.

.

KARTiKEL

Ahad, 15 September 2013

Guru Tiada Semangat Mengajar?

Ramai guru lepasan institusi pengajian tinggi atau institut pendidikan guru (IPG) tidak memiliki semangat untuk mengajar, ekoran profesion itu adalah jalan terakhir untuk mengelak daripada menjadi penganggur. Disebabkan itu, boleh dikatakan ramai guru tidak mampu menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya pilihan utama. Pernyataan itu adalah salah satu resolusi yang dibangkitkan dalam Forum Konsep Baharu Pendidikan Abad Ke-21 yang diadakan di Universiti Malaya hari ini.

Guru Tiada Semangat Mengajar?

"Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul akan memberi kesan kepada anak-anak kita terutamanya yang baharu memasuki sekolah rendah kerana tiada guru yang betul-betul bersemangat tentang kerjayanya," kata peserta forum tersebut, Datuk Naim Mohamad yang menyertai forum tersebut.

Forum anjuran Global Peace Festival Malaysia dan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Pemantauan Universiti Malaya itu turut dihadiri panel-panel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Mereka ialah Timbalan Pengarah Kementerian Pendidikan, Dr. Azian Syed Abdullah; Pengasas dan Pengarah Eksekutif LeadIn Amerika Syarikat, Dr. Tony Devine; Ketua Pegawai Eksekutif Mindvalley Engage and Mindvalley Publishing, Veena Sidhu dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, Datin Noorul Aini Ambak.

Selain itu, resolusi itu turut menyatakan bahawa persekitaran di IPG-IPG mempengaruhi kesan psikologi kepada bakal-bakal guru yang mana ada di antaranya masih berada di takuk lama sama ada dari segi peralatan, kemudahan dan lain-lain. Berbanding dengan sekolah, perubahan berlaku setiap masa selari dengan kehendak sistem pendidikan rendah dan menengah yang dikehendaki kerajaan.

Begitu juga, didapati bakal-bakal guru yang terpilih mestilah dilengkapi ilmu pengetahuan yang terbaik kerana ada di sesetengah sekolah, pelajar lebih bijak daripada guru. Sementara itu, Noorul Aini tidak menafikan kualiti sesetengah guru tidak begitu membanggakan kerana ada yang masuk menggunakan 'pintu belakang'.

"Risiko inilah yang menyebabkan ramai guru tidak bersemangat atau ala kadar menjalankan tugas masing-masing kerana mereka tidak berminat sebenarnya," katanya.

Tambah beliau, kerajaan perlu melihat pelbagai faktor yang menyelubungi masalah guru dan menanganinya dengan baik berbanding dibebani dengan pelbagai kerja-kerja sampingan lain yang boleh menjejaskan fokus guru.

Sumber


p/s: Senangnya kerja mereka... Balik-balik cikgu juga yang disalahkan, terutamanya Cikgu KPLI. Tapi yang sistem pendidikan negara berterabur kucar kacir, sekejap tukar itu, sekejap tukar ini, nak salahkan siapa pula?.. 

8 ulasan:

  1. sistem sentiasa bertukar mangsa nya guru dan anak2 murid, harap jangan kerap sangat ubah sistem :)

    BalasPadam
  2. Walapun kampus kami jauh dr bandar dan sekolah praktikal jauh dari kampus, kami siswa pendidik sentiasa bersemangat untuk menjadi pendidik yang mempunyai 'jiwa pendidik' kelak.

    BalasPadam
  3. Jangan kerana seorang dua yang bermasalah, habis yang lain pun kena label benda yang sama.. inshaAllah kita sentiasa terus berusaha untuk jadi guru yang terbaik.. ;)

    BalasPadam
  4. Salah kan orang memang kerja mudah. Semua orang suka buat macam tu. Susah nak cari orang yang cari salahnya sendiri dan perbetulkan

    BalasPadam
  5. Sokongan & kepimpinan yang diberikan kepada cikgu pada permulaan perkhidmatan amatlah penting. Itu yang bantu membentuk saya kepada guru yang saya jadi hari ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup setuju.. kalau sokongan dan kepimpinan masa awal2 jadi cikgu tuh bagus, inshaAllah kita dah berada pada laluan yang betul.. jadi cikgu yang terbaik!

      Padam