab saya baru nak try consume vit c. Please doc explain. Lagi satu , berat saya 53kg, boleh ke consume 1000mg?

    BalasPadam
  21. Jika ingin mengambil vitaminc dapatkan nasihat dr dahulu...dapatkan rawatan kulit daripada mereka yg pakar:) vitaminc mmg bagus utk tubuh

    BalasPadam
  22. Asalamualaikum saya rambut gugur selepas mkn vitamin c adakah ia kesan awal saya mkn vitamin c mohon penjelasan tq.

    BalasPadam
  23. Sy mengamalkan supplement vitamin C 1000mg jenama Quest..original vitamin C dari Birmingham UK..kesan sngat bagus sbb ada 'time release'..setanding jenama lain di farmasi seperti Bio Life dan Blackmores..boleh google search untuk info lanjut..atau sms/whatsapp 019-7655852 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian..Shila

    BalasPadam
  24. Saya pon kategori pengamal tegar vitamin c. Saya ada eczema, selalu juga muka flare. Jadi saya memang memerlukan vitamin c šŸ˜Š

    BalasPadam
  25. Saya pon kategori pengamal tegar vitamin c. Saya ada eczema, selalu juga muka flare. Jadi saya memang memerlukan vitamin c šŸ˜Š

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum..

    Boleh bagi pencerahan ttg vit c dlm bntuk tablet atau serbuk, mana lebih mudah larut & meresap?

    Bagaimana pula jika sesuatu vitamin itu hasil campuran ekstrak buah2an, kolagen, serbuk mutiara??

    Apakah kategori /jenis vitamin seperti itu??


    Terima Kasih

    BalasPadam
  27. dos vitamin c yg berlebihan menyebabkn kepala sy pening... jd sy kurangkan dr 1000 ke 250mg

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum cikguhilmi, saya remaja berusia 20 tahun berat badan pn 39kg .. saya ada penyakit kulit ekzema , badan saya memang selalu lemah, dan saya x aktif bersukan.. saya ada baru beli vit c 1000mg.. sesuai ke utk badan saya, sebelum ni saya pernah ambil 250mg..

    BalasPadam