About Me

Pertandingan Educational Blogging 2013

Pertandingan Educational Blogging 2013 Peringkat Kebangsaan dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibuka untuk penyertaan bermula pada 1 Julai 2013 sehinggalah 4 Oktober 2013. Pertandingan ini adalah terbuka kepada blog yang mempunyai kandungan berbentuk ilmiah. Jom kita sertai ramai-ramai, hadiah nya pun menarik! ;)


Pertandingan Educational Blogging 2013
Poster Pertandingan Educational Blogging 2013



Syarat-syarat penyertaan PDF Print E-mail
Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.

Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.

Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.

Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.

Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.

Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan

Penilaian Blog Terbaik akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa  pertandingan.


Kategori Pertandingan

E-mail
Skop Pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia
Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah peringkat sekolah/IPT

Kategori Pertandingan 

Sekolah Rendah : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah rendah
Sekolah Menengah : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah menengah
IPT : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat pengajian tinggi.
Sekolah : portal/ laman web/ blog mengenai kegiatan, pencapaian, aktiviti yang dijalankan di sekolah
Terbuka : blog mestilah mempunyai nilai ilmiah yang mengandungi unsur pengajian sepanjang hayat (life-long-learning)


Kriteria Pertandingan
Kandungan
Perkongsian ilmu /  maklumat berkenaan subjek sekolah / IPT
Kesahihan maklumat

Rekabentuk
Kreatif
Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
Interaktif/dinamik
Mudah difahami (user friendly)


Tarikh Tutup Pertandingan
Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat secara online di http://ict.upsi.edu.my/ictday
penyertaan hendaklah diterima oleh phak urusetia selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2013 sebelum jam 11.59pm


Pertanyaan
Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia Pertandingan Educational Blogging iaitu:-
Siti Munirah 015-4811 7556 siti.munirah@ict.upsi.edu.my
Norashikin 015-4811 7917 norashikin@ict.upsi.edu.my

Pusat ICT
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan



Kriteria Penilaian PDF Print E-mail
Kandungan
Perkongsian ilmu / maklumat berkenaan subjek sekolah / IPT.
Kesahihan maklumat


Rekabentuk

Kreatif
Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
Interaktif/dinamik
Mudah difahami (user friendly)
Daya Tarikan


Nilai Tambah

Fungsi/aplikasi tambahan yang berfaedah kepada pengguna.
Maklumat tambahan yang berfaedah kepada pengguna
Pautan ke laman web yang berkaitan
Kolaborasi dengan komuniti



Hadiah Pertandingan 'Educational Blogging' PDF Print E-mail

Hadiah Pertandingan Educational Blogging 
Hadiah pada tahun 2012
Hadiah 'Electronic Gadget' dan Sijil Penyertaan disediakan untuk tempat PERTAMA sehingga tempat KELIMA bagi setiap kategori.
*Hadiah tertakluk kepada pindaan.


Pemenang 2012
KATEGORI SEKOLAH
TEMPAT PERTAMA
http://www.cikguromie.net

TEMPAT KEDUA
http://cgnarzuki.com

TEMPAT KETIGA
http://arabicforus.blogspot.com

TEMPAT KEEMPAT
http://arabicforus.blogspot.com

TEMPAT KELIMA
http://rmmict.blogspot.com

TEMPAT KEENAM
http://cgzue.blogspot.com

TEMPAT KETUJUH
http://www.cikgujep.com

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. cikguhailmi join ek? good luck!!! :D

    BalasPadam
  2. pehh..ada juga pertandingan macam ni rupanya..

    BalasPadam
  3. hadiah memang best..tahun lepas nak join tak dapat plak..hurm..boleh ke aku ni tulis ilmiah?ohoo..cikgu cikgu kot lebih layak..:D

    BalasPadam
  4. hak3.. selagi dalam entri tuh ada ilmu, makna nya kira ilmiah jugak lah kan?. cuba jer.. mana tau ada rezeki.. ;)

    BalasPadam
  5. mcm best je. cikgu hailmi mesti join.

    BalasPadam
  6. inshaAllah.. jom kita join ramai2 cikgu zamrud.. ;)

    BalasPadam
  7. jenjalan kat sini, cikgu d tag. hihihi
    http://aishaulong.blogspot.com/2013/07/nak-cerita-pasal-pertandingan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab sudi promote blog cikgu jugak yer.. TQ echezerin.. jom join jugak! ;)

      Padam
  8. This is one of the best sites i have found on the internet until now. Nice article keep going.

    BalasPadam