.

.

KARTiKEL

Isnin, 19 Ogos 2013

Sekolah Terapung Makoko di Nigeria

PROGRAM: Sekolah Terapung Makoko , Pusat Komuniti Makoko KELUASAN: 220 m2 STATUS: Siap pada 2 March 2013 SOKONGAN: United Nations Development Programme/Federal Ministry of Environment (AAP) & Heinrich Böll Foundation PASUKAN: Kunlé Adeyemi, Lisa Anderson, Thijs Bouman, Leslie Ebony, Marije Nederveen, Segun Omodele, Adekunle Olusola, Chryso Onisiforou, Martin Oreoluwa, Berend Strijland & Monica Velasco Komuniti Makoko Waterfront: The Baales of Makoko/Iwaya Waterfront Community, with special mention of Baale Emmanuel Shemede, Noah Jesutin Shemede, Jeunbete Shemede, Makoko Community Development Association & Youth Leaders and Makoko Floating School building team. KOLABORASI: Blok Kats van Veen Architects, Dykstra – Naval Architects, Thieu Besselink, Roel Bosch, Urhahn + Borra, Pieters Bouwtechniek, Ikeyi & Arifayan, Solarmate Engineering Ltd., Renderings Tim van Bentum

Sekolah Terapung Makoko di Nigeria


Syarikat The Heinreich Boell Stiffung dan juga rakan kongsi NLE, dengan diketuai oleh seorang arkitek Nigeria, Kunle Adeyemi telah melakukan perkara yang luar biasa, iaitu dengan menyediakan sekolah terapung Makoko di negeri Lagos, Nigeria. Sekolah dengan ketinggian tiga tingkat tersebut dibina di atas 16 platform terapung yang diikat bersama, serta mampu menampung sehingga 100 orang pelajar dan guru. Mereka juga beranggapan, sekiranya projek tersebut berjalan lancar, maka ia nya akan dilaksanakan pula kepada kediaman penduduk dalam komuniti Makoko di sana.

Sekolah Terapung Makoko di Nigeria

NLE berharap dapat membangunkan senibina baharu bagi perkampungan air di bandar pesisir pantai Afrika, bermula dengan kejayaan di Makoko. Ini semua akan bermula dengan langkah kecil bangunan prototaip Sekolah Terapung tersebut. Bangunan terapung ini sebenarnya menyediakan beberapa penyelesaian kepada masalah banjir, pendudukan tanah dan juga masalah pembinaan asas. Tenaga yang dibekalkan adalah daripada sumber yang boleh diperbaharui, manakala sisa kumbahan pula diselesaikan dengan penggunaan tandas kompos.

Keperluan sebenar Sekolah Terapung Makoko adalah bagi tujuan menyediakan asas pendidikan kepada komuniti Makoko. Prototaip kepada bangunan terapung tersebut adalah modular, fleksibel dan boleh disesuaikan dengan semua jenis bentuk bangunan: kediaman, pusat komuniti, taman permainan - bagi menggalakkan peningkatan kualiti senibina, urbanisasi dan juga kehidupan di atas perkampungan air.

Sekolah Terapung Makoko di Nigeria

Sekolah Terapung Makoko di Nigeria

Sekolah Terapung Makoko di Nigeria

Sekolah Terapung Makoko di Nigeria

3 ulasan:

  1. maknanya memang gembira betul lah tu bila dah dapat sekolah yang cenggini punya canggih.. ;)

    BalasPadam