About Me

85 Peratus Sekolah Sudah Dilengkapi 1BestariNet

Lebih 85 peratus daripada 10,094 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan sudah dilengkapi dengan sistem 1BestariNet yang menjadi gerbang sesawang pembelajaran. Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata baki 15 peratus lagi sistem itu terutama di Sarawak akan disiapkan penghujung tahun ini. 

85 Peratus Sekolah Sudah Dilengkapi 1BestariNet

“Di Sarawak ada masalah menyediakan jaringan sesawang tetapi ia sedang dilaksanakan,” katanya selepas melancarkan 1Bestari Frog Virtual Learning Environment (VLE) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar Diraja, di sini, semalam.

1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk melakukan perubahan pembelajaran menggunakan internet dan teknologi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.


Menerusinya, semua sekolah akan dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps for Education dan Frog Store.

Kamalanathan berkata, kementerian ketika ini sedang melakukan kempen memperkenalkan sistem 1BestariNet itu dan mendapatkan maklumat dan maklumbalas daripada semua sekolah. 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. LMS dia guna frogvle, sistem frog ni boleh interaksi antara cikgu, murid dan ibubapa murid ke. yang penting itula multi communication

    BalasPadam
  2. bagus lh.. tapi mesti pastikan juga keseimbangan antara bandar dengan luar bandar.. sediakan prasarana yg mencukupi juga utk luar bandar..

    BalasPadam
  3. kerajaan byk belanja utk frog vle. setiap hari sekolah dipantau penggunaan bestariNet dan frog vle.

    BalasPadam
  4. semoga ramai yang beroleh manfaat.. terutamanya kami yang di luar bandar ni.. ;)

    BalasPadam
  5. sekolah cikgu x de lagi ke. skola sy project school.

    dashboard dia fashion lame...sy dh biase guna blogger jd bila guna frog jd serba tak kena.

    BalasPadam
  6. blom lagi cikgu Zamrud.. mungkin diorang tengah usahakan lah kot ;)

    BalasPadam