.

.

KARTiKEL

Ahad, 4 Ogos 2013

Jawatan Kosong : Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 hingga Gred 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah.

Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka)  di Sekolah Sukan Malaysia
 

Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan.

BIL
SEKOLAH

JENIS SUKAN






1.1
Gimnastik Artistik
1
Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil
1.2 Gimrama


1.3
Skuasy


1.4
Renang



2
Sekolah Sukan Malaysia Tunku  Mahkota
2.1 Sepaktakraw

Ismail
2.2 Ragbi


2.3
Hoki


2.4
Olahraga


2.5
Golf


2.6
Boling Padang


2.7
Renang


2.8
Bola Tampar


2.9
Judo


2.10 Memanah


2.11 Boling Tenpin


2.12 Gimnastik Artistik



3
Sekolah Sukan Malaysia  Pahang
3.1 Bola Sepak


3.2
Memanah


3.3
Gimnastik Artistik


3.4
Olahraga


3.5
Bola Keranjang




4
Sekolah Sukan Malaysia  Sabah
4.1
Hoki


4.2
Olahraga


4.3
Renang


4.4
Terjun








Syarat dan kelayakan Pegawai Perkhidmatan Awam:

·         Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;

·         Warganegara Malaysia.

·         Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan sekarang;

·         Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;

·         Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh persatuan sukan yang terbabit atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

·         Berumur tidak melebihi daripada 52 tahun pada tarikh iklan ditutup;

·         Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.


Syarat dan kelayakan Bukan Pegawai Perkhidmatan Awam:

·         Warganegara Malaysia.

·         Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon sekurang-kurangnya 3 tahun;

·         Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh persatuan sukan yang terbabit atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

·         Berumur tidak melebihi daripada 52 tahun pada tarikh iklan ditutup;

·         Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.



Faedah Kerja :

·         Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 hingga 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima:

Gaji Peminjaman = Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai + Insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai.

( Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 : Dasar Baru Pelantikan secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap )

·         Jurulatih bukan Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya akan menerima gaji mengikut tahap pengalaman dan tahap sijil kejurulatihan.






Cara Memohon

 i.              Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web  www.moe.gov.my atau  www.moe.gov.my/bsukan mulai 30 Mei 2013.

 ii.            Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:



Pengarah Bahagian Sukan



Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E



Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya



iii.           Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.

 iv.           Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2013 (Jumaat).



Catatan :Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan