About Me

Menganalisa Larutan dan Keterlarutan

Bagi menganalisa larutan, anda perlu tahu apa itu pelarut dan zat terlarut. Jom kita tengok apa definisi dan contoh bagi istilah yang telah dinyatakan tadi. 

larutan zat terlarut pelarut

Larutan
Larutan adalah hasil campuran yang terbentuk apabila zat terlarut melarut dalam pelarut
eg : Larutan gula

Zat Terlarut
Zat Terlarut adalah bahan yang boleh melarut dalam cecair
eg : Gula

Pelarut
Pelarut adalah cecair yang boleh melarutkan bahan
eg : Air


Larutan Cair, Larutan Pekat dan Larutan Tepu
Air adalah pelarut universal yang dapat melarutkan banyak bahan. Walaubagaimanapun, isipadu air yang tertentu hanya dapat melarutkan zat terlarut dalam kuantiti yang terhad.

Larutan Cair, Larutan Pekat dan Larutan Tepu



Larutan Cair
Kandungan zat terlarut yang sedikit dalam pelarut

Larutan Pekat
Kandungan zat terlarut yang banyak dalam pelarut

Larutan Tepu
Kandungan zat terlarut yang berlebihan dalam pelarut


Keterlarutan
Keterlarutan memberi maksud kuantiti maksimum bagi sesuatu bahan yang dapat dilarutkan dalam pelarut pada suhu yang tertentu. Faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan adalah suhu pelarut, kadar kacauan dan saiz zat terlarut.

1) Suhu Pelarut
Semakin tinggi suhu pelarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
kerana lebih banyak zat terlarut yang boleh larut pada suhu lebih tinggi

2) Kadar Kacauan
Semakin tinggi kadar kacauan, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
kerana proses mengacau dapat mempercepatkan lagi kadar melarut

3) Saiz Zat Terlarut
Semakin kecil saiz zat terlarut, maka kadar keterlarutan adalah lebih tinggi
lebih cepat melarut kerana luas permukaan yang lebih besar


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Bahan cikgu banyak membantu dalam pembikinan powerpoint untuk p&p saya. Terima kasih dan semoga cikgu terus cemerlang. Allah saja yang akan memberi ganjarannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu sebab gunakan bahan daripada blog saya.. Mudah2an kita mendapat manfaat daripadanya.. Terima kasih juga atas doa.. ;)

      Padam
  2. nak nota larutan dan ampaian boleh ?

    BalasPadam
  3. Assalam cikgu, mohon keizinan untuk saya gunakan bahan dalam blog ckgu bagi melengkapkan esemen sains saya....Semoga Allah memberkati usaha dan budi baik cikgu. Terima Kasih daun keladi yea..

    BalasPadam
  4. salam cikgu. boleh saya tahu cara membuat 5% yeast suspenion?
    terima kasih..

    BalasPadam
  5. Cikgu, nak nota ampaian dengan larutan boleh? Terima Kasih cikgu :D

    BalasPadam
  6. Terima Kasih sbb dh tolong buatkan nota ini.Ianya sangat membantu.Terima Kasih :) XP

    BalasPadam
  7. assalam
    saya keliru tentang bahan yang boleh larut dalam air dan tidak larut dalam air.saya pasti gula dan garam larut tetapi adakah susu dan serbuk coklat,kopi segera larut dalam air

    BalasPadam
  8. Thank you share ilmu ni.. Semoga cg dipermudhkn urusan... ia sgt berguna untuk sya jwb soalan.. Tq sgt ii

    BalasPadam
  9. Assam
    Ckgu
    Saya nak tanya kalau soalan dia mcam ni...
    Soalan: jelaskan bagaimana kuantiti gula mempengaruhi keadaan larutan yang dihasilkan??

    BalasPadam
  10. Ideal in addition to Lowest priced Jabodetabek Personal Lessons, the employees and also tutors can come to your dwelling, arranged your own review program which enable it to pick every arena regarding study ... go to https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-jagakarsa.html for further

    BalasPadam
  11. You may will see a cheaper fee versus the table above, be certain again around the qualifications with the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... for detail https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-ciracas-terdekat_10.html

    BalasPadam